Sang Albatross Timur dah jem. Serabut kepala otak dia bila memikirkan pedang katana lightsaber Dayang Selasih tadi di hujung tengkuk dia.
Serba salah dia. Dalam dia kesian melihat mereka berempat mengembara jauh semata-mata nak translate buku bahasa purba, serta nak menewaskan Yussouf al Taiyoobi, makhluk yang dia tak kenal siapa tu, tapi kedengaran agak serius shit jahat gila, dan menyelamatkan kawannya, Puru Cendana Pura, dia sendiri pun miskin dan nak hidup di kota metropolitan yang serba mahal, serba mencabar ni.
Sang Gagak Hitam duduk sebelah.
"Kenapa beb?"
Sang Albatross Timur jarang berduka. Dah muka macam Jimi Hendrix, rambut afro - kalau nak sedih pun belakang-belakang la. Jarang dia tunjuk muka sedih kat orang.
"Aku bukan suka-suka nak cakap dengan diorang harga tinggi macam tu. Aku memang nak tolong. Tapi dah harga dia macam tu, aku nak buat macam mana?" luah perasaan Sang Albatross Timur.
"Aku kesian dengan Dayang, sebenarnya."
"Ala, macam aku tak kenal kau. Kau minat kat dia, kan?"
Sang Gagak Hitam diam. Dia dah tau la perasaannya dah terkantoi.
"Apa kata kau ngorat je dia. Tak payah aku serabut nak fikir pasal ni semua. Biarlah pakwe dia merebut jadi hamba tebusan? Lagipun, aku rasa, dia dengan kau, kau lagi hensem. Pakwe dia muka pun macam katak puru."
Sang Gagak Hitam diam lagi. Entah apa dia fikir. Seumur hidup dia, dia belum pernah jumpa awek macam Dayang Selasih. Dayang Selasih mempunyai ciri-ciri awek yang dia suka, tidak seperti gadis-gadis urban yang bukan taste dia.
Lagipun dengan muka macam Jay Chow dan gaya macam Gerard Way, gadis mana yang tak terpikat?
Apa je ada kat Puru Cendana Pura? Hebat sangat ke dia sampai nak tebang kepala orang nak selamatkan dia?
Tiba-tiba timbul syaitan di bahu kiri dan malaikat di bahu kanan.
"Apa lagi, adjust je la. Kau lagi hensem. Best man win, kan?" kata syaitan.
"Jangan, hormatilah hak orang. Kita pun tak suka kalau awek kita kena sailang," malaikat pula balas.
"Haha, sebab tu awek lu kena sailang dengan gua. Lu baik sangat," syaitan balas balik pada malaikat.
"Orang yang mudah nak disailang, tak worth it untuk kau buat kekasih. Aku dah move on pun, setan!" malaikat mempertahankan dirinya.
Sang Gagak Hitam berfikir kedua-dua hujah yang disampaikan. Ada kebenarannya pada kedua-dua pihak. Tak mungkin kebenaran ini ada sebelah pihak je.
"Ah, nak berak kejap," kata Sang Gagak Hitam sambil nak sambung termenung fikir tentang perasaannya terhadap Dayang Selasih.
--
Sang Uchan, Wynona Ryder dan Sang Arjuna Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin sedang sibuk berjogging untuk mengekalkan fitness. Sambil tu kelihatan awek-awek urban yang berjogging turut mengusha kesadoan mereka berdua. Sang Uchan macam biasa la, balas-balas pandang balik sehingga Wynona Ryder berapa kali piat telinganya, tetapi Sang Arjuna tenang saja, tidak mengendahkan semua makwe-makwe tu.
Dalam hati Sang Arjuna berkata, "tu lah Wynona, dulu aku nak kau, kau tak nak. Aku dah move on, barulah kau tau Sang Uchan ni macam mana."
Sedang berjogging, tiba-tiba ada seorang awek yang kakinya terkehel akibat terseliuh. Awek itu memegang buku lalinya dalam keadaan tercungap-cungap. Awek ni macam bukan orang sini. Macam orang dari Eastern Europe je. Seksi dia lain macam.
"Cik, cik ok?" tanya Sang Arjuna.
Sang Uchan dan Wynona Ryder tepuk dahi serentak.
"Pasal ni la aku tak minat kau, Sang Arjuna, suka sangat tanya soalan bodoh macam ni," detik Wynona Ryder dalam hati.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...