"Razziq Ikram, mana Mama Lisa?""Manalah Ziq tahu. Tu kan isteri papa, bukan isteri Ziq."
Sedari pagi tadi, Tuan Mahmud cuba mencari isterinya di dalam villa tersebut. Inilah masalahnya bila rumah sendiri terlalu besar. Kau sendiri pun tak tahu mana rumah kau tu ada apa. Kan dah jadi satu masalah nak cari isteri sendiri.
Tuan Mahmud ingatkan hari itu, dia ingin membawa isterinya itu bersiar-siar menziarahi rakan-rakannya untuk diperkenalkan dengan Lisa. Kalau sempat, dia hendak membawa isterinya itu berjumpa sekali dengan rakan-rakan arwah isterinya terutama sekali Lavender. Hari Ahad begini wajar sekiranya dimanfaatkan sebaiknya dengan ahli keluarga.
"Siap, Ziq. Kita keluar kejap lagi. Papa nak bawak pergi rumah Aunty Lavender."
Remaja itu tanpa membantah terus meninggalkan fidget spinnernya dan naik ke biliknya untuk menukar pakaian. Tuan Mahmud pula masih tercari-cari isterinya. Dia kemudiannya terdengar bunyi seperti perempuan menyanyi dari sebuah bilik yang dahulunya bilik untuk arwah Cik Puan Ramona menulis.
Tuan Mahmud melangkah masuk ke bilik tersebut dan dia melihat Lisa sedang membaca manuskrip yang ditulis oleh arwah isterinya. Perlahan dia mendekati isteri keduanya itu yang nampaknya sangat gigih membaca manuskrip tersebut. Baru tangannya diletakkan di atas bahu Lisa yang sedang duduk bersila, Lisa sudah terkejut dan menamparnya dengan manuskrip bersaiz kertas A4 setebal 300 muka surat itu.
"Ya Allah, sorry bang. Lisa tak sengaja."
Tuan Mahmud ketawa kecil dengan reaksi spontan Lisa. Kemudian dia cuba mencuri pandang terhadap tajuk manuskrip yang dibaca oleh Lisa. Tajuknya adalah Seutas Loket Delima dan Tuan Mahmud tahu sejarahnya manuskrip tersebut.
"Bestnya cerita ni. Siapa yang tulis?"
"Well, I thought you already know who wrote it?"
"Kejap, Ramona?! Seriuslah!?"
Tuan Mahmud mengangguk. Kemudian dia menunjukkan huruf LR yang besar tertulis di muka hadapan manuskrip tersebut. Barulah Lisa perasan perkaitan arwah Cik Puan Ramona dengan huruf tersebut. Kan namanya Laura Ramona.
"Arwah tulis cerita tu dulu masa kami baru bercinta. Kalau Lisa perasan, arwah tak spesifikkan genre cerita yang dia tulis. Macam yang Lisa tengah baca ni, abang sendiri tak tahu genre dia romantik ke seram ke ataupun melodrama. Jadi abang just assume genre dia absurd or art novel. Itulah yang unik tentang Ramona."
Sekali lagi,Lisa harus mendengar pujian tentang Ramona. Rasa cemburu kerana dibandingkan menerpa hati dan perasaan Lisa. Sejujurnya sekalipun, tiada siapa yang suka untuk dibandingkan dengan sesiapa.
"Berapa banyak novel yang arwah tulis dulu?"
"Banyak jugak kalau nak diikutkan. Daripada mula abang kenal dia pun, dia dah ada lima buah novel yang dia tulis sendiri. Katanya, daripada usia dia 14 tahun lagi minat dia untuk menulis tu dah memang ada."
"Then, tak pernah publish or submit kat mana-mana publisher?" Takkanlah dengan pengaruh yang Tuan Mahmud ada tidak mampu untuk mengangkat novel isterinya sendiri menjadi terkenal, getus hati kecil Lisa berkata.
"Itu satu faktor tentang Ramona. Dia tak suka ideanya dijual. Baginya, menulis ini sekadar dia berfoya-foya dengan buah fikiran dan melahirkan perkataan yang cantik seterusnya menghimpunkannya beramai-ramai. Itulah sikap Ramona. Dia tidak suka publisiti."
Agak ironik perkara itu pada fikiran Lisa. Selepas meninggal dunia sekalipun, belum pernah lagi Lisa melalui hari-harinya di dalam rumah tersebut tanpa seseorang menyebut nama Ramona dan suaminya mendakwa bahawa Ramona seorang yang tidak sukakan publisiti. Jadi terangkan mana persamaannya dakwaan itu.
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...