1 - Dua Orang Pemuda

1.8K 55 19
                                    

Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin sedang tidur berehat di tepi semak sambil menanti ikan menanti umpan. Petang-petang memanglah sedap nak tidur. Sedang dia sedap-sedap tidur, dia terdengar bunyi ranting dipijak.

Oleh kerana dia seorang pendekar, maka dia cekap dan terus bangun dan memerhatikan sekeliling. Kelihatan dua orang lelaki sedang merayu-rayu kepada tiga orang berpakaian hitam yang sedang merompak di kawasan hutan.

"Tolonglah hamba, hamba ini miskin lagi hina..." kata seorang lelaki itu. Walaupun muka dia hodoh seperti katak, dan badannya gemuk macam ahli gusti sumo, tetapi dia kelihatan ketakutan.

"Entah, kami ni hidup cukup-cukup makan je," kata seorang lagi lelaki berambut panjang seperti nelayan.

Sang Arjuna Perkasa memerhatikan dari jauh dua orang lelaki itu sedang menangis-nangis harta mereka sedang dirompak dan macai kepada ketua perompak itu sedang bergelak ketawa membuka bungkusan dari kedua lelaki tersebut.

"La, baju bundle je. Buat penat je rompak!" kata perompak tersebut.

"Dah cakap kami ni miskin, korang tak caya!" lelaki gemuk gendut itu menangis-nangis merayu untuk dilepaskan.

"Ah, aku tak peduli!" kata ketua perompak itu. "Kau gemuk, mesti kau kaya! Tunjukkan mana rumah kau!"

Sang Arjuna terus cuba menghampiri ketua perompak itu. Tiba-tiba dia ternampak seekor ular kapak menghampiri kakinya. Dia capai perut ular tersebut dan menghampiri perompak tersebut.

Tiba-tiba salah seorang perompak menoleh ke belakang dan terpandang Sang Arjuna.

"Boss, kat belakang tu, nampak macam kaya je, kita rompak dia nak?"

Ketua perompak itu menganggukkan kepala.

"Woi, kau kenal tak kami ni siapa? Kami perompak yang terkenal di negeri Alam Shah Buana ini. Kami ialah kumpulan Kapak! Kami adalah pembunuh dan perompak paling terkenal. Sampai sekarang Baginda Sultan masih belum mampu menangkap kami!" kata ketua perompak tersebut.

"Ye ke paling terkenal? Tak kenal pun. Poyo je," kata Sang Arjuna Perkasa tenang sambil menghisap ganja.

"Woi, negeri Alam Shah Buana tak legalized ganja lagi la!" kata seorang perompak lagi.

"Kau ni siapa? Macam bagus je! Jom la lawan kalau berani!" kata macai lagi sorang.

Lelaki gemuk dan lelaki berambut nelayan itu memerhatikan saja dari jauh sambil ketakutan.

"Hamba nak lalu saja. Takkan itu pun tak boleh?" kata Sang Arjuna Perkasa, tenang.

"Kalau nak lalu kena bayar wang perlindungan! Kalau nak lalu highway, kena bayar tol. Sama je lah konsepnya!" kata ketua perompak tersebut.

"Kalau tak nak? Sebab saya ni kalau bawa kereta kuda, saya suka langgar tol. Baru fun!" kata Sang Arjuna Perkasa.

"Kau terimalah akibatnya!"

Ketiga-tiga lelaki itu menyerang Sang Arjuna Perkasa. Sang Arjuna Perkasa mencampakkan ular kapak tadi ke arah mereka. Dua orang perompak tadi berkeliaran. Ketua dia steady.

"Takat kau campak ular macam ni, kau ingat aku takut?"

Lelaki itu mencampakkan parangnya ke arah Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin, tetapi Sang Arjuna dengan tenang menepis parang tersebut sambil terus menghisap ganja.

"Cilaka kau, macam tu je kau tepis. Nah, ambik Penumbuk Besi Waja ni!"

Tetapi Sang Arjuna menepis dan mengunci tangan ketua perompak tersebut dengan teknik Kunci Gigitan Siamang, lalu menumbuk dengan teknik Hikmat Tumbukan Tedung Emas sambil bertubi-tubi dan menendang dengan teknik Tendangan Bisa Jengking menyebabkan ketua perompak itu terus terduduk terbeliak sebaik sahaja menerima tendangan tersebut.

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now