Petikan Diari Cik Puan Ramona (Julai 1993) & Bayangan Watak Khusyairi

538 57 22
                                    

First thing first, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA PEMBACA ARWAH CIK PUAN RAMONA YANG BERAGAMA ISLAM!!! MOHON SHARE DAGING KORBAN...

Aku tiba di Pulau MahMona pada pagi itu dengan dendam dan juga semangat keterujaan yang membuak-buak. Bayu laut pada awal subuh itu seperti cuba menyejukkan api kemarahan aku tapi nyata ianya tidak mampu untuk memadamkannya. Dendamku terlalu tinggi memuncaknya.

Aku disambut oleh Pak Heru. Sejak pulau ini dibuka secara tak rasmi pada dua bulan lepas, Pak Heru yang sememangnya penduduk asal pulau tersebut. Dia juga merupakan pemangku pentadbir pulau ini yang baru hendak bertatih pembangunannya.

"Pak Heru sihat?"

"Sihat, Cik Puan. Tuan kata apa kat Cik Puan nak datang sini?"

"Saya bilang kat dia yang saya nak balik ke Singapura melawat nenek belah ayah saya. Dia sibuk jadi tu yang dia biarkan saja. Lagipun, dia dah nak exam minggu depan. Saya lainlah sanggup berhenti untuk dia."

"Cik Puan, janganlah cakap macam tu. Mungkin semua ni salah faham je kut."

Aku tidak menjawab sebaliknya berjalan meninggalkan jeti tersebut. Malas aku hendak mendengar Pak Heru memuji serta mempertahankan suamiku itu. Susah sangat ke hendak mengaku bahawa majikannya itu juga manusia biasa dan juga lelaki yang sememangnya miang tengok perempuan lain.

Apa yang buatkan aku emosi dengan Mahmud adalah dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah kepadaku. Malam pertama kali aku berterus-terang kepadanya mengenai Olivia itu sudah cukup menerangkan bahawa ego Mahmud sangat tinggi dan keras untuk diruntuhkan.

Jadi, hari ini, aku akan memastikan Mahmud tumpas dan kalah dengan egonya sendiri. Kerana dia, seorang manusia akan terkorban. Aku bukanlah jenis yang pendendam tapi jangan paksa aku untuk menjadi orang yang begitu.

"Motorbotnya dah sedia ke, Pak Heru?"

"Dah, Cik Puan."

"Budak-budak tu dah sampai rumah perempuan tu ke belum?"

"Pukul empat pagi tadi, dorang kata baru nak gerak, Cik Puan. Saya jangka dalam tengahari dorang sampailah sini."

Aku hanya menganggukkan sahaja. Rencana yang sudah cantik disiapkan sudah terlalu lambat untuk diulang semula ke masa lepas. Jadi aku nekad untuk meneruskan dengan apa yang sudah dirancangkan.

"Cik Puan pasti tak nak bagitau Tuan Mahmud dulu pasal benda ni? Berat keputusan ni, cik puan."

"Saya rasa saya dah buat clear statement tentang ni kan? Kenapa tanya banyak kali? Lagipun, tak perlu kut dia nak tahu."

"Dia kena tahu jugak, Cik Puan. Nanti kalau staff kat office tanya dia macam mana?"

"Macamlah dia tu masuk pejabat hari-hari."

"Setidaknya dia boleh bersedia dengan apa-apa jawapan."

Aku menjeling Pak Heru dengan pandangan menyampah. Sebabkan dia betul tulah yang buatkan aku menyampah tu. Aku mula berjalan mencapai telefon. Tapi baru aku hendak mendail nombornya, aku menukar fikiran.

"Kenapa, Cik Puan?"

"Mahmud kan sayang kat dia. Apa kata kalau kita tengok je Mahmud bertindak ke tak. Kalau betul dia sayangkan perempuan tu, mesti dia akan cari."

"Tu bukan ke macam nak mengenakan dia?"

"Ujian kesetiaan. Kalau betul Mahmud sayangkan saya, dia takkan ingat pun yang si Olivia ni dah hilang."

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now