Bab 14

684 96 16
                                    

           

Pasangan suami isteri itu kembali semula ke Villa MahMona selepas seminggu lebih menghabiskan masa berdua di Pulau MahMona. Tolak kehadiran Mak Biah, semuanya sangat menggembirakan bagi Lisa. Dia cukup tak sangka bahawa Tuan Mahmud seorang yang sangat romantik.

Pada malam terakhir mereka di sana, Tuan Mahmud membawanya berjalan mengambil angin malam di tepi pantai sambil bercerita tentang masa depan mereka bersama. Untuk pertama kalinya dalam masa tiga jam, nama arwah Cik Puan Ramona tidak disebut oleh Tuan Mahmud. Hal itu membuatkan Lisa berasa lega dan gembira buat sementara waktu.

"Lisa, are you happy to be my wife?"

"Well, yalah. Mestilah Lisa happy. Kenapa abang tanya macam tu?"

"Then I would be very happy for it."

Setibanya di villa mereka, Tuan Mahmud harus bergerak ke pejabat untuk menghadiri sebuah mesyuarat bersama lembaga pengarah. Mereka bertolak tengah malam tadi dan tiba tepat jam tujuh pagi. Memandangkan Tuan Mahmud seorang yang sangat obses dengan kerja, maka Lisa tiada hal mengenainya.

Lisa masuk ke biliknya untuk menyambung rehat. Tapi rasa bosan pantas menerpa mindanya yang sememangnya tidak betah untuk diam tanpa melakukan sebarang aktiviti. Memang sudah resamnya begitu gamaknya.

Lisa turun ke tingkat bawah dan melihat Mak Biah sedang berdiri merenung potret arwah Cik Puan Ramona yang megah tergantung di situ. Wajahnya seperti sedang tersenyum kagum melihat wajah arwah isteri pertama Tuan Mahmud itu.

Lisa kalau boleh hendak terus menuju ke dapur tapi kakinya seperti tidak terangkat untuk ke sana. Sebaliknya kakinya melangkah ke arah Mak Biah yang sedang ralit dengan khayalannya sendiri itu.

"Villa ni dah tak sama sejak arwah Cik Puan Ramona takde."

"Biasalah. Yang hidup pasti akan mati. Jadi kita yang hidup ni kenalah teruskan hidup."

Mak Biah tersenyum dengan senyuman yang agak menyeramkan bagi Lisa sekurangnya. Tapi Lisa tidak terlampau menunjukkan yang dia sememangnya berasa seriau dengan pembantu rumah tersebut.

"Walaupun Cik Puan Ramona dah tak ada, saya selalu rasa seperti dia masih ada dalam villa ni. Bau minyak wangi dia dan merdu suaranya, semuanya seakan melintas di bayangan mata. Mungkin dia memang belum pernah meninggalkan villa ini..."

Lisa tidak bersuara apa-apa. Sekarang dia sedang menyesali keputusannya untuk melihat keadaan Mak Biah itu.

"Agaknya mungkin betul yang roh orang mati datang untuk melihat yang hidup. Mesti arwah Cik Puan Ramona sakit hati tengok dah ada pengganti baru dalam villa ni menggantikan dia."

"Tak, salah tu."

"Kenapa pulak?"

"Yang hidup akan teruskan kehidupan macam biasa. Circle of life. There is no such thing as the dead would come and see the living."

"Ke sebenarnya takut? Takut yang arwah Cik Puan Ramona datang dan lihat ada orang lain yang gantikan tempat dia?"

"Tak, saya tak takut. Saya percaya sekiranya redhakan pemergian dia, everything will be fine. Tak guna hidup dalam kenangan terlalu lama."

Mak Biah menjelingnya lalu memandang ke arah potret itu semula. Lisa mengundur perlahan-lahan sebelum naik ke tingkat atas untuk melarikan diri daripada obsesi Mak Biah itu. Setibanya di tingkat atas, dia memasuki bilik bacaan arwah Cik Puan Ramona.

Di situ, dia mendapati Razziq sedang membaca salah satu hasil tulisan arwah Cik Puan Ramona yang berunsurkan thriller. Razziq tersenyum melihat dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now