Pagi-pagi kedengaran suara Dayang Selasih menengking-nengking Puru Cendana Pura. Mengamuk satu hal, habis barang dapur dia lempar. Botol simpan nescafe, botol gula semua dia lempar.
"Tempat ni bukan tempat kita, Puru! I tak peduli, kita semua kena balik ke tempat kita! I tak nak duduk sini lagi!" jerit Dayang Selasih.
"Tapi Pinky.."
"Siapa Pinky?"
"Tengku Kiko..."
"I peduli apa dengan dia! You nak sangat ke duduk dengan dia? Hah!"
"Bukan, bukan. Dia janji nak hilangkan sumpahan muka katak puru I.."
"You fikir muka katak puru you je, orang lain terseksa duduk sini, tau tak!"
Puru Cendana Pura dah habis modal dah. Dia terus diam.
"Hamba terdengar perbualan kalian berdua," Sang Uchan keluar dari bilik sambil memeluk bantal peluk My Little Pony.
"Dah tu?" Dayang Selasih mencebik.
"Hamba setuju dengan Dayang Selasih. Hamba rindukan kampung halaman kita, Puru. Tak apalah muka tuan hamba macam katak puru, tuan hamba ada kita semua, sahabat baik yang tak judge tuan hamba," Sang Uchan memberi pandangan.
Wak Parjo sudah pun pulang ke rumah asal kerana semalam sudah dikejar parang kontot oleh bininya.
Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al Taqwaun Mubin pulang dari masjid selepas memberi tazkirah Subuh pada penduduk tempatan.
"Astaghfirullah al azim, ini kenapa rumah macam kapal perang baru lepas kena bedil ni?"
"Bedilan dari Dayang Selasih," jawab Sang Uchan.
"Along, jom la balik ke Teluk Angsa. Hamba dah tak sanggup dah duduk sini," Dayang Selasih meluahkan perasaan.
"Kita tak boleh balik Teluk Angsa, sebab kita wanted di Alam Shah Buana. Orang-orang Musang Siguntang masih memburu kita," Sang Arjuna Perkasa memberi penjelasan.
"Habis tu?"
"Macam ni lah, kita lepak dulu di Kampung Sagil. Tapi kita bermalam dulu di rumah Pendekar Harimau Berantai dulu. Bagaimana?" dengan menggunakan akal dan hikmah, Sang Arjuna Perkasa memberi cadangan.
"Tapi, Tengku Kiko dah berjanji akan mengembalikan semula wajah hamba," kata Puru.
"Percayalah, kalau sumpahan Puru itu hilang pun, tuan hamba akan tetap muka buruk juga. Jadi rilek la. Lagipun, tuan hamba tak rindu pada Norkiah ke?" Sang Arjuna cuba memancing.
"At least hamba nak wajah hamba pulih balik," Puru kembali membalas.
"Puru, cinta itu bukan sekadar rupa. Buktinya, hamba sendiri. Walaupun wajah hamba ini kacak, tampan, macho, kerana dipenuhi nur hasil dari wuduk yang sempurna, dan walaupun hamba ini beriman dan bertakwa, tapi hamba masih belum memenangi hati Audrey Hepburn," Sang Arjuna Perkasa meluahkan rasa kecewa.
"Tu sebab tuan hamba bangang sangat mengorat makwe," Sang Uchan mencelah.
"Tuan hamba harus ingat, Sang Uchan, rahsia tuan hamba ada pada hamba," Sang Arjuna gertak sikit je Sang Uchan dah cuak dah.
"Baiklah, kita ke Sagil," Puru pun mengalah.
"Tetapi sebelum itu, kita singgahlah ke rumah Pendekar Harimau Berantai dulu," kata Sang Arjuna.
"Nak pergi ngorat Audrey Hepburn la tu, gagal punya!" kata Dayang Selasih.
"Jangan bimbang, hamba dah habis baca buku Tips-Tips Mengorat Makwe dari Dr Romi Samudera, hamba rasa hamba dah master mengorat makwe," Sang Arjuna kali ini nampak lebih yakin.
![](https://img.wattpad.com/cover/115785916-288-k810301.jpg)
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...