"Good evening, darling..." Mahmud memeluk aku dari belakang. Aku yang sedang ralit membaca majalah hiburan menatap betapa kacaknya pelakon Eman Manan di dalam majalah tersebut. "Hamboi, khusyuk tengok abang Eman nampak.""Yelah, tunggu you balik pun. Sampai dah malam baru nak balik."
"Mestilah. I date dengan Erra Fazira petang tadi. Lepas tu tadi baru nak keluar office, Didie Alias ajak tengok wayang. Esok nak keluar dengan Lydiawati pulak."
"Okeylah. I nak ambik Yusry KRU jadi anak ikan. Why not kan?"
Dia mencium pipiku. Jelas terpancar kepenatan di wajahnya. Walaupun pada dasarnya, Mahmud seorang pelajar universiti, tapi dalam masa yang sama dia terpaksa memegang jawatan yang sama disandang oleh arwah bapa mertuaku dahulu. Salah seorang pengurus syarikat. Macam hari ni, lepas kelas petang tadi, dia terus ke pejabat untuk selesaikan apa yang patut. Sebagai isteri, aku sudah memahami sedikit rentaknya dalam kehidupan seharian.
"Mud, you dah makan?"
"Dah tadi, darling. Tapi since you dah tanya, you masak apa hari ni?"
"Well, taklah banyak sangat. I masak pucuk ubi masak lemak your favourite tu. Nak makan tak?"
"Kalau dah isteri tersayang dah masakkan, takkanlah I nak refuse pulak. Jomlah."
Kami berjalan beriringan menuju ke meja makan. Aku menarik kerusinya dan mengurut lembut bahunya ketika dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk itu. Bahu bidangnya itu sememangnya sangat sedap dipeluk terutama ketika hendak tidur.
"Mak Biah..." Aku memanggil pembantu rumah kami. Dia muncul tidak lama selepas itu. "Tolong cedokkan lauk untuk tuan, ya. Tuan nak makan ni."
"Baik, Cik Puan Ramona." Ya, dia sering memanggilku dengan gelaran penuh. Tapi okey juga, sekurangnya dia ada rasa hormat kepadaku.
Aku dan Mahmud duduk bertentangan. Di meja makan ini, ada sebuah kerusi yang sememangnya menjadi kegemaranku. Sejak kami mula berpindah lagi, memang aku akan memilih untuk duduk di atasnya. Entahlah, rasanya benda ni semua orang ada kut. Takkan aku sahaja kan?
Mak Biah menghidangkan makanan yang aku masak tadi di atas meja. Senyuman juga setia terukir di bibirnya. Setakat ini, belum pernah lagi dia mengingkari arahan yang aku berikan kepadanya.
"Sayang, dah nak dekat dua tahun kita kahwin kan?"
"I know. Sekejap je kan? Rasa macam baru semalam je I jumpa you kat perpustakaan."
Nampaknya Mahmud masih belum boleh membaca soalanku itu. "Mud, Melinda ada call you hari ni?"
"Oh, adalah petang tadi. Dia kata London is freezing cool now. Yelah, baru lepas Krismas kan. You ada kirim apa-apa kat dia ke?"
"Oh, takdelah. Dia jadi ke nak tunang tahun ni? I mean, after midnight nanti."
"Yalah kut. Dia takde pulak cakap cancel ke apa. Lagipun boyfriend dia pun Malaysian jugak. So rasanya takde aral sangat kut. What say you?"
"I okey je. Yalah, lagipun dapatlah merasa kita ni dapat anak buah kan? I pun anak tunggal. Dapatlah merasa ada anak buah nanti sebelum dapat anak sendiri."
Masih, Mahmud tidak dapat menangkap maksud perbualan aku itu. Aku cuba lagi mencari tajuk untuk dikaitkan dengan soal itu. Aku sememangnya teringin untuk membangkitkan hal itu sememangnya ingin membangkitkan hal itu kerana memikirkan posisinya dan juga keinginanku yang membuak untuk menjadi seorang ibu sendiri.
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...