Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin mengekori sahaja belakang Joni Jerung apabila dia berdiri di belakang pokok keruing. Joni Jerung kemudiannya memakai contact lens khas untuk dirinya nampak dimensi keenam, ketujuh dan kelapan. Dengan contact lens ini, dia boleh nampak hantu-hantu serta makhluk ghaib yang menjaga Tok Sami Pawang Bukit Hitam.
"Kau keluarkan boombox stereo dalam beg aku tu," kata Joni Jerung.
"Nak buat apa menatang radio ni?" tanya Sang Arjuna.
"Selepas ini kau akan menyaksikan Tarian Sotong yang sebenar. Tarian ini sungguh berseni dan sungguh halus, tak ramai yang mampu melakukannya. Dalam dunia ni, cuma ada beberapa orang je boleh buat tarian ni dengan begitu indah. Boleh kira dengan sebelah tangan. Antaranya, aku dengan Thom Yorke," kata Joni Jerung.
"Thom Yorke? Radiohead tu?"
Joni Jerung mengangguk.
"Tarian sotong ni bukan budak-budak ravers depan Pavillion tu ke?" Sang Arjuna mulai musykil.
"Tu semua tarian Sotong yang palsu! Mereka konon-konon budak ravers, tapi diorang takde knowledge. Kau tengok macam mana Tarian Sotong yang sebenar. Music please!"
(Sila buka Youtube dan tonton Radiohead - Lotus Flower untuk effect sebenar)
Joni menari Tarian Sotong seperti dirasuk hantu. Seolah-olah di alam lain. Seolah-olah seperti Thom Yorke menari lagu Lotus Flower!
Dari mata Joni Jerung, roh-roh hitam mula berkumpul dan mula bertarung dengan hantu-hantu tersebut. Risau juga Sang Arjuna melihat Joni Jerung meracau-racau tidak tentu arah dengan tarian sotong ini.
Selepas lagu dari radio tamat, Joni Jerung telah berjaya menewaskan semua hantu-hantu yang menjaga Tok Sami Pawang tersebut. Dia dalam keadaan yang letih kerana menggunakan tenaga dalaman yang sungguh banyak.
"Sekarang...kau...pergi...setel...tok...pawang...tu."
Joni Jerung terus terbaring keletihan.
Sang Arjuna terus keluarkan keris terbangnya dan on GPS untuk memburu Tok Sami Pawang itu. Keris itu masuk ke dalam sebuah rumah. Dan Sang Arjuna terus merempuh masuk pintu tersebut.
Tok Sami Pawang Bukit Hitam yang berwajah seperti Nami Cob Nobbler terkejut rumahnya tiba-tiba dipecahkan pintunya.
"Bagi la salam kot yer pun, terkejut aku!"
"Pawang tak guna! Dah la kau santau aku! Celaka!"
"Kau boleh ke lawan dengan hantu-hantu aku?" Tok Sami Pawang Bukit Hitam gelak sambil ternampak gigi rongaknya. Dia tak sedar Joni Jerung dah bunuh semua hantu-hantu dia dengan Tarian Sotong tadi.
"Eh, mana hantu-hantu aku?" Tok Pawang sudah terpinga-pinga.
"Kau pernah dengar Tarian Sotong?"
"Joni Jerung? Faaaakkk..."
Sang Arjuna Perkasa terus bagi Tendangan Tanpa Bayang dan gigi Tok Sami Pawang Bukit Hitam berterabur. Dari rongak gigi depan, sampai rongak semua gigi. Berbuih mulut dia kena terajang.
"Sahit, Sang Arhuha..."
Sang Arjuna terus tarik bajunya dan terus memberi Shoryuken Bintang Musytari Di Ufuk Timur tepat di dagu Tok Sami Pawang Bukit Hitam.
Tercampak si pawang gemuk rongak tu atas bumbung lalu mati tercucuk pokok-pokok tirus yang tajam.
"Setel," Sang Arjuna menepuk-nepuk tangannya tanda kerjanya bertarung dengan Tok Sami Pawang Bukit Hitam sudah selesai.
Joni Jerung yang masih keletihan, hanya duduk sambil minum sebotol air mineral dari dalam beg.
"Tuan hamba okay?"
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...