Bab 11

655 91 13
                                    

Masuk 2k readers story ni, sumpah Daniel update Bab 12... or at least 25 votes... see dh bagi diskaun tu...

_____________________

           

Pada dasarnya, memang bulan madu itu sesuatu yang sangat membuatkan Lisa untuk merasa teruja. Masakan tidak untuk dia tidak bersetuju dengan idea bulan madu tersebut sedangkan dia memang teringin untuk mengenali suaminya itu dengan lebih lagi. Mana tahu hubungan mereka akan menjadi lebih baik selepas ini.

Tapi yang menghancurkan kesemuanya adalah Mak Biah pun ikut sama. Memang jahanam habis harapan Lisa untuk dapat duduk berdua-duaan dengan suami separa tercintanya tanpa gangguan sesiapa. Pendapat ketidaksetujuannya kepada Tuan Mahmud hanya mendapat refleksi diam sahaja oleh lelaki tersebut.

Ke mana destinasi bulan madu mereka? Mereka ke pulau persendirian Tuan Muhammad Ahmad dan Cik Puan Besar Kartini di sempadan perairan Pahang dan Johor. Mereka harus menaiki bot dari Jeti Kluang untuk menuju ke pulau tersebut. Di situ, mereka disambut oleh Pak Heru, seorang lelaki pertengahan usia berbangsa Jawa yang ditugaskan untuk menjaga Villa MahMona II di situ.

"This place seems so familiar."

"Kenapa, Lisa? Is it in a good way?"

"Tak tahu. Just rasa macam I've been here before."

"Like a dream."

"Better than a dream."

Mereka berpegangan tangan. Mak Biah yang berjalan di belakang mereka memandang penuh jelak kepada pasangan suami isteri yang sedang menunjukkan kemesraan mereka itu. Wanita kurus tinggi berwajah seperti ada bangkai tikus di bawah hidungnya itu tidak bercakap sepatah pun sebaik mereka bertolak dari villa malam tadi.

"Dulu, masa Ramona hidup lagi, hampir setiap tiga bulan kami akan datang ke sini.'

"Kerapnya..."

"Well, dia sukakan laut. Sebenarnya, villa ni dibina pun khas untuk dia. Hadiah hari jadi dia yang ke-21. Senang kata, Ramona suka tempat yang tenang dan berkisarkan alam semulajadi."

"Itu ke sebab kenapa villa kita tu hampir tak bertingkap?"

Tuan Mahmud ketawa mendengar soalan jujur daripada Lisa itu. Mereka kemudian naik ke tingkat tiga villa tersebut yang tingkat itu sememangnya khusus untuk bilik mereka berdua sahaja. Nak dikatakan besar bilik itu sehinggakan ada jakuzinya sendiri di dalam bilik itu. Cukup besarlah gamaknya.

Lisa menanggalkan dress satin Maison Margiela yang dipaksa Tuan Mahmud untuk dia pakai hari itu dan diletakkan di atas katil. Kini, dia hanya memakai inner lingerie yang terdedah di bahagian bahu. Ketika itulah, Tuan Mahmud menyedari sesuatu.

"Lisa..."

"Yes?"

"What is on your right shoulder?"

Lisa memegang parut terbakar tersebut dan dia tersenyum lembut ke arah suaminya. "Oh, ni parut Lisa main bunga api masa kecik dululah. Bunga api tu sepupu Lisa cucuh kat baju Lisa. Habis baju tu terbakar sampai kena bahu Lisa."

"How old were you at that time?"

"Entahlah, Lisa pun tak ingat. Tak salah, lima, enam tahun jugaklah."

Kecurigaan mula bersarang di dalam benak pemikiran Tuan Mahmud. Ada sesuatu yang dia mula sangsi dengan parut di bahu Lisa itu. Tapi dia kemudian mentamsilkan untuk tidak terlalu berfikir mengenainya.

Dia memeluk isterinya itu dari belakang. Lisa mulai panik. Sejujurnya dia tidak tahu reaksi apa yang hendak diberi. Mula Caveman Spongebob meresap masuk ke dalam badannya. Lisa hanya mampu membalas pegangan lembut tersebut dengan tangannya.

"Abang... jangan..."

"Kenapa pulak? Lisa isteri abang kan?"

"Memanglah, Lisa tahu tu. Tapi it just..."

"Did I mention in my contract that you have to obey me the way I wanted you to be? Isn't that clear much?"

Lisa mula rasa serba seram tanpa rasa itu diundang sendiri. Dia memalingkan wajahnya memandang Tuan Mahmud yang membuatkan lelaki itu terkejut. Dia berganjak sedikit ke belakang tatkala melihat wajah isterinya itu.

"Mona..."

"Abang, ni Lisa."

"Kalau betul kau Lisa..."

"Mud, takkanlah I pun you dah tak ingat kut?" Suara itu berubah sedikit bagi pendengaran Tuan Mahmud.

"Mona, I tahu you takkan tinggalkan I time I memang sayangkan you."

Bayangan tersebut memegang wajah Tuan Mahmud. Tuan Mahmud mencium tangan tersebut dengan lembut seperti yang biasa dilakukannya dahulu. Isteri yang meninggalkannya dari dunia ke tempat yang kekal abadi itu jelas terbayang di depan matanya.

"I takkan pernah tinggalkan you, Mud. Walau apapun yang jadi, I takkan pernah tinggalkan you."

"Then kenapa you pergi, Mona?"

"Mud, tak lama je lagi, Mud. Sabar sikit, okey..."

"Mona!"

"Abang!!! Sakitlah tangan Lisa."

Tuan Mahmud kembali ke realiti. Ternyata wanita di hadapannya itu adalah isterinya yang kini dan bukannya arwah Cik Puan Ramona. Dia menepuk dahinya sendiri dan menangis di tirai katil.

"Aku tak sepatutnya macam ni. Mahmud, behave please...!"

"Abang, it is not really your fault."

"It is, Lisa."

"Takpe. You are not to me."

"Thanks..."

"Hello, Pak Heru."

"Ya, bercakap. Siapa ni?"

"Pak Heru ni buat lawaklah. Ini sayalah."

"Oh, kamu. Haa kenapa ni? Ada barang lagi yang kamu nak?"

"Macam takde je. Macam mana dorang berdua tu kat sana? Sweet ke tak nampaknya?"

"Berdasarkan apa yang Pak Heru nampak sendiri, nampaknya baik jelah. Kenapa ya, Cik? Ada apa-apa lagi ke yang Pak Heru boleh tolong?"

Suara di hujung talian itu ketawa kecil mendengar berita tersebut. Entah apa yang kelakar baginya tidaklah ketahuan bagi Pak Heru.

"Pak Heru ada jumpa cincin kahwin Ramona tak?"

"Cincin kahwin Ramona? Hmm, Pak Heru tak pastilah pasal cincin kahwin tu. Kenapa ya, Cik?"

"Amboi, selama ni tak pernah pun tanya saya pasal kenapa saya mintak benda-benda macam ni semua. Saya bukannya nak buat dorang bercerailah, Pak Heru."

"Pak Heru tahu dan faham sangat tu tapi apa motif kamu buat semua ni? Bukan kamu suka ke kalau Tuan Mahmud tu kahwin dan bahagia dengan Lisa tu. Kamu jugak yang selalu kata Ramona tu cerita lama."

Suara itu mengeluh berat. Nampaknya penjaga Pulau MahMona itu masih tidak faham akan niatnya melakukan semua itu.

"Pak Heru, percaya saya. Saya pun nakkan yang terbaiklah untuk mereka berdua tu. Cuma entahlah, saya rasa Lisa berhak tahu tentang semua ni jugak. Pak Heru tak rasa ke benda tu?"

"Kalau dia tahu pun, apa yang dia boleh buat?"

"Macam nilah, long story short, Pak Heru kena tolong saya dua benda ni. No more questions regarding anything. First, cari cincin kahwin arwah Cik Puan Ramona dan hantar kepada saya. Kedua, tolong tengokkan mereka berdua tu."

"Kenapa Cik beriya sangat nak tahu pasal semua ni?"

"Entahlah. Pengaruh semangat inkuiri zaman Renaissance kut. Taklah saya gurau je tu. Sejujurnya, saya pun tak berapa pasti kenapa. Tapi jangan risau, saya tak ada niat pun nak hancurkan rumah tangga mereka berdua tu, Pak Heru."

"Eloklah kalau Cik kata macam tu. Lega sikit hati ni dengar. Bila Cik nak benda tu kalau boleh?"

"Hmm, secepat mungkin!"

"Baiklah, Cik!"

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now