"Linda tak sukakan Ramona?"
"Langsung. I never liked her. Dia act macam dia centre of attention. Well, she was but dia selalu overshadowed Linda."
"Maksud Linda?"
Melinda mengeluh berat. Kalau diikutkan, malas dia hendak mengingat semula peristiwa dan kenangan 20 tahun lamanya. Lagipun, berbicara mengenai orang yang dibenci, bukanlah sesuatu yang menyenangkan sesiapa.
"Well, you know how long they had been married until dorang dapat anak?"
Lisa terkejut mendengarkan fakta itu. Sepengetahuannya, Tuan Mahmud tidak ada mempunyai anak kandung ketika bersama dengan arwah Cik Puan Ramona dahulu. Malah, gambar budak kecil pun tiada di situ.
"Dorang ada anak?"
"Ada. But yeah, seems like dia tak pernah cerita kat Lisa kut. Yeah, dorang ada anak. It's a daughter."
"And mana budak tu?"
"She's dead. Nampak tak tunggul pokok terbakar kat tepi garden villa ni?"
Lisa mengangguk.
"Well, the tree burnt and masa tu ada macam pondok Mahmud buat untuk anak dia dengan Ramona. She was in there and the treehouse burnt. Dia terperangkap dalam tu."
Lisa seram mendengar perkara tersebut. Padanlah Tuan Mahmud tidak pernah berbicara tentang perkara itu. Mendengarnya daripada mulut orang lain juga sudah cukup tidak menyenangkan apatah lagi daripada mulut suaminya sendiri.
"Back to Ramona. You know what her daughter's name?"
"What?"
"Laura Ramona II binti Mahmud Shah. See how obsessed she was with her ownself?"
Lisa tergelak mendengarkan nama itu. Dia tidak menyangka yang arwah Cik Puan Ramona itu begitu obses dengan nama sendiri sehinggakan nama anaknya pun diletakkan II di belakang namanya sendiri. Tapi mungkin itu sekadar biasan kepada namanya sendiri. Mungkin...
"Lagipun, Linda tak suka dia sebab dia tu kinda pretentious. Okay, we all know that she was pretty and talented. Tapi the way dia influence Mahmud to me personally, way too much. Mahmud worshipped her too much."
"Jangan cakap yang nama anak tu pun, dia yang bagi nama."
"Ha'ah. Mahmud ada je bagi nama lain kat anak dia tu. I couldn't recall the name but yeah, memang ada namanya."
"So, dia yang paling berkuasa dalam rumah ni?"
"I can say it was a yes..."
...
Tuan Mahmud memandang ke arah potret arwah Cik Puan Ramona. Wajah tersenyum jelita itu seakan memandangnya dengan pandangan sinis. Tuan Mahmud tahu ianya adalah pandangan sinis. Pandangan yang seolah ketawa memandangnya dalam keadaan begitu.
Tetamu semuanya sudah pulang. Harapan mereka untuk melihat isteri kedua Tuan Mahmud selepas 20 tahun berkecai dek kerana Tuan Mahmud yang tak mampu untuk move on. Tuan Mahmud kini hanya terduduk malu mengenangkan kebodohannya sendiri.
Khusyairi yang masih belum pulang datang mendekati Tuan Mahmud. Dia tahu ada yang tidak kena dengan abang angkatnya itu. Wajah abang angkatnya itu nampak seperti dia sedang berperang dengan emosinya sendiri.
"Mud, kau okey tak ni? Aku tahu soalan tu bodoh tapi aku nak tanya jugak."
"Well, as you see. Aku still nampak Ramona instead of Lisa."
"Can you stop talking about Ramona?! Mud, I get it she is your wife tapi sampai bila kau nak hidup in the shadow of her? Ramona is dead and it will always be a fact. Lisa is your wife too so please at least appreciate her."
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...