Petikan Diari Cik Puan Ramona (Mac 1993) & Announcement

571 82 11
                                    

           

Lagu Untukmu daripada kumpulan Feminin sedang berkumandang di dalam klinik itu. Kumpulan yang baru hendak meningkat naik itu sememangnya sedang enjadi kegilaan remaja masakini. Lavender juga nampaknya semakin berminat dengan lagu Melayu dengan adanya kumpulan itu membuatkan dia berpaling tadah daripada Madonna untuk seketika.

Pada hari ini, aku memakai blaus berwarna hijau lumut dan skirt panjang berwarna hitam. Aku terpaksa lari dari imej sebenar aku bimbang sekiranya ada yang mengenaliku di klinik sakit puan ini. Kepada jururawat yang bertugas juga aku memintanya iuntuk memanggilku dengan nama yang lain.

"Puan Juwita Sidek." Jururawat tersebut memanggil 'namaku'. Aku menyahutnya dan terus berjalan ke bilik doktor yang terletak di hujung laluan.

Aku mengetuk pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik doktor yang bernama Dr. Suraya itu. Doktor yang berusia lingkungan usia mama itu tersenyum melihat aku masuk ke dalam bilik itu. Aku duduk di kerusi yang berada bersebelahan dengannya.

"Puan Laura Ramona, apa khabar?"

"Khabar baik. Panggil je saya Ramona."

"Baik, Puan Ramona. Puan pesakit baru di sini ya? Tinggal mana, puan?"

"Saya tinggal di Seremban." Aku berbohong.

"Jauh datang ke Petaling Jaya?"

Takkanlah aku nak cakap yang semua doktor di Seremban itu merupakan rakan kepada suamiku. Menempah sangat namanya tu. Jadi penyudahnya, aku hanya menyedekahkan senyuman sahaja kepada doktor itu. Harapnya, dia percaya dengan senyumanku itu.

"Jadi, apa halnya puan?"

"Doktor, saya nak tanya. Saya dah nak masuk tahun kedua berkahwin dengan suami saya. Tapi, suami saya ni..."

"Saya rasa saya faham maksud puan. Kalau begitu, suami puan dan puan kenalah buat ujian kesuburan..."

"Eh, tak! Bukan macam tu..." Pantas aku memintas. "Maksud saya, suami saya ni tak nak anak. Jadi, ada tak sebarang cara untuk dapatkan anak tanpa perlu gunakan dia?"

Doktor tersebut tersenyum. Aku mula rasa teruja memikirkan bahawa mungkin ada peluang  untukku. Aku mula menukar postur badanku kepada lebih bersedia.

"Ada tu ada. Tapi ianya masih menggunakan sperma milik suami puan sendiri. Jadi, seperti yang puan sendiri katakan, it still needs his consent."

Aku mulai rasa sedikit hampa.

"Tapi, pembedahan itu tidak ada dijalankan di Malaysia, dan kaedah itu pun kalau nak diikutkan, masih lagi dalam proses penyelidikan oleh doktor-doktor di Malaysia. Jadi kita harus membuat pembedahan di luar negara dan harganya mungkin akan jadi sangat..."

"Name the price and I will say sign the agreement. Anyway, kalau suami saya tak mahu, saya kena cari sperma orang lain ke?"

Doktor itu ketawa kecil. Mungkin soalan aku itu jarang sekali didengari olehnya atau mungkin soalanku itu terlalu bodoh untuk dihadamnya.

"Selalunya, mereka yang hendak melakukan kaedah ini akan memilih sendiri sperma-sperma di bank sperma. Sperma yang biasanya dipilih adalah mereka yang kacak, bijak yalah untuk melahirkan anak-anak yang pandai."

"Dalam kes saya ni, bagaimana doktor?"

"Terpulang. Kalau suami puan sanggup, rasanya tak perlu nak buat kaedah yang namanya IVF ni. Tapi kalau puan berminat, saya boleh hubungi seorang doktor di Singapura untuk memastikannya."

Arwah Cik Puan RamonaWhere stories live. Discover now