Bab 42

557 67 7
                                    

           

Melinda memandu, Razziq duduk bagaikan bos di tempat duduk belakang manakala Lisa duduk di tempat duduk sebelah pemandu sambil memegang diari pada tahun 1997 milik arwah ibunya. Ada sesuatu di dalam diari itu yang ingin ditanyakan kepada suaminya.

"Lisa..."

"Ya, Linda."

"Linda tak pernah sukakan Ramona."

Lisa mengalih pandangan ke arah Melinda. Pandangannya tidak tahu membawa erti apa. Sebenarnya, dalam keadaan seperti itu, Lisa tak tahu perasaan apa yang sepatutnya dia rasakan. Semuanya terlalu kompleks.

"Mahmud sayang sangat kat dia. He worshipped her too much. Ramona tu mana pernah anggap Mahmud tu suami dia."

"Maksud Linda?"

"Ramona tu buat Mahmud tu dalam keadaan bersalah. Okey, Linda tahu sebenarnya pasal Olivia dengan Karmila tu, except for Mahmud's marriage and Karmilalah. In Olivia's case, Olivia je yang melebih. Mahmud never caught an eye on any woman other than his wife, Ramona. Ramona je yang drama queen suka exaggerate stuffs. Mahmud doesn't deserve to be treated like that."

"Tapi bukan ke most of the time, Abang Mahmud yang start."

"Well, memang. Tu tak dapat dinafikan. Tapi does she had to emphasize everything and play God on everything. Come on, she's not a saint. Mahmud not a saint too. Dia takde motif yang kukuh untuk justify perbuatan dia."

Lisa tak tahu sama ada dia perlu berada di pihak ibunya atau suaminya. Bagi dirinya, kedua-dua mereka ada salah mereka sendiri dan itu adalah sebuah hal yang pasti. Hubungan mereka sangat bertoksik dan kalau mereka masih bersama sekalipun, ianya hanya akan mendatangkan masalah yang lebih besar.

"Serious talk, if I can turn back time, I will tell Mahmud to never marry that woman. She's poisonous. Tak tahulah mendrem apa yang dia pakai sampai semua orang boleh head over knees kat dia."

"Then kenapa tak halang je dorang kahwin dulu?"

"Mahmud loves her. And I'm still young. Plus ingatkan Ramona tu baiklah sangat perangai but sekali turns out hampeh! I can't resist to say to him to not marry her. He's in love with Ramona."

"Tapi kalau Linda cakap je dulu, Lisa positively rasa yang Abang Mahmud takkan proceed dengan Ramona. Linda adik dia. More or less, mesti dia akan dengar jugak cakap adik dia sendiri. Tak boleh salahkan Ramona dalam semua benda."

"Habis kalau bukan salah dia, salah siapa lagi?!" Melinda seperti hilang sabar dengan Lisa yang nampaknya menyebelahi arwah Cik Puan Ramona.

"Kenapa suka sangat nak salahkan orang ni? Memang korang daripada dulu suka cari salah orang lain eh? Memang tak pernah nak terima hakikat yang manusia ni tak pernah sempurna dan bila dapat tuduh tu, rasa diri tu dah lepas daripada tanggungjawab? Really?!"

"Lisa..."

"Kalau betullah kerana tu, memang korang semua kena belajar something. Terima kesalahan sendiri dan belajar untuk minta maaf."

Melinda terdiam. Razziq juga nampaknya tidak tahu hendak menambah rencah apa-apa ke dalam perbualan kedua-dua wanita itu. Dia masih tidak selesa untuk menerima hakikat bahawa dia telah membunuh ibunya sendiri.

Dari jauh, mereka bertiga terlihat sesuatu.

"Hutan mana yang terbakar pulak ni?" Razziq bertanya penuh naif.

"Itu tanah kita ke tak eh yang terbakar tu?" Melinda pula yang bertanya.

Lisa memandang ke hadapan semula selepas jenuh memandang ke bawah selepas menghamburkan apa yang difikirnya tadi. Matanya khusyuk dan ralit memandang dari mana asap itu datang.

"Itu Villa MahMona kan?!"

Melinda memandu semakin laju. Asap yang berkepul itu kelihatan semakin marak dan meninggi. Hati Lisa semakin dihambat oleh kerisauan dan kebimbangan. Walaupun dia marah terhadap suaminya, nyawa lelaki itu tetap menjadi kerisauannya kerana apapun, itu suaminya.

Mereka tiba di Villa MahMona dan melihat villa megah itu semakin rapuh dimamah api yang semakin marak. Lisa berlari turun dari kereta dan mencari-cari suaminya di kerumunan manusia di luar villa tersebut. Sayangnya, suaminya tidak kelihatan di situ.

"Tuan Mahmud mana?" Dia bertanya kepada Kak Gee yang nampaknya sedag menangisi sesuatu di suatu sudut.

"Tuan kat dalam, Cik Puan. Mak Biah pun sama. Tuan terperangkap, Cik Puan!"

Mendengarkan hal itu, Lisa terus berlari masuk ke dalam villa yang sedang marak dimamah api itu. Tanpa sebarang peralatan untuk menahan diri daripada kebakaran tersebut, dia nekad dengan apa yang dia bakal tempuhi.

Dalam maraknya api itu, dia melihat Mak Biah sedang memanjat tangga untuk mengambil potret besar arwah Cik Puan Ramona yang tergantung di atas dinding di ruang tamu. Lisa berjalan ke arahnya menyuruhnya berhenti.

"Kau pergi keluar! Aku kena selamatkan benda ni! Kalau aku tak berjaya selamatkan arwah Cik Puan Ramona dulu, aku kena pastikan aku berjaya selamatkan benda yang menggambarkan dia wujud!"

Lisa cuba untuk bercakap lagi dengan lebih baik dengan Mak Biah tapi nampaknya obsesi perempuan tua tersebut sudah tidak dapat dibantu lagi. Dia kembali fokus kepada operasinya mencari suaminya.

Di tangga, kelihatan kelibat seorang lelaki memegang tongkat terhincut-hincut berjalan menuruni tangga. Lisa sangat yakin bahawa susuk tubuh itu adalah suaminya.

"Abang!"

Tuan Mahmud mendengar jeritannya itu. Dia, dengan terhincutnya, berjalan pantas ke arah isterinya.

"Abang, jom keluar..."

"Tak nak!"

"Abang, villa ni akan runtuh kejap lagi. Api makin besar."

"Then I would be glad for it!"

"Abang...?" Lisa memandang suaminya dengan pandangan yang tidak percaya. Dia tahu dia tidak punya masa yang banyak untuk membawa suaminya jadi dia perlu pantas. "Kita kena keluar dari sini."

"Abang buat villa ni untuk Ramona. Dan abang nak buktikan yang abang berjaya menang dengan dia kalau villa ni runtuh..."

Lisa langsung tidak fokus mendengar apa yang dikatakan oleh suaminya. Dia memapah suaminya keluar dari villa tersebut ke tempat yang ramai orang di luar. Mak Biah pula entah hidup lagi ke tidak dalam villa tersebut.

Di luar, Lisa menyuruh Tuan Mahmud untuk duduk di atas sebuah kerusi sementara menunggu bantuan tiba. Suaminya itu sudah mula menunjukkan kesukaran untuk bernafas dan ianya tidak bagus memikirkan keadaan usianya.

Lisa dan Tuan Mahmud bertukar pandang sebelum kembali memandang ke arah villa yang sedang marak dijilat api itu. Pandangan mereka terhadap satu sama lain menjadi lebih misteri selepas terpandang sesuatu yang lebih mengganggu.

Asap yang terhasil daripada kebakaran villa agam mewah tersebut membentuk sesuatu yang sangat aneh. Asap itu juga seperti ingin mengatakan sesuatu yang maksudnya tersirat dan tersembunyi. Tapi Tuan Mahmud dan Lisa tahu apa maksudnya itu.

Asap tersebut berkepul-kepul ke langit dan membentuk huruf 'R' yang sangat besar. Lisa tak pasti sama ada orang lain turut melihat apa yang dia dan suaminya lihat tapi mereka pasti ianya betul.

"Ramona, Ramona, walaupun you dah mati, you tetap nak buktikan yang you masih berpengaruh. Menanglah, Ramona! Menanglah! I, suami you, dengan ini menyerah kalah. You menang!"

Seusai Tuan Mahmud menghabiskan ayatnya itu, asap berbentuk 'R' itu hilang bentuk ujudnya. Tuan Mahmud menghela nafas lega. Lisa, masih kebingungan.

Di dalam villa tersebut, potret arwah Cik Puan Ramona tidak berjaya diselamatkan oleh Mak Biah. Potret tersebut dimamah api dan hilang kejelitaannya. Mak Biah, rentung kerana obsesi sendiri. Diari-diari lama milik arwah Cik Puan Ramona, terbakar bersama-sama manuskrip tulisannya. Semua barang yang mempunyai anagram 'R' di atasnya, turut menemui nasib yang sama.

Hanya satu yang masih utuh tidak dimamah api. Rasa bersalah Tuan Mahmud kepada isterinya, Cik Puan Ramona.

_________________

Sabar ya, selagi Daniel tak tulis 'Tamat' kat tajuk bab tu, makna ada lagilah tu yang tak habis. But dont worry, sikit je lagi...

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now