Bab 43

614 59 7
                                    

           

Lisa berjalan perlahan menuju ke arah wad kelas 1 di mana suaminya ditempatkan. Tangannya berada di tombol pintu untuk masa yang lama juga sambil memikirkan sama ada adakah ini masa yang sesuai untuk bertanyakan hal itu kepada suaminya.

Tombol dibuka. Lisa melangkah ke dalam dan melihat suaminya terbaring di atas katil. Rasa empati singgah di benaknya melihatkan tiada siapapun yang berada di sisi suaminya di saat lelaki itu kesakitan.

Menurut apa yang Lisa dengar daripada Melinda, Khusyairi katanya sudah memutuskan hubungannya dengan Tuan Mahmud. Sesuatu berlaku kepada persahabatan mereka berdua dan ianya cukup menyakitkan bagi Khusyairi. Menyedari yang abangnya itu memang bermasalah, Melinda langsung tidak bertanya lebih lagi kepada Khusyairi.

Tapi Lisa tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada mereka. Mulanya, dia sendiri tidak mempercayainya tapi suara hatinya menyuruhnya untuk mempercayai perkara itu. Walaupun mengarut, dia percaya juga.

"Abang..." Dia menyeru suaminya perlahan.

Tuan Mahmud membuka matanya perlahan dan memandang ke arah isterinya itu. Selepas dia diselamatkan dengan jayanya, dia mengalami serangan sesak nafas membuatkan dia terpaksa ditahan di dalam wad. Biasalah, dah tua macam tu...

"Ramona..."

"Tak, bang. Ni Lisa."

"Oh, Lisa. Lisa okey?"

Air mata Lisa jatuh ke pipinya. Ini adalah Tuan Mahmud yang berbeza dengan Tuan Mahmud yang dia kenali sebelum ini. Tuan Mahmud kali ini nampaknya lebih menerima dia yang sebenar.

"Lisa okey je. Abang?"

"Abang lega kalau dengar Lisa okey."

Lisa masih tidak tergamak untuk bertanya apa yang dia hendak tanyakan kepada suaminya itu. Air matanya yang menitis tadi sememangnya ikhlas untuk suaminya.

"Abang mintak maaf dengan Lisa..."

"Kenapa?"

"Abang tak nampak diri Lisa selama ini. Abang rahsiakan banyak benda daripada Lisa sampaikan Lisa kena tahu dengan sendiri. Abang tahu abang bukan suami yang baik untuk Lisa dan juga arwah ibu Lisa sendiri. Abang gagal. Abang tak layak pun nak jadi suami untuk sesiapapun..."

"Abang jangan cakap macam tu. Lisa tahu yang abang dah cuba sehabis baik untuk jadi yang terbaik untuk Lisa dan arwah Ramona dulu. Setiap manusia tu buat salah, bang. After all, at the end of the day, one just have to say sorry."

Tuan Mahmud terdiam sekejap. Pandangannya dibuangkan ke luar tingkap. Ada sesuatu yang menjentik minda dan ingatannya ketika Lisa mengatakan ayat yang akhir itu.

"Sorry... a simple word yet I never said to her."

Lisa terpempan seketika. Dia cuba mengawal emosinya juga agar tidak terbawa-bawa oleh perasaan.

"Lisa tahu apa yang jadi antara abang dengan Khusyairi?"

Lisa mengangguk perlahan.

"Abang boleh terima Ramona buat IVF dengan Faris sebab mungkin itu salah dia dan salah abang. Tapi abang tak boleh terima dia dengan Khusyairi sebab... abang cintakan mereka berdua."

"Maksudnya...?"

"Abang tak boleh terima yang dua orang yang sangat cintai dalam dunia ni, ada skandal antara satu sama lain. Abang rasa dikhianati. Abang tahu yang semua tu memang abang yang mulakan tapi abang tetap tak boleh terima hakikat tu. Say what you want but abang memang berat hati untuk akui semua tu."

"Ramona tahu yang abang sukakan Khusyairi?"

Tuan Mahmud menggeleng. "Sebab abang sayangkan dia. Dia sahaja perempuan yang berjaya buka hati abang untuk mencintai perempuan. Sebab tu abang selalu kata yang dia tu takkan pernah sama dengan perempuan-perempuan lain yang wujud dalam dunia ni. Dialah satu-satunya perempuan dalam dunia ni yang abang sayang dan cinta dengan sepenuh hati abang."

Ada pro dan kontranya pengakuan Tuan Mahmud itu pada penerimaan Lisa. Sebagai seorang isteri, melihat suami gembira sememangnya menjadi satu kelegaan. Tapi sebagai isteri juga, dia merasakan satu perasaan yang tak enak dalam hatinya.

"Abang betul sayangkan Ramona?"

Tuan Mahmud mengangguk.

"Pernah tak abang atau Ramona ucapkan perkataan maaf antara satu sama lain? Sebagai tanda menebus kesalahan masing-masing?"

Tuan Mahmud menggeleng. Seraya dia menggeleng, dia turut mengalirkan air mata lelakinya. Berat untuknya menerima hakikat yang sangat pedih untuk dihadam itu.

"Serius?"

"Abang ego! Abang sentiasa nak menang! Abang selalu letakkan diri abang sebagai ketua yang tak boleh terima kalau diri sendiri yang buat salah. Ramona betul. Kalau tak kerana abang yang memulakan semua benda ni, kami akan bahagia."

"Benda yang dah lepas, tak elok kalau diingat."

"Tapi kerana benda yang dah lepas itulah punca kami berdua jadi berantakan dan akhirnya..." Tuan Mahmud tidak gamak untuk menghabiskan ayatnya. "Abang hilang orang yang abang sayang."

"Lisa tahu. Dan Lisa faham kalau abang kesal dengan perbuatan silam abang. Semua orang akan melalui fasa yang sama. But some things just cannot be changed."

Tuan Mahmud diam. Kekesalan dan kebencian terhadap dirinya sendiri sangat sukar untuk dia hadapi. Betullah kata orang yang realiti memang sangat sukar untuk diterima.

"Lisa mesti rasa yang abang ni sangat tak guna, kan?"

"Kalau abang tak guna, you won't even regret anything you've done."

"Lisa tahu kenapa abang bakar Villa MahMona tu?"

Lisa menggeleng.

"Abang bina villa tu untuk Ramona. Untuk abang hidup dan mati dengan dia. Abang ingat dengan tinggal dalam rumah tu even lepas dia mati, everything would be okay tapi ternyata abang salah. Abang tak boleh hidup sesaat pun tanpa ingat tentang Ramona."

Lisa mengesat air matanya. Cinta Tuan Mahmud kepada arwah Cik Puan Ramona sememangnya sangat utuh dan ampuh untuk dihalang dan ditentang. Dia mula merasakan yang dia sememangnya tidak layak untuk dicintai setarafnya cinta Tuan Mahmud kepada Cik Puan Ramona.

"Kalau boleh diulangkan masa, apa dia perkara yang abang teringin sangat nak lakukan semula?"

"Tak banyak. Sebenarnya, ada satu je. Abang nak balik pada mula-mula kami berkahwin. Abang akan mula memahami perasaan Ramona. Dan yang paling abang nak buat sekali, abang nak minta maaf pada dia atas segala dosa-dosa abang pada dia. Abang yang salah. Kalau bukan abang yang memulakan, Ramona takkan jadi macam tu."

Lisa keluar dari bilik wad tersebut dan menangis semahu-mahunya di dalam tandas. Kesedihan yang dia tanggung tidak tergalas lagi. Untuk apa rasa sedihnya datang pun, dia tidak tahu.

Tuan Mahmud terlelap di atas katil. Ketika itulah, dia seolah membayangkan sesuatu.

Cik Puan Ramona membuka pintu bilik wad tersebut dan masuk ke dalam. Dia memakai gaun kaftan berwarna hitam dan rambutnya diikat ikal di sisi kanan. Cantik wajahnya memang tidak dapat ditandingi lagi oleh sesiapa.

"Muuud..."

"Mona?"

"Terima kasih..."

"For?"

Cik Puan Ramona hanya tersenyum cantik memandang suaminya. Tangannya dielus rambut ke telinga Tuan Mahmud. Tuan Mahmud sangat merindui belaian isterinya itu.

"Ikut I, okey?"

"Pergi mana, darling?"

Sekali lagi, Cik Puan Ramona hanya tersenyum.

________________________

Sabar kejap ya... ada epilog satu lagi ni haa...

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now