14 - Sang Uchan Bertemu Gadis Siam

500 24 1
                                    

"Padu sungguh libasan tuan hamba, hamba ingat, hamba sorang je paling power dalam arena sepak takraw ni," kata Sang Uchan sambil menahan darah yang memancut-mancut keluar dari hidungnya. Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al Taqwaun Mubin terus membawa Sang Uchan duduk di kerusi tempat ramai-ramai orang hisap ganja.

"Tuan hamba tak boleh salahgunakan kuasa sebegini. Kita seharusnya membantu orang ramai dengan apa yang kita ada," kata Sang Arjuna Perkasa sambil memesan teh chai - teh rempah yang digaulkan bersama dengan ganja-ganja terpilih.

"Tuan hamba kalau minum teh ni, insya-Allah, luka pada hidung tuan hamba tu akan sembuh," kata Sang Arjuna Perkasa yang prihatin dengan kecederaan teruk Sang Uchan.

Teh chai ganja pun tiba di meja. Sang Uchan perlahan-lahan menghirup teh tadi.

"Mana Puru?" tanya Sang Arjuna Perkasa.

"Katanya mau beli rokok," kata Wak Parjo Karmawijaya sambil balut ganja dan mata rabak.

Lagu Mat Ganja berkumandang dari seekor kutu yang sedang bermain gitar di tepi, sementara dua tiga orang yang muka lebih kurang macam Sang Uchan sedang merapu sambil makan keropok Chipster.

xx

"Bang, rokok Marlboro soft pack, satu?"

"Ngga ada mas, sini semua kretek saja mas!" kata tauke kedai tadi.

"Hmm, kasi Sempoerna menthol je lah," kata Puru yang mengalah.

Tiba-tiba ada dua orang menepuk bahu Puru Cendana Pura.

"Bro, kau orang mana?"

"Err, Melaut lah," Puru cuba mengencing, tapi loghat dia nampak sangat dia bukan orang tempatan.

"Passport mana, kau jangan ingat kami tak tahu la kau pendatang asing?"

Puru Cendana Pura dah gelabah sebab dia tak ada passport. Dua orang brader badan beruniform tiba-tiba tarik baju dia keluar dari kedai.

"Kau pendatang tanpa izin kan? Cilaka kau, datang sini nak merampas kekayaan negeri kami," seorang pegawai dah nak hulur penumbuk.

"Nanti!"

"Weh, awek hot lah!"

Puru memandang sahaja Dayang Selasih yang berdiri memandang dua lelaki yang cuba memukul Puru.

"Pendatang macam ni lah kita nak, jangankan tanpa izin, memang kita izin-izinkan pendatang macam ni datang!" kata bos pegawai korup lagi rasis itu dengan penuh bernafsu memandang Dayang Selasih.

"Bos, lepas bos, kasi saya pulak," kata macai yang berpakaian uniform tadi.

"Amboi garangnya!" pegawai korup tadi cuba mengejek keseriusan Dayang Selasih.

Tiga kali tumbukan di tekak, satu tendangan di konek, serta tendangan kipas ala Chun Li sudah bisa mendiamkan pegawai tadi.

"Bos, bos!"

"Jangan risau, macai. Aku kurangkan volume tadi. Dia hilang ingatan je tu. Belum mati lagi," kata Dayang Selasih sambil flip rambutnya.

Macai tadi ketakutan dan berlari tak cukup tanah melihat kepoweran Dayang Selasih tadi.

"You tak apa-apa, Puru?" kata Dayang Selasih sambil memegang bahu Puru. Puru masih terdiam melihat betapa powernya Dayang Selasih tadi membelasah bos pegawai korup tadi. Puru Cendana Pura pun berjalan menuju ke kedai tadi. Dia kemudian membeli rokok, kemudian berjalan bersama dengan Dayang Selasih.

"Thanks sebab selamatkan hamba tadi," kata Puru.

"It's okaylah. Lagipun kalau apa-apa jadi kat tuan hamba, hamba risau nanti," Dayang Selasih tersenyum.

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now