Ada dua perkara penting pada hari ini. Pertama, ianya adalah sambutan hari lahirku yang ke-19 tahun. Kedua, itu adalah hari pertama aku dan Mahmud berpindah ke Villa MahMona, villa yang dibinanya khas untuk aku seorang. Walaupun usianya baru sahaja 21 tahun, kekayaan yang dimilikinya cukup untuk membangunkan villa mewah tersebut. Tapi kalau hendak diikutkan, ini baru sahaja fasa 1 villa ini. Mengikut pelan yang pernah ditunjukkan Mahmud kepada aku, villa ini boleh jadi lebih besar daripada sekarang.
Mama dan papa sudah datang ke villa ini dari Kedah. Sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, semestinya aku seringkali mendapat layanan seperti puteri diraja. Lagipun, pada siapa lagi aku hendak menumpang manja selain daripada Mahmud dan mereka berdua ini?
Majlis hari jadi aku berlangsung pada waktu petang. Sebahagian besar rakan-rakanku hadir membawa pelbagai jenis hadiah. Lavender yang sedang hangat bercinta dengan Khusyairi juga turut hadir dengan teman lelakinya yang juga adik kepada Tuan Mahmud itu. Bukan main bahagia lagi mereka berdua itu bercinta.
"Ramona, mana laki hang? Mama dok caghi dari tadi. Takdak ka rasa nak kenaikan bini dia kat kawan suma tu?"
"Oh, Mahmud pergi jumpa kawan-kawan dia kut. Takpe kut. Lagipun bukannya Ramona tak kenal kawan-kawan dia. Semua kenal Ramona kat sini."
"Dah tu?! Dok tinggai bini dia soghang kat dalam bilik. Hang tu pun satu. Apa lama sangat dok dalam bilik. Oghang lain mai nak raikan hang. Bukan nak tengok rumah hang ja."
"Yelah. Kejap Ramona touch up sikit lagi."
Aku menambah sedikit lipstick agar wajahku tampak lebih segar sebelum aku sedia sepenuhnya untuk bertemu dengan tetamu. Lagipun, mama kalau dah start membebel bukannya boleh senyap.
Aku berjalan menuruni tangga dan di situ sahaja aku sudah perasan yang ramai tetamu sudah mula memasang mata ke arah aku. Senyuman dengan sengaja terlarik di bibirku. Lagipun, mereka semua sudah sedia maklum akan kecantikan aku yang memang ramai akui.
Perasan eh, Ramona?
"Mona!" Suara Mahmud menerjah telinga. Di tangannya terdapat sebuah kek berwarna ungu muda dan di belakangnya terdapat budak-budak perempuan kecil memegang sejambak bunga. Mereka berjalan menuju ke arahku. "Hsppy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to Laura Ramona... happy birthday to you..."
Dia menarik tanganku agar memeluknya. Semasa aku memeluknya, dia membisikkan sesuatu kepadaku.
"I love you, darling..."
"I love you more, sayang..."
"Darling, why don't you potong kek tu?"
Aku mengambil pisau kek dan mula berjalan ke arah kek yang sudah diletakkan di atas meja. Aku mula memotong kek tersebut tapi pisau itu tidak dapat menembusi sehingga ke dasar kek. Mahmud sudah menahan tawa.
"Mud, you better tell me what inside before I malu depan tetamu ni semua."
Mahmud mengeluarkan sebuah kotak dari dalam kek tersebut. Dibukanya kotak tersebut dan di dalamnya terdapat seutas rantai berloket permata berwarna hitam. Ianya bukanlah warna kegemaranku tapi aku harus akui bahawa ianya sangat cantik.
"A lovely thing to my lovely woman."
Dia menyarungkan rantai tersebut ke leherku dan seterusnya menangkap gambarku yang cantik memakainya. Semua tetamu turut bersorak kegembiraan melihatkan adegan yang mungkin bagi mereka romantis itu.
"Sis, you are very lucky. Khusyairi, please learn from Mahmud on how to be a good husband."
Semasa sedang acara menyuap kek berlangsung, wajah Mahmud yang tadinya senyum bertukar menjadi masam. Kalau bukan masam sekalipun, aku boleh katakan yang dia tidak senang dengan salah seorang yang nampaknya baru tiba di majlis itu.
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...