Petikan Diari Cik Puan Ramona (September 1994)

529 62 10
                                    

           

Sudah tiga bulan aku bergelar ibu kepada anak perempuanku. Anakku itu kunamakan Laura Ramona II kerana mama mengatakan bahawa rupa iras wajahnya saling tak tumpah dengan wajah aku semasa baru dilahirkan. Walaupun bagiku, setiap bayi yang dilahirkan itu mempunyai wajah yang sama sahaja, tapi mungkin mama mengetahui lebih dari diriku sendiri.

Semua orang nampaknya bergembira dengan kehadiran anak perempuanku itu. Tidak ada siapa yang nampaknya menunjukkan rasa kurang senang dengannya. Bayi, kelahiran mereka sememangnya menggembirakan. Lumrah manusia bahawa kelahiran mereka disambut dengan ketawa dan perginya mereka dengan dihantar oleh air mata.

Tapi, ada seorang yang nampaknya langsung tidak senang dengan kehadiran Laura Ramona II. Siapa lagi orang itu kalau bukan suamiku sendiri, Mahmud. Kebenciannya terhadap Laura Ramona II memang ketara ditunjukkan kepada semua orang. Sehinggakan ada yang mula menuduh bahawa Mahmud sememangnya bukan seorang yang mesra dengan budak kecil.

"Mud, can we talk?" Aku bertanya kepadanya ketika kami bersarapan pagi. Selepas tempoh berpantangku tamat, barulah aku sering dapat meluangkan masa bersarapan pagi dengannya.

"What is it about, darling?"

"Kenapa you tak pernah buat macam Laura Ramona II ni macam anak kita? People are talking everywhere about it, you know."

"Who do I have to care about her? She's barely my responsibility at all."

"Mud, at least show your affection for her depan orang ramai. To maintain our reputation jugak kan?"

"Dia anak you, kan? So biarkan you jelah yang tunjukkan those affection shit tu. Kenapa nak suruh I buat benda yang sama."

"Muuud, dia anak kita tau. At least people believe that she is."

"Still! She is not my daughter and will never be. You jangan pernah suruh I mengaku anak haram tu anak I, okey. Sebab sampai mati pun, I takkan pernah mengaku."

"Mud, yang salah tu I, tau. Kenapa dia yang you beriya maki bagai ni?!"

"Ramona, please jangan naikkan darah I pagi buta macam ni. Apa yang you nak tatang sangat anak haram tu?!"

"Mahmud, dia anak I, you faham tak?! You maki dia bersamaan dengan you maki I sebab I ni mak dia. Mak yang mengandungkan dia sembilan bulan, tau tak?! Dan sebagai mak, I berhak untuk protect anak kita tu."

"Pembetulan. Anak you!"

Aku malas hendak bertekak lagi. Keadaan aku dan Mahmud sekarang terlalu rapuh untuk dikatakan. Sekiranya terlalu ringan dipegang, ianya akan menjadi lemau dan sekiranya terlalu kuat, ianya akan punah. Sedaya-upaya, aku cuba untuk memastikan ianya kekal utuh. Aku masih cintakan dia kerana dia tetap suamiku.

Dia membasuh tangan dan bingkas bergerak menuju ke keretanya. Aku bersalam dengannya tapi wajahnya tetap dengan perengusnya. Aku pun malas hendak menegur lebih-lebih. Diam bukan bermakna kalah, cuma lebih kepada memilih langkah yang selamat.

"Tak nak cium Laura Ramona II dulu ke?"

"Dia bukan anak I pun. For what goddamn why I have to do that?"

"Mud, please don't act like this."

"Whatever you say, Ramona. I will always stick to my determination yang itu bukan anak I langsung. You patut bersyukur I still izinkan dia duduk membesar dalam rumah kita ni."

Aku akur. Selepas keretanya meluncur dari perkarangan rumah kami, aku terus masuk ke dalam dan menuju ke bilik aku. Aku melihat bahawa Laura Ramona II sudah terjaga dan sudah mula merengekkan mencari aku. Aku mendukungnya dan mula mendodoikan dia agar berhenti menangis. Mulutku seraya bernyanyi.

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now