Entri terakhir yang dijumpai dalam diari Cik Puan Ramona
Aku menyesal.
Aku tak sepatutnya berikan dia peluang kedua lagi. Memang ya, perkahwinan kami berjaya diselamatkan dan kami hidup bahagia. Tapi sekali lagi, Mahmud yang memulakan segalanya semula. Kali ini, aku tidak boleh bersabar lagi.
Karmila. Mendengar namanya saja sudah seperti memikul beban yang teramat berat dibuatnya. Perempuan yang entah dari mana datangnya, muncul untuk meranapkan rumah tangga aku dan Mahmud. Jalang!
Rupanya kalau nak diikutkan biasa sahaja. Cantiklah lagi mendiang Olivia yang mungkin tubuhnya sudah dijamah jerung di tengah laut sana. Tapi aku harus akui yang Karmila pandai bergaya. Gaya fesyennya muda dan segar dan mungkin itu yang membuatkan Mahmud terpikat padanya.
Asalannya, aku tak menjangka apa-apa. Aku pernah mengikut Mahmud ke pejabatnya malah beberapa kali juga aku dapat berjumpa dengan gadis muda tersebut. Kalau mengikut apa yang aku dengar, dia masih lagi muda. Setidaknya mudalah daripada aku ini. 22 tahun kalau tak silap.
Mahmud juga, sekali lagi, semakin jarang pulang ke rumah. Kebiasaannya dia hanya akan mengatakan yang dia bermain futsal ataupun pergi berhibur di kelab malam dengan rakan-rakan. Kelab malam memang bukan tempat kegemaran aku jadi aku tiada isu mengenainya. Tapi sekali lagi, aku curiga.
Beberapa hari lepas, Mahmud dan Lisa ada bermain bunga api bersama. Namun ketika itu, Mahmud leka dengan angan-angannya lalu tercucuh bunga api yang panas itu kepada Lisa. Menangis sekejaplah budak itu dibuatnya. Anehnya Mahmud boleh lagi dengan tanpa rasa bersalahnya keluar entah kemana pada malam itu.
Aku memang kalau nak diikutkan, memang sudah give up dengan Mahmud. Peluang demi peluang aku berikan dan dia masih dengan perangainya dahulu. Yalah, siapa sahaja yang tak mahukan dirinya. Semua orang gilakan Mahmud. Tapi aku masih isterinya okey. Satu hakikat yang dia perlu tahu.
"Mona, kau dengan Mahmud ni jujurnya jangan kahwin from the beginning tau."
"Kenapa kau cakap macam tu?"
Lavender mengeluh lagi. Ketika itu, aku melawat dia di rumah memandangkan dia bakal berkahwin tak lama lagi. Jujurnya ada sedikit rasa bersalah ketika setiapkali berjumpa dengannya memikirkan dia pernah berkasih dengan Khusyairi.
"Mona, cuba kau tengok balik. Kau fikir kau bahagia ke dengan Mahmud tu? First year, yeah, aku sendiri tengok yang korang memang bahagia. Tapi kenapa sejak dua menjak ni, semua macam messed up?"
"Apa maksud kau messed up?"
"Messed uplah like, korang memang not meant to be together. Okay, does Melinda even talk to you?"
Aku menggeleng perlahan.
"Okey, ada sesiapa lagi tak yang tahu pasal masalah korang selain daripada aku?"
Aku menggeleng juga. Nak mampus kalau aku jawab Khusyairi?! Faris dulu pun tak tahu banyak mengenai kisah aku dan Mahmud. Hanya Khusyairi yang tahu mengenai kisah kami berdua.
"Itu masalah kau. Ramona, tak semua masalah dalam hidup ni kau boleh pendam seorang tau. Mahmud is a cheater. Why you still stick on him?"
"Aku tak tahulah weyh. For the sake of our daughter kut."
"Bullshitlah sial! I know you very well, Ramona. Well better than anyone could. Dan aku tahu Mahmud just not right for you."
"Kenapa kau tak cakap benda macam ni lima, enam tahun lepas, Lavender? Why now?"
YOU ARE READING
Arwah Cik Puan Ramona
Mystery / ThrillerDalam keadaan yang sangat pelik, Lisa dinikahkan dengan Tuan Mahmud, seorang orang kaya yang sekali ganda usianya. Apa yang menyeramkan adalah dia mempunyai rupa paras dengan arwah Cik Puan Ramona iaitu isteri Tuan Mahmud yang sudah meninggal bertah...