46 - Sang Albatross Timur

408 29 2
                                    

Dayang Selasih  kembali ke kedai mamak tadi bersama dua lelaki berkepak tadi. Wynona terkejut kerana ada dua orang lelaki berkepak pulak.

"Ini kawan I, Wynona. Dia dari Teluk Lanun. Kitorang dari jauh memang nak cari you guys," kata Dayang Selasih memperkenalkan kawannya dengan dua lelaki berkepak tadi.

Lelaki berambut afro bersalaman dengan Wynona.

"Akulah Sang Albatross Timur, tapi nama manja aku, Jimi."

"Jimi...Jimi Hendrix?"

"Excuse me, while I kiss the sky. Haha. Member aku yang muka macam Jay Chow mat emo ni, nama dia Sang Gagak Hitam."

Sang Gagak Hitam pun duduk bersama. Dia tertarik dengan t-shirt Coheed and Cambria yang dipakai oleh Dayang Selasih.

"So, apa yang korang nak bincangkan?" kata Sang Albatross Timur.

"Dayang Selasih telah jumpa kitab lama purba yang dikatakan milik keturunan kau, kitab ini dikatakan boleh mengajar kami untuk menewaskan Yussouf al Taiyoobi," Wynona Ryder memberitahu pada mereka berdua.

"Yussouf al Taiyoobi? Apa benda korang kata ni?" tanya Sang Albatross Timur tidak faham.

"You boleh baca bahasa Gandau?" tanya Dayang Selasih.

"Boleh la, tapi kenapa?" Sang Albatross Timur angkat tangan dan order tosei telur bawang.

"Bawang kasi goreng dulu, kasi lembut!"

"Wokeh."

"Kami berempat tak tahu bahasa Gandau. Sebab tu kami di sini mencari encik," kata Wynona Ryder.

"Jadi, korang nak aku jadi translator ke apa? Ok, satu word seringgit," kata Sang Albatross Timur, selamba.

"Kami tak punya wang banyak macam tu," Wynona Ryder membalas.

"No money, no talk."

"Dah la! Buat penat je aku kejar dorang ni. Fuck off!" Dayang Selasih terus blah dari meja.

Sang Gagak Hitam mengejar.

"Cik, cik. Nanti dulu. Benda macam ni kita boleh slow talk," Sang Gagak Hitam cuba nak memujuk.

"Aku malas nak layan. Sekarang juga aku blah dari sini. Aku ada benda penting nak kena fikir."

"Look, macam ni. Kami ni pengemis. Busker tepi jalan. Kami pun orang susah macam korang."

"Aku tak perlukan pertolongan korang kalau korang fikir duit. Aku ada banyak benda nak fikir."

Sang Gagak Hitam jalan ke depan dan menghalang Dayang Selasih.

"Ketepi," Dayang Selasih memberi amaran.

"Saya nak tolong cik ni," Sang Gagak Hitam cuba nak memujuk.

"Aku kata ketepi!"

"Bro berkepak, kalau hamba jadi tuan hamba, hamba takkan kacau adik Sang Arjuna Wal Imarah Al Taqwaun Mubin."

Dari tepi suara Sang Arjuna sedang menghisap ganja.

"Sang Arjuna? Kamu, kamu adik Sang Arjuna? Bang, abang idola saya bang!" Sang Gagak Hitam cium tangan Sang Arjuna.

"Saya akan minta Abang Jimi tolong translate, sekarang juga."

Sang Gagak Timur terbang kembali menuju ke mamak tadi.

"Siapa tu? Ada kepak? Kawan Sang Albatross Timur ke?"

"Fuck Albatross and I want to go to save Puru right now!" Dayang Selasih terus naik ke atas untuk ke bilik.

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now