Tiba di metropolitan Kuala Melaut, ibu negara dan pusat ekonomi, perdagangan, politik dan budaya Melaut. Kota yang memiliki penduduk sebanyak 1.5 juta, bandaraya ini dihuni oleh pelbagai warga bangsa.
Kepesatan ekonomi Melaut yang mempunyai sumber asli seperti petai, jering, buah keduak, minyak belacak untuk besarkan adik john, gambir serta padi dan industri hilirannya seperti kerepek beras dan tepung beras untuk bedak sejuk, serta penanaman ganja selepas persidangan Tok-tok Penghulu, meluluskan legalisasi lima tahun lepas, mula membuahkan hasil yang lumayan dalam ekonomi Melaut.
"Tuan hamba, kafe ganja!" kata Sang Uchan kepada Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al Taqwaun Mubin, yang menunggang kereta kuda tersebut.
"Bagus juga, hamba pun nak perkena juga," kata Sang Arjuna Perkasa.
"Mas, kalo mau daun Bob Marley, bukan disini mas," kata Wak Parjo Karmawijaya selaku tourist guide yang bertanggungjawab.
"Kenapa?" tanya Sang Uchan.
"Ngga rare. Ini serupa kafe pretentious fucker. Mahal, tapi ngga keren!" jawab Wak.
Puru dan Dayang Selasih masih tak bertegur sapa sejak pagi tadi lepas peristiwa semalam. Rileklah Puru, nak emo buat apa? Layan je lah.
"Lagipun mahal lah, harga lima keping emas. Mahal dol. Tempat kita harga 2 emas 1 perak je," kata Sang Arjuna Perkasa membandingkan harga di tempat asal.
Mereka mencari kafe ganja paling awesome dan extreme la, sekali jumpa di Jalan Dang Bawang, yang merupakan konsentrasi tempat golongan imigran di Kuala Melaut. Di situ ada pelbagai jenis orang dari pelbagai jenis bangsa dan negara, sama ada pekerja buruh, peniaga kecil-kecilan, import eksport dari negara masing-masing, atau pelajar dari Afrika yang terkenal dengan menjadi tokan pil kuda.
Oleh kerana ganja legal di Melaut, tokan-tokan ni tak berminat nak buat kerja legal. Tak fun, kata mereka. Sebab tu mereka jual pil kuda.
Di depan port hisap ganja, berhampiran Pasar Mini Keong Chan, ada dua tiga budak Siam sedang bermain takraw bulat.
Apa lagi, Sang Uchan pun naik sheikh la.
Selepas Google beberapa frasa cara menyebut bahasa Siam, Sang Uchan pun bermain takraw dengan budak-budak tu.
Sang Arjuna Perkasa pilih jenis ganja, sementara Wak Parjo Karmawijaya setting makanan nasi padang untuk makan tengah hari.
"Weh, kita ni tak puasa ke nak stoned macam ni," kata Puru, kebingungan.
"Musafir!" jawab semua, serentak.
"Ala, lagipun, sah ke puasa kau, kalau kau dengan lagi sorang menyundal dengan kawan baik sendiri. Aku dari dulu perhati je, lepas konon-konon cuba bunuh diri, kawan kita tu selamatkan dia. Lepas tu tikam balik."
Perli Rihanna, agak tajam. Sang Uchan tak dengar sebab tengah khayal main sepak takraw. Sang Arjuna Perkasa sedang sibuk fokus memilih ganja. Puru pula memang mat blur. Wak di kedai ponteng puasa.
Yang dengar cuma Dayang Selasih. Rihanna sudah cari pasal.
"Kita sudah dapat tempat, kita check in hotel, sewa ikut jam, mahu tidur!" kata Wak, sambil membawa plastik hitam.
Mereka menyewa di Razak Backpackers untuk pengembara backpackers yang singgah di kota ini. Dulu Wak Parjo sebelum ada bisnes jual ayam penyet, dia kerja kat port backpackers ni lah.
Kira sekarang dia lepak dengan member-member lama sekerja dia la.
Dua orang Bangladesh menjaga lobi. Sorang tukang daftar, sorang cari kunci. Sebelah sana ada pekerja dari Burma, kerja cleaner.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...