23 - Ke Kota Jajahan Belanda

403 25 8
                                    

Pengembaraan Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin dan rakan-rakan sudah masuk ke purnama ketiga. Peperangan antara Alam Shah Buana dan Melaut yang sedang bergolak sehingga ramai yang terkorban. Selepas berbincang dengan Sultan Melaut, mereka berempat menuju ke Teluk Lanun kerana Sumpahan Dodol yang dialami oleh Sang Uchan Perkasa Hitam ketika mereka berempat bertarung dengan Yussouf Al Taiyoobi, menyebabkan dubur Sang Uchan melekat di dahinya.

PROOOOOOOOTTTT!

"Sorry, sorry!" kata Sang Uchan dalam kereta kuda. Orang lain menahan busuknya, tapi sebab dah biasa, orang pun buat selamba. Sekali terjatuh kacang pis ke bibir Sang Uchan.

"Ni makan nasi goreng cina semalam la ni," kata Sang Uchan sambil mengunyah kembali kacang pis tadi.

Selepas tiga purnama mengembara, membelah gunung, menyusuri pantai, melalui hutan dan belukar, menyeberang sungai, melalui selut dan pasir jerlus yang penuh pahit getir, perjalanan yang jauh itu akhirnya tiba di sebuah kampung bernama Wakaf Tapai.

"Kita berehat di sini dahulu, esok kita teruskan perjalanan."

Puru Cendana Pura masih bermuram durja kerana kematian Norkiah tiga purnama yang lepas. Mayatnya tidak pula dijumpai, cuma sepasang baju kebaya nyonya miliknya yang koyak rabak. Di dalam kesepian malam, Puru Cendana Pura termenung menghadap bulan.

"Hey, fikir apa tu?" Dayang Selasih duduk di sebelahnya.

Puru tidak bercakap apa-apa. Memikirkan dendamnya pada Yussouf Al-Taiyoobi kerana membunuh ratusan penduduk Kampung Sagil membuatkannya dia merasa cukup marah.

"Apa salah penduduk Kampung Sagil pada Yussouf Al-Taiyoobi?" kata Puru Cendana Pura, sedih.

Tiba-tiba Dayang Selasih berfikir sesuatu.

"Eh, you sure ke yang bunuh penduduk Kampung Sagil tu Yussouf Al-Taiyoobi?"

"Mestilah! Siapa lagi? Dia yang berada di situ ketika mayat-mayat penduduk kampung bergelimpangan," Puru Cendana Pura pula menyambung kata.

"Tapi, kenapa Melaut berperang dengan Alam Shah Buana?"

"Sebab mahu menuntut bela ke atas kematian penduduk Kampung Sagil?" Puru Cendana Pura menjawab, tetapi ada sedikit keraguan ke atas kenyataannya.

Dayang Selasih memikirkan sesuatu, tetapi kemudian dia terlupa selepas Sang Arjuna Perkasa memanggilnya untuk makan.

Sang Uchan mengikat tanjaknya lebih ketat agar tidak terkentut atau tercirit ketika sedang makan. Sudah tiga bulan dia terpaksa memasukkan kepalanya dalam jamban untuk berak. Kadang-kadang dia risau juga masa tengah tidur tiba-tiba dia terberak dan tahinya terkena di muka.

"Fuck la, bila nak sampai Teluk Lanun ni! Apahal jauh sangat Teluk Lanun ni!"

"Tuan hamba, dah kata Teluk Lanun, kenalah jauh sikit. Kalau dekat-dekat, senanglah kantoi melanun," Sang Arjuna Perkasa memberi penjelasan.

xx

Keesokan harinya, mereka meneruskan perjalanan mencari arah menuju ke Teluk Lanun. Kereta kuda yang satu ketika menjadi milik arwah Kiyai Ramli hanya mengikut keris GPS milik Sang Arjuna Perkasa. Perjalanan mereka melalui hutan yang membosankan, kerana perjalanan yang cukup jauh, dan cukup meletihkan. Tiba-tiba mereka ternampak satu signboard dalam satu bahasa asing yang belum pernah ditemui sebelum ini.

"Bahasa apa pulak ni?" tanya Sang Uchan.

"Je bent nu in het land van Achterberg. Gelieve niet te betreden, tenzij met toestemming van de gouverneur."

"Hamba tahu bahasa ini. Inilah bahasa Portugis," kata Sang Arjuna Perkasa.

"Apa maksudnya?"

"Maksudnya ialah kawasan ini adalah kawasan untuk orang yang kacak, tampan, beriman dan bertakwa..." Sang Arjuna Perkasa bercakap dengan confident.

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now