Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin memakai seluar trek dan jersi latihan Manchester United selepas pulang dari solat Subuh di surau, kemudian terus melakukan regangan dan latihan memanaskan badan di tempat semalam. Sambil berjogging, dia memasang lagu Arjuna dari kumpulan Dewa yang menjadi lagu tema untuk dirinya selama ini.
Akulah Arjuna
Yang mencari cinta
Wahai wanita
Cintailah aku!
Kelihatan Nina Dobrev juga sedang melakukan senaman regangan badan. Tetapi Sang Arjuna tidak mahu gelojoh, sebaliknya memberi fokus kepada senamannya.
Tetapi Nina Dobrev datang lari meluru ke arah Sang Arjuna.
"Hello, Don.."
"Zdrasti," jawab Sang Arjuna, pendek.
"Wow, dobro utro, Don.."
"Haha, nama saya bukan Don."
"Habis tu, semalam..."
"Kawan hamba tu, suka-suka je letak nama tu. Nama hamba Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin."
"Sang what?"
"Panggil sahaja hamba, Arjuna."
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai jersi Arsenal.
"Ah, jangan dilayan dia tu, Nina Dobrev. Mari kita jogging sama-sama," kata Sang Uchan mencelah. Ah, Sang Uchan ni, Sang Arjuna nak belajar bahasa Bulgaria, dia pun sibuk nak belajar bahasa Bulgaria. Sang Arjuna nak berjoging, dia pun sibuk nak berjoging. Pesen ikut orang.
"Dubro utro, Jack," kata Nina Dobrev mengucapkan selamat pagi.
"Hah, apa? Kepala buto?" Sang Uchan tak faham.
"No, dubro utro. Maksudnya selamat pagi. By the way, Jack..."
"Panggil saja nama saya Jack Wilshere," kata Sang Uchan menemberang nama. Sang Arjuna geleng-geleng kepala apabila melihat Sang Uchan dan sikap acah-acahnya.
Sambil menunjuk-nunjuk dadanya yang bidang, Sang Uchan saja je menunjuk kesadoannya, sedangkan Sang Arjuna rilek je. Nampak ketara sangat Sang Uchan ni.
--
Sang Tapir Setia terkejut melihat kedainya dimasuki pencuri. Dia nampak kunci Solex pada kedainya telah dipotong.
"Gila babi, siapa pulak yang pecah masuk ni?"
Dia terus gabra melihat cincin saktinya dengan menekan butang hijau. Mukanya terus jadi pucat lesi apabila melihat cincin saktinya yang mahal gila itu hilang.
Dia terus membuka CCTV. Dia tidak berapa nampak sangat muka siapa, tapi dia nampak lelaki itu berkepak.
Sang Tapir Setia terus menekan-nekan telefon bimbitnya.
"Sang Albatross, baik kau datang sini. Cepat!"
Sang Albatross Timur yang terpinga-pinga baru bangun tidur, tiba-tiba terkejut mengapa Sang Tapir Setia marah-marahnya pagi-pagi.
"Morning, Wynona, Dayang," Sang Albatross Timur gosok-gosok mata pagi-pagi.
Dayang Selasih mencebik. Rasa menyampahnya terhadap Sang Albatross Timur ketara. Dia ikutkan hati nak blah je dari rumah ni, dan mahu terus menyelamatkan Puru Cendana Pura yang sedang dipenjara. Fikir abangnya saja yang menghalangnya. Tapi itulah, nampaknya macam dia seorang je yang berminat nak mempelajari bahasa Gandau ni. Abangnya tak habis-habis belajar bahasa Bulgaria.
"Vudu maruta surna dhurta bhumi-kampa, kamina oshati danala, virta varshaa chyavanti paa prana."
Sang Albatross Timur memandang tepat pada Dayang Selasih.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasiaKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...