"Mana pulak pergi abang aku dengan pakwe kau ni, Wynona? Kita ada hal penting dah ni!" Dayang Selasih sudah panik menunggu di rumah.
"Kenapa kau tak lukis je handphone pakai Pen Hikmah kau tu je," kata Wynona Ryder membalas balik.
"Satu kerja pulak aku kena lukis satelit, lepas tu aku kena lukis roket untuk bawak satelit tu ke angkasa, lepas tu aku kena lukis pencawang...the point is, kita dah nak kena gerak. Orang-orang Sang Tapir Setia dah cam dan sedang memburu kita," Dayang Selasih sudah mundar-mandir.
"Macam mana kau tahu ni?" tiba-tiba Sang Tapir Setia keluar dari bilik dengan Sang Albatross Timur sedang diikat.
"Apa kau dah buat dengan member aku?" Sang Gagak Hitam cuba nak dekat dan melawan.
"Jangan buat kelakar, kau dekat, mati kau, geng-geng aku kerjakan kau," tiba-tiba datang pulak dua puluh brader abang sado keluar dari bilik Sang Albatross Timur.
"Dan korang semua, aku akan jual kalian semua sebagai hamba di Damansara Utama sebagai ganti, korang hilangkan cincin-cincin aku. Atau, korang pulangkan balik. Hahaha!"
Dayang Selasih serba salah. Dia nak selamatkan Puru, tapi dalam masa sama menyusahkan pula Sang Albatross Timur.
"Angin, tiuplah kau!" tiba-tiba Wynona Ryder menghulurkan cincin ke arah mereka.
Angin bertiup kencang dan berlaku puting beliung dalam rumah. Dua puluh brader sado tadi tercampak, ada yang terhantuk siling, terhantuk kipas, terhantuk dinding.
"Woo, woo!" Sang Tapir Setia dah cuak.
"Macam mana kau buat tu, Wynona?"
"Kau tak pernah tengok Captain Planet ke, Dayang?"
"Tak, aku tak tahu apa kau cakap tu, Wynona. Nanti kau cerita."
Dayang Selasih keluar pedang katananya dan menebang dua orang bodyguard Sang Tapir Setia.
"Sekarang, macam mana?" Dayang Selasih memandang tepat ke muka Sang Tapir Setia. Sang Tapir Setia ambil telefon.
"Roger, roger."
Di bawah rumah ada beratus lagi orang-orang Sang Tapir Setia mengepung rumah flat.
"Haa, macam mana? Takut tak?" Sang Tapir Setia gelak-gelak.
"Gak, kau terbang sambil bawak aku jap."
Sang Gagak Hitam syok la sebab dapat carry crush dia.
Sang Gagak Hitam pun memegang tangan Dayang Selasih dan terbang ke arah luar bangunan. Dayang Selasih lukis bom dan menjatuhkannya di arah orang-orang Sang Tapir Setia.
BOOOMMMMMMM!
Sang Tapir Setia terkejut, dengan sekelip mata sahaja orang-orangnya yang beratus tadi mati katak macam tu je.
"Gila babi, diorang ni terrorist ke?" kata Sang Tapir Setia. Dalam kelalaian Sang Tapir Setia, Sang Albatross Timur melepaskan ikatan dan terus menerajang Sang Tapir Setia.
Tapi tidak lama, kumpulan abang sado tadi bangun semula dan membelasah Sang Albatross Timur.
Sang Uchan balik-balik rumah je tengok rumah dah berselerak dan ada ramai orang.
"Apahal pulak ni?"
"Sang Uchan, jangan banyak cakap. Ambil cincin ni dan sarung ke jari," kata Dayang Selasih membaling cincin tersebut. Sang Uchan pun keluarkan nunchakunya dan memukul orang-orang Sang Tapir Setia.
Dalam pergaduhan itu, tiba-tiba Sang Arjuna Wal Imarah Al Taqwaun Mubin pula pulang.
"Along, nah cincin ni!"
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasiaKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...