Bab 9

833 90 21
                                    

Sebagai seorang yang baik lagi bertimbang rasa apatah lagi kita bakal menyambut Aidil Fitri lagi dua hari ini, tak sampai 35 votes pun kat Bab 8 tu pun, Daniel tetap baik nak postkan Bab 9. Tapi dengan satu syarat. Untuk Bab 10 which is a key chapter, the votes must be 40 here and 37 votes on Bab 8 tadi. Muehehehehehehe... enjoy!!!


Anyway mat ri ye af hir tin pada semua readers yang beragama Islam. Semoga Ramadhan n Aidil Fitri kali ini membawa rahmat kepada anda semua. Dan bagi pembaca CindArfanella dan LoveGame, akan ada special updates Raya kepada anda semua... Sekian... Danny love yalls!

_______________________________

           

Bangun sahaja daripada tidur pada pagi itu, Lisa terus mencapai diari lama arwah Cik Puan Ramona yang berada di bawah katilnya. Diselaknya sedikit demi sedikit sebelum memutuskan untuk mandi terlebih dahulu sebelum meluangkan masa pagi membacanya.

Lisa mandi dengan agak pantas memandangkan keterujaannya untuk menghabiskan bacaan diari tersebut merajai segalanya. Selesai sahaja mandi, terus dia menyarung sepasang dress kasual berwarna krim yang dahulunya dimiliki oleh arwah Cik Puan Ramona.

Apa yang Lisa tak tahu adalah, seseorang telah masuk ke dalam biliknya dan menukarkan diari tersebut kepada sebuah buku skrap.

Selepas selesai menukar baju, Lisa terkejut melihat diari tadi sudah ghaib tapi sudah diganti dengan sebuah buku skrap. Di kulit buku tersebut tertulisnya 'I Sayang You, Laura Ramona'. Di situ juga dilekatkan i/c arwah Cik Puan Ramona. Lisa tidak menyangka yang arwah Cik Puan Ramona baru sahaja berusia 45 tahun sekiranya dia masih hidup.

Halaman pertama buku tersebut adalah salinan surat kematian arwah Cik Puan Ramona. Diteliti oleh Lisa sehabis baik akan salinan dokumen tersebut.

Nama Si Mati: Laura Ramona binti Rahiman

Nombor kad pengenalan: 721017-xx-xxxx

Tarikh kematian: 30 Oktober 1997

Punca kematian: Kemalangan domestik

Lisa melangkah ke muka surat seterusnya. Di situ terpaparnya gambar bersanding antara Tuan Mahmud dan arwah Cik Puan Ramona yang bertarikh 1 Jun 1991 berkapsyenkan 'MahMona started...". Pasangan tersebut memang sepadan bagaikan pinang dibelah dua. Lisa sendiri timbul rasa iri hati di dalam hatinya melihatkan keserasian pasangan itu.

Di muka surat seterusnya, Lisa melihat sekuntum bunga mawar merah dilekatkan menggunakan cellotape di atas kertas tersebut. Di bawah bunga tersebut terdapat tulisan tangan yang tertera 'Bunga pertama Mahmud kepada Ramona'.

Sumpah pasangan ini sweet! Begitulah lebih kurang jeritan hati Lisa.

Baru Lisa hendak melangkah ke muka surat seterusnya, pintu biliknya diketuk. Lisa menyumpah dari dalam hati memandangkan ada sahaja perkara yang mengganggu setiapkali dia hendak menyelidik kisah silam arwah Cik Puan Ramona itu.

Dia membuka pintu biliknya itu dan di situ berdiri Razziq yang memakai t-shirt berwarna hitam lengan panjang dan seluar jeans. Remaja itu tersenyum kepadanya dan menunjukkan peace melalui tangannya.

"Mama Lisa busy ke?"

"Well, not really. Razziq takde kelas ke hari ni?"

"Oh, kelas hari ni cancel. So, yeah memang Razziq takde apa nak buat hari ni."

"Kawan ajak lepak takde ke?"

"Oh, duit takdelah, Mama Lisa. Nanti kalau mintak banyak sangat kat papa, bising orang tua tu nanti."

Kemudian Lisa terfikir sesuatu. "Razziq, jom turun kejap."

Mereka berdua berjalan menuruni tangga dan tiba ke ruang tamu. Kedua-dua mereka kemudiannya duduk di atas sofa dan Lisa memulakan pertanyaannya.

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now