Pukulan beduk dari surau berhampiran jam empat pagi menunjukkan waktu bersahur bagi penduduk Kampung Sagil. Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al Taqwaun Mubin dan Kiyai Ramli tidak pula tidur kerana mereka bersolat witir dan tahajjud di waktu malam sebagai bersedia menyambut Ramadhan. Kedengaran di dapur, Mak Munah dan anaknya Norkiah sedang bergotong royong menyediakan lauk sahur. Di tepi tangga kelihatan Dayang Selasih mencebik memerhatikan Norkiah dari jauh. Norkiah juga dari tepi memerhatikan saja Dayang Selasih.
"Mak, mak goreng ikan bilis ni dulu, Norkiah nak kejut orang bangun sahur," kata Norkiah.
"Takpe Norkiah, biar saya je kejutkan diorang," kata Dayang Selasih memeluk tubuh.
"Eh, tak apa, awak tunggulah di meja makan dulu. Biar saya kejut mereka," kata Norkiah.
"Mereka?" tanya Dayang Selasih.
"Ya, kenapa?" Norkiah membalas dengan muka tak bersalah.
"Mereka ke, Puru seorang je?"
"Eh, dah kenapa pula awak ni Dayang Selasih?"
"Tolong je lah mak awak tu masak, tak payah susah-susah," Dayang Selasih mencebik.
"Nak, tolong mak ni, bancuhkan teh ni," kata Mak Munah, yang menghalang Norkiah dari terus bertindak.
"Bitch," bisik Dayang Selasih sambil mencebik.
Norkiah pula menunjukkan jari tengah dengan tangannya di belakang, apabila dia berjalan membelakangi Dayang Selasih menuju ke Mak Munah.
Dayang Selasih terus menuju ke bilik dan mengejutkan Puru Cendana Pura.
"Bangun, wakey wakey, honey!" bisik Dayang Selasih perlahan-lahan di telinga Puru.
"Hmm, macam tu memang tak bangunlah Puru," tiba-tiba Norkiah tercegat di pintu bilik.
"Eh, pergilah tolong bancuh teh, pergilah tolong mak awak tu," Dayang Selasih mula marah apabila keegoannya tercabar.
"Eh, apahal pulak. Orang dah tolong mak kita dah, apahal, awak tu tengok muka dah tahu, tak pernah masuk dapur," Norkiah mencebik. Dayang Selasih naik angin.
"Just because I don't know how to cook, doesn't mean I'm a loser, bitch!"
"Eh, cakap mat salleh konon-konon nak tunjuk dia pandai lah tu, eleh, tak heranlah," Norkiah terus membakar kemarahan Dayang Selasih.
"Kau dah kenapa cari pasal dengan aku ni, stay away from my Puru!" jerit Dayang Selasih.
"No, you stay away! Puru is mine!"
"Dasar betina sundal, kau mula-mula nak abang aku, sekali abang aku reject, kau nak rampas Puru pulak dari aku!"
Puru terbangun mendengar kedua-dua mereka bertekak. Dua-dua berhenti seketika tarik menarik lengan.
"Hmm, bau sambal ikan bilis petai, sedap ni," Puru terus terbangun dan jalan menonong menuju ke bilik air untuk gosok gigi.
"Apa benda bising-bising pagi ni," kata Rihanna yang terbangun. "Eh, bangunlah Sang Uchan sayang, sahur, dah pukul 4 dah ni!"
Sang Uchan yang tidur gaya ikan siakap meneruskan tidurnya.
"Bangunlah bodoh!" jerit Rihanna sambil menerajang perut Sang Uchan.
"Adui, sakitlah awak!" Sang Uchan menekan perutnya yang sakit kerana terajang dari Rihanna yang memilukan.
"Awak jangan nak menggatal dengan si Norkiah tu, bukan saya tak tahu niat awak tu!"
"Ye lah ye lah, sakit lah," Sang Uchan terus bangkit menuju keluar bilik.
Sang Arjuna Perkasa dan Kiyai Ramli yang baru pulang dari surau selepas solat witir dan tahajud, masih lagi dengan wuduk yang sempurna, tiba di rumah dan terkejut semua sudah bangun sahur.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...