Selepas seharian mereka berjalan, mereka tiba di Kampung Sagil, dan mereka menemui rumah Kiyai Ramli. Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin sebagai ketua kumpulan memberi salam.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam, eh! Sang Arjuna, bila kamu sampai?" tanya isteri kepada Kiyai Ramli, Mak Munah yang sedang melipat kain di dalam rumah.
"Ni baru sampai lah ni makcik, abang Ramlinya mana?" tanya Sang Arjuna Perkasa, sopan.
"Dia kat surau, tak lama lagi nak bulan Ramadhan, jadi sibuklah dia kat masjid ni. Masuklah dulu, kawan-kawan yang lain. Sekejap lagi balik la Abang Ramli kamu tu."
"Makcik, perkenalkan, yang perempuan ni, adik saya, Dayang Selasih. Yang muka macam nelayan ni, Sang Uchan. Yang perempuan lagi seorang ni, nama dia Rihanna. Yang muka buruk macam katak puru ni, yang ni Puru Cendana Pura."
"Kesian anak ni, apa namanya tadi?"
"Puru Cendana Pura."
"Kesian anak ni, muka buruk. Tapi hati mesti baik, kan? Ha, duduk lah dulu. Kalian berlima dah makan ke belum?"
Semua masih tenang kecuali Puru Cendana Pura.
"Kesian anak ni, kesian. Mari, makcik ambilkan nasi dan lauk. Norkiah! Tolong mak ni kejap."
Norkiah keluar dari biliknya, penuh dengan keayuan perempuan Melayu Melaut. Dengan menutup rambutnya dengan kain batik, serta memakai baju kebaya tradisional Nyonya bercorak batik berwarna coklat, matanya yang galak serta bibirnya yang merah bak delima, sudah pastilah membuatkan Sang Uchan dan Puru Cendana Pura ternganga.
"Abang Arjuna datang?" kata Norkiah menguntum senyum. Sang Uchan dicubit-cubit oleh Rihanna kerana perasaan cemburu. Puru Cendana Pura pula masih ternganga.
"Ya, baru pulang ke sini. Nak jumpa ayah. Mungkin dalam sepekan lagi, mahu ke Kuala Melaut untuk bertemu dengan Pendekar Harimau Berantai."
"Oh, bukan nak bertemu dengan tunang tuan hamba? Konon-konon tunang. Padahal semuanya palsu belaka," cebik Norkiah.
"Takkan nak ungkit kisah silam lagi, Norkiah? Abang dah kata, kan? Kita ni dah macam saudara, bukan?"
Norkiah mengangguk faham, tanda menerima keputusan Sang Arjuna Perkasa untuk menjadikannya sekadar adik angkat.
"Ye lah, dari artis ke tuan puteri semua syok kat tuan hamba, hamba ni siapa je, kan?"
"Norkiah, tolong mak ni kejap," perbualan antara Norkiah dan Sang Arjuna Perkasa terhenti begitu sahaja.
"Baik, mak."
Puru Cendana Pura mendekati Sang Arjuna Perkasa.
"Bagaimana tuan hamba boleh mendapat seseorang yang begitu ayu seperti Norkiah ini untuk crush dengan tuan hamba?" tanya Puru seolah-olah mahu mengetahui rahsia memikat wanita. Sang Arjuna Perkasa hanya tersenyum dan menjawab, "ada tiga: wuduk yang sempurna, makanan yang sihat, serta jenaka yang menggembirakan."
"Betul tu, hamba sokong!" Sang Uchan mencelah. "Bukan macam tuan hamba, Puru! Makan entah apa-apa, solat selalu tinggal, buat lawak selalu tak jadi. Psst, tuan hamba Sang Arjuna Perkasa, kalau tuan hamba tak nak dengan Norkiah, bagi la hamba yang ngorat? Please."
"Oh, gatal ye kau ni kan, jantan!" Rihanna mula memulas telinga Sang Uchan.
"Jangan sayang, jangan! Sa..sa...sakit tuan hamba sakit!"
Sebentar lagi kedengaran bunyi kuda di hadapan rumah.
"Mak, ayah dah balik!" kata Norkiah berlari-lari anak dengan kain batik.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasíaKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...