Puru Cendana Pura dan nenek tua itu masuk ke hutan tanpa pengetahuan pengawal-pengawal yang menjaga hamba-hamba. Mereka berdua kemudian berjalan masuk ke dalam bagi mencari sumber air dan mencari sumber makanan.
Ternyata nenek tua ni steady. Walaupun sangat tua tapi dia masih boleh berjalan dengan kuat. Ternyata tadi dia berpura-pura penat.
"Cucu, nanti kita akan berjalan menuju ke kampung di sebelah bukit di sana. Nenek harap cucu larat untuk mendaki bukit tu."
Mereka kemudian menemui beberapa ubi dalam hutan untuk mereka bawa sebagai bekalan makanan menuju ke kampung yang dimaksudkan nenek tadi.
"Nenek orang sini ke?"
"Ya, cu. Nanti di sana, cucu nenek ada di rumah. Cucu nenek terselamat dari serangan tentera Ratu Kiko dulu."
"Mana nenek tahu?" Puru macam pelik dengan nenek ni sebab nenek ni macam tahu semua benda.
"Nama nenek, Seri Yam Kencana. Seingat nenek, 900 tahun yang lalu, nenek pernah berguru dengan Yussouf al Taiyoobi."
Muka Puru menjadi pucat lesi mendengar nama itu. Nama si sial itulah yang menjadikan dirinya sebagai hamba selama sebulan selama ini.
"Nenek telah berikan sebuah kitab kepada seorang lelaki berkepak, kerana nenek tahu niat jahat Yussouf al Taiyoobi."
"Kenapa nenek?"
"Panjang ceritanya. Nanti sampai rumah kita cerita."
--
Sang Tapir Setia dengan muka berdengus marah apabila Sang Albatross Timur tiba di kedainya.
"Apahal ni, muka marah semacam je?" Sang Albatross Timur tersenyum sambil balut ganja.
"Woi, Jimi! Kau tengok ni, kau tengok ni!"
"Apa?"
Sang Tapir Setia menunjukkan sebuah dulang kosong.
"Apa dia?"
"Aku nak kau kembalikan cincin sakti aku. Aku tahu, kau hantar orang-orang kau untuk mencuri cincin sakti tu!" kata Sang Tapir Setia menghempuk meja kaca.
"Kau jangan main tuduh je Pir, aku terajang kau karang. Mana ada aku nak curi barang kau."
"Habis tu, ini apa?" Sang Tapir Setia menunjukkan CCTV yang menayangkan seorang lelaki berkepak mencuri cincin tersebut.
"Ramai je lelaki berkepak. Kau ingat aku sorang je ke yang ada kepak. Spesis kitorang ni ada at least 20,000 orang. Kau jangan nak memandai petik nama aku ke apa."
Sang Tapir Setia berdiri.
"Baik, aku percaya kau sebab kau kawan baik aku. Tapi, aku bagi tempoh kat kau dua hari untuk kau kembalikan cincin sakti ni. Cincin ni mahal, kau tau tak? Bukan senang sebab cincin ni dah beribu tahun."
Sang Albatross Timur tenang. Ye la hisap ganja jadi boleh la tenang.
"Macam ni lah, balik ni aku try tanya Sang Gagak Hitam. Kau pun bagi tempoh dua hari je. Mana aku nak cari dalam kota kosmopolitan yang ada berbelas juta orang ni?" Sang Albatross Timur cuba nak meminta pertimbangan.
"Sebab aku tahu spesis kau ni. Bagi dua minggu, dua hari baru nak cari. Takde alasan lagi, dua hari. Mulai sekarang. Kalau lusa kau tak ada kat sini untuk pulangkan cincin sakti tu, aku hantar gangster dan aku akan bunuh satu demi satu manusia berkepak, dan kau orang terakhir aku akan bunuh!"
"Ish kau ni Pir. Kita dah kawan sejak sekolah lagi. Dulu kita fly dari sekolah agama pun aku tolong. Kerana spesis macam aku la, istilah fly digunakan untuk ponteng sekolah. Kenanglah sikit persahabatan kita," Sang Albatross Timur cuba memujuk Sang Tapir Setia.

YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...