Keesokan harinya, kelima-lima pendekar bersarapan pagi di tepi kolam renang di tepi permandangan tepi pantai. Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al Taqwaun Mubin masak pasta goreng udang berserta roti bakar bagi mereka yang ingin diet.
Sang Uchan masih lagi trauma sejak peristiwa semalam, dan kelihatan masih belum pulih dan tidak ada selera untuk makan. Entah apa yang Datin Mawar lakukan padanya hinggakan dia begitu trauma, sampai makan pun dah tak lalu. Dayang Selasih memberi cadangan supaya Sang Uchan melaporkan diri pada polis, tetapi malu la, jatuh la ego. Kata pendekar yang telah menyelamatkan Melaut dari ancaman fasisme, takkan sorang makcik pertengahan 50an pun tak boleh nak settle.
"Sang Uchan, makanlah. Hamba nak masakkan untuk tuan hamba ni," kata Sang Arjuna yang merupakan sahabat yang prihatin.
"Tak apalah, hamba sambung tidur dulu."
Sang Arjuna kemudiannya terus membuka bajunya untuk mandi di swimming pool. Tubuh badannya yang macam Batista menyebabkan anak gadis jiran sebelah pun terpandang-pandang.
"Hi handsome!" jerit seorang gadis dari balkoni. Tetapi oleh kerana iman dan takwa Sang Arjuna Perkasa sungguh teguh, maka dia rilek je. Kena tegur dengan makwe masa berenang ni perkara normal bagi Sang Arjuna Perkasa. Sering juga makwe-makwe ketika di Teluk Angsa lepak tepi sungai sambil makan kuaci apabila dia sedang berenang.
"Kalau nak lepak rumah I, lepak la. Parent I takde rumah. Nama I Alicia. Alicia Silverstone."
Sang Arjuna Perkasa tidak menghiraukan Alicia Silverstone, sebaliknya melakukan renangan kuak biawak sejauh 200 meter bagi meningkatkan staminanya.
Dayang Selasih memandang di luar rumah tiba-tiba ada pulak banyak kereta kuda mewah. Sampai tiga-empat kereta kuda datang. Dia sudah mencebik. Dah tau la siapa datang. Perasaan benci terhadap Tengku Kiko mula membuak-buak.
"Saudara Puru, Tengku Kiko Mizuhara datang nak jumpa," kata butler merangkap assistant driver kepada Tuan Puteri.
"Beb, hamba gerak dulu lah," kata Puru. Dayang Selasih memeluk tubuh tanda menyampah.
"Show off, bitch."
Puru melangkah masuk di dalam sebuah kereta kuda itu dan Tengku Kiko di tepi tersenyum. Ada tiga kereta yang mengiringi, kereta yang penuh dengan para dayang-dayang dan kereta yang penuh dengan Secret Service.
"I nak bagitau you satu berita baik," kata Tengku Kiko.
"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, apa dia, tuanku?" tanya Puru kembali.
"Ish, janganlah protokol sangat. Panggil I Pinky je. Tu nickname I kat boarding school dulu," Tengku Kiko kemudiannya mengarahkan pemandunya untuk ke panggung wayang diraja untuk menonton filem Ghostbusters.
"Tengku Pinky.."
"Nope, nope, nope. Pinky je."
"Ok, apa dia, Pinky.."
"I dah bincang dengan Raja Bomoh pasal macam mana nak unspell muka katak puru you. Sekarang ni, Sultan Alam Shah Buana yang sumpah you kan?" tanya Tengku Kiko.
"Sebab patik kutuk dia dalam pengurusan pasukan bola..."
"Nope, nope, nope. Jangan panggil diri patik. Untuk kembalikan wajah you, you perlu cium dengan penuh berahi dengan anak raja yang memerintah negeri tempat tuan hamba kena sumpah tu," Tengku Kiko menyelak nota yang disalin hasil perbincangannya dengan Raja Bomoh.
"Tapi, anak Sultan Alam Shah Buana semuanya lelaki. Walaupun hamba support LGBT, tapi hamba bukan gay."
Tengku Kiko senyum nipis.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
خيال (فانتازيا)Kisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...