4 - Rihanna

698 26 3
                                    

Maka mulai pagi itu, bermulalah pengembaraan empat orang itu meninggalkan Kampung Teluk Angsa menuju ke tempat yang lebih selamat. Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin bergerak dari surau di kampungnya, dan bersalam-salaman dengan penduduk kampung buat kali terakhir. Tidak kurang pula gadis-gadis kampung menangis melihat jejaka idaman mereka akan meninggalkan kampung buat kali terakhir. Tidak kurang pula yang menghulurkan surat cinta berbau bedak wangi, dan ada juga lebih daring dengan menghulurkan kepada jejaka idaman mereka itu dengan gambar bogel mereka berbau bedak wangi.

"Abang Arjuna Perkasa, sebelum pergi tu, marilah kita romen dulu," kata seorang peminatnya. Tetapi Sang Arjuna Perkasa hanya tersenyum. Senyuman Sang Arjuna Perkasa itu sendiri sudah buat peminatnya klimaks.

Sang Uchan termenung melihat tali air itu buat kali terakhir. Sang Arjuna Perkasa melihat lelaki yang sudah single sekian lama itu dengan penuh rasa kesian.

"Tuan hamba sabarlah, kita akan berjalan ke Kuala Melaut. Di sana ada lebih ramai gadis yang menanti hamba, ehem, maksud hamba, tuan hamba. Siapa tahu di sana tuan hamba bertemu jodoh?"

Sang Uchan tidak mahu berkata apa-apa kecuali mendiamkan diri.

"Stop walking nearby me or I will kick your nuts!" jerkah Dayang Selasih menjerit di tepi telinga Puru Cendana Pura. Nafsu kuda bila nampak perempuan si Puru ni.

Mereka berjalan dengan berbekalkan lepat pisang yang dikukus malam tadi. Puru sudah bising kelaparan.

"Tuan hamba dah makan satu, dah lah. Simpanlah sikit untuk perjalanan nanti. Jauh ni!" kata Sang Uchan menasihatkan kawan baiknya yang sudahlah bernafsu binatang bila berjumpa perempuan, tetapi bernafsu binatang juga bila bertemu dengan makanan.

Dari atas bukit, Sang Arjuna Perkasa melihat kampungnya buat kali terakhir, bersama ladang ganjanya yang hangus dibakar orang-orang Musang Siguntang.

Sedang mereka berempat berjalan di dalam hutan, tiba-tiba terdengar suara orang bersiul. Mereka berempat terkejut dalam keadaan paling bersedia.

Tiba-tiba gadis di tali air menyergah dan menutup mata Sang Uchan dengan tangan, acah-acah manja.

"Tuan hamba nak pergi mana?"

Sang Uchan terkejut melihat gadis tempoh hari datang menyapanya. Sang Uchan ingin mengetahui namanya.

"Siapa gerangan tuan hamba?" tanya Sang Uchan.

"Nama hamba, Rihanna. Hamba nampak kalian berempat semua nak keluar dari kampung."

"Hi, nama hamba Puru..."

Sang Uchan tepis tangan Puru kerana tidak percaya dengan nafsu serakah kawan baiknya. Dia ni kalau ada pokok cempedak pakai baju perempuan pun dia bedal juga ni.

"Kami dihalau dari kampung kerana orang-orang Musang Siguntang. Orang kampung sangat menyayangi kami, tapi apakan daya, kami tidak mahu orang kampung terkorban. Orang-orangnya ramai," kata Sang Arjuna Perkasa yang memasukkan kerisnya kembali ke sarung kerana cuak dengan stunt Rihanna tadi.

"Nak ikut, boleh? Abang yang berbody sado dan rupa macam nelayan ni siapa?"

"Nama hamba, Sang Uchan," lelaki berupa nelayan itu tersenyum bila gadis itu menghulurkan salam.

"Sang Uchan, Rihanna. Rihanna, Sang Uchan....ohhh indahnya!" Rihanna mula berjalan terloncat-loncat.

"Gila rupanya..." mulut Puru tercabul.

"Apa gila-gila? Kau nak kena bunuh dengan aku ke?" kata Rihanna menjerkah ke arah Puru.

"You ni pun jangan lah discriminate orang, apa benda la you ni, karang kalau orang discriminate you, tau nangis," Dayang Selasih sound kembali Puru.

"Jom! Sang Uchan, kita teruskan perjalanan! Yeehaaaa!" Rihanna terus menyangkut lengannya di lengan Sang Uchan dan jalan menonong menuju ke depan.

Mereka meneruskan perjalanan sambil menyanyi lagu The Beatles "In My Life" yang memang mood memang kena kalau road-trip.

"Sedap sungguh suara tuan hamba, Sang Arjuna Perkasa," kata Sang Uchan sambil berjalan dengan makwe baru.

"Hamba dulu juara azan peringkat negeri Alam Shah Buana. Dari kecik lagi hamba dah jadi bilal. Bila dah besar, jadilah imam. Tapi, itulah, bakat yang Tuhan kurniakan ni, kita janganlah sombong," sempat Sang Arjuna Perkasa memberi kuliah dhuha pada kumpulan.

"Bukan macam tuan hamba, Puru! Dah la suara sumbang macam katak puru! Lepas tu muka pun macam katak puru! Nama pun Puru! Dah la makan kote!" jerit Sang Uchan.

Tiba-tiba Dayang Selasih nak back-up Puru. "Janganlah hina lebih-lebih! Rilek la, kita satu perjalanan ni."

Puru yang baru nak menangis tiba-tiba tersenyum melihat Dayang Selasih back-up dirinya yang sering dihina.

Sekumpulan lelaki berbaju hitam tiba-tiba menunggu di depan jalan.

"Apa pulak ni? Kalau takde orang jahat tak boleh ke?" jerit Puru, komplen.

"Hish, tuan hamba ni kalau tak ada dalam cerita ni pun baik la. Bukan bawak manfaat pun," kata Rihanna mengetuk kepala Puru.

"Siapa gerangan tuan hamba?" tanya Sang Arjuna Perkasa.

"Tuan hamba ingat tak sekumpulan perompak merompak si katak puru gemuk dan si brader muka nelayan ni? Kami adalah geng yang mahu menuntut bela ke atas apa yang terjadi dengan rakan kami!"

Sang Arjuna Perkasa tenang, lalu dia gulung rokok gulung yang berisi ganja, dan diletakkan di mulutnya.

"Puru, light joint hamba."

Puru terhegeh-hegeh membakar joint Sang Arjuna Perkasa.

"Takkan tuan hamba ada kat sini untuk bakar joint hero je, Puru?" Rihanna memandang sinis.

"Entah, takat ni skrip kata macam tu?" Puru mengangkat bahu.

Seorang lelaki besar dan tinggi macam Big Show datang tiba-tiba di celah-celah lelaki gelap tadi. Badannya berwarna merah dan bertanduk seperti Hellboy. Gigi bertaring dan berupa seperti seorang syaitan.

"I am completeeeeeee...."

"Fuckkkkkk....."

"Yes you're fucked! Shit out of luck, now I'm complete and my...."

Belum apa-apa Tendangan Tanpa Bayang dari Sang Arjuna Perkasa hinggap di pipi lelaki badan macam Hellboy tadi. Diazankan pula telinga lelaki badan besar itu ke telinga sebelum lelaki itu mati mereput.

"Macam mana tuan hamba...."

Lelaki-lelaki perompak tadi tercengang bila "secret weapon" mereka tumbang sebelum mereka sempat kelip mata.

"Sekarang, tuan hamba nak lawan tak?" tanya Sang Arjuna Perkasa membuka langkah.

Lelaki-lelaki baju hitam tadi lari bertempiaran melihat keperkasaan Sang Arjuna Perkasa.

Mereka bercadang untuk berehat di tepi sungai. Sang Uchan mencari kayu api, Dayang Selasih pula membasuh kain. Rihanna menari-nari atas air. Sang Arjuna Perkasa memancing ikan. Manakala Puru pula belasah tidur.

"Tuan hamba ni, tidur la pulak! Tolonglah hamba cari kayu api!" kata Sang Uchan meninggikan suara sedikit.

"Suruhlah makwe kau tu je, kan senang?"

"Tuan hamba janganlah cemburu, kerana tuan hamba harus tahu, hamba lebih kacak dari tuan hamba. Sebab tu hamba ada orang nak."

"You guys ni obses sangat dengan ketampanan ni dah kenapa? For me, intellectual is far far better than looks!" Dayang Selasih sudah menyampah melihat Sang Uchan menjack diri, walaupun semua orang tahu bahawa Sang Arjuna Perkasalah yang paling kacak, paling intelektual, paling gagah, dan paling beriman lagi bertakwa dalam seluruh negeri ini, walaupun dia sendiri pernah berkata pada semua orang dia bukanlah manusia paling tampan, kerana Nabi Yusof masih lagi jadi garis pengukur.

"Dapat ikan dah!" Sang Arjuna dapat ikan kelah. Semua orang pun bergembira.

Selepas ini mereka merancang untuk meneruskan perjalanan jauh untuk ke Kuala Melaut, yang memakan masa dua hari berjalan kaki dari tempat mereka berehat.

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now