"Karmila, jujurlah aku tak pernah faham apa benda yang kau tergila kat Mahmud tu. Dah 20 tahun lebih kut. Tak reti nak move on ke kau ni?" Faris bersuara ketika mereka dalam bot menuju ke Pulau MahMona. Dia tak sangka pula wanita itu terus bersetuju dengan cadangannya hendak ke sana sebaik sahaja dia telefon tiga jam yang lepas.
"Of course aku kena ikut. Mahmud banyak sangat kut tipu aku."
"Chill, Mila. Kau pergi percaya cakap dia tu dulu dah kenapa?! Kan tak pasal-pasal sekarang ni kau dah terjerat sendiri."
"Aku tak kira! Yang penting, umur aku anak sekarang dah 18 tahun. Sekalipun Mahmud tu tak mati lagi, aku mesti tuntut apa yang aku berhak dapat. Harta Mahmud tu sebahagian tetap aku punya. Aku ada hak aku, okey."
"Kau fikir dia bodoh-bodoh nak bagi? Dia tu hanya ada Ramona jelah dalam hidup dia. The only perempuan bagi dia. Kau ni apa je? Sia-sia jelah aku rasa kau buat semua ni."
"So, Lisa tu?! Kau nak kata akan jadi macam aku jugak nanti?"
"Itu aku tak berani cakap. Kau sendiri tengok yang muka Lisa dengan Ramona tu sama habis kut. Mesti Mahmud sayang gila dengan Lisa tu walaupun sikit."
Karmila memandang sahaja air laut yang bergelora diredah bot mereka. Mengikut jangkaan mereka, bot akan tiba di Pulau MahMona dalam masa lima minit lagi. Pulau kecil itu juga kelihatan semakin dekat pada pandangan.
Kehadiran mereka di pulau tersebut tidak disambut oleh sesiapa pun. Pak Heru yang sememangnya tidak menggemari Faris memang tidak berminat langsung untuk menemuinya. Tapi Karmila tu, terpaksa jugalah Pak Heru gagahi diri untuk bertemu dengannya.
"Ya, Cik Karmila. Ada apa yang Pak Heru boleh tolong Cik Karmila ke?"
"Saya nak surat beranak anak saya. Saya pasti surat tu ada dalam villa ni. Mahmud takkan simpan surat macam tu dengan dia."
"Kenapa pulak Cik Karmila nak surat-surat dokumen tu semua? Itu semua bukankah urusan Tuan Mahmud."
"Hello! Anak dia tu anak saya tau. Saya yang mengandungkan dia sembilan bulan lepas tu senang-senang dia je nak ambik semua tu dengan dia. Fikir saya ni apa?!"
"Macam nilah. Malam ni, anak Cik Karmila tu balik. Bincang dengan dia."
"Pak Heru jangan mengarutlah. Bukannya dia tu tahu pun saya ni mak dia. Bagi dia, dia tu anak jalanan. Itulah yang Mahmud dok pasak kepala otak budak tu daripada kecik sampai ke besar. Mana tak dia nak mengaku yang saya ni mak dia."
Pak Heru yang daripada awal sudah menyampah dengan Karmila hanya berlalu menyambung semula kerjanya. Dia bimbang juga sekiranya berita kehadiran dua orang ini tersebar. Dahlah tadi dia mereka cerita bahawa anak kepada Karmila akan datang pada malam itu.
23 tahun dahulu, arwah Cik Puan Ramona juga pernah didatangi oleh seorang wanita yang menagih cinta daripada Tuan Mahmud. Mereka berborak di balkoni tingkat dua. Pada malamnya, arwah hanya mengatakan yang gadis itu sudah dihantar pulang semula ke Kuala Lumpur. Itulah kali terakhir mereka mendengar cerita mengenai gadis tersebut.
"Call jelah orang tua tu. He knows what to do." Begitulah yang dicadangkan oleh anak Karmila mengenai kehadiran ibunya itu.
Tapi bukan setakat itu sahaja yang menjadi kerisauan Pak Heru. Kehadiran Faris juga kalau nak diikutkan sangat tak disenanginya. Tapi memandangkan itu adalah ahli keluarga Tuan Mahmud juga, terpaksalah dihadapkan juga.
"Tuan Faris, maaflah kalau Pak Heru ni macam biadap kalau bertanya. Kenapa Tuan Faris bawak dia datang?"
"Siapa? Karmila? Saya bukan nak sangat dia ada. Dia yang terhegeh-hegeh nak ikut. Bukannya saya nak sangat dia ada."
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...