9 - Takraw

576 25 10
                                    

Selepas puas memancing ikan puyu di tepi bendang, Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al Taqwaun Mubin dan Sang Uchan bersiar-siar mengelilingi Kampung Sagil. Sambil melihat keindahan alam, mereka juga sempat melihat budaya setempat masyarakat kampung di Melaut. Sambil tu ada lah dua tiga orang anak gadis yang sedang menganyam tikar, atau sedang menampi padi, atau yang sedang menyapu sampah di halaman rumah, apabila melihat ketampanan dan cahaya nur pada wajah Sang Arjuna Perkasa, sama ada pengsan kerana terlalu terpesona atau ada yang terkejar-kejar. Tapi Sang Arjuna Perkasa buat rilek. Cuma Sang Uchan terexcited dan rasa seperti berjalan dengan seorang superstar.

"Dia kawan hamba," kata Sang Uchan, sambil tersenyum-senyum.

"Sang Arjuna saranghaeeee!" kata seorang gadis berdiri di depan Sang Arjuna Perkasa buat gaya-gaya comel ala-ala Song Ji-Hyo dalam Running Man. Sang Arjuna Perkasa hanya tersenyum.

Mereka berdua tiba di dataran di mana terdapat empat orang remaja imigran dari Siam (atau mungkin Pattani) sedang bermain sepak raga bulatan beramai-ramai.

"Macam best je diorang main ni, tuan hamba, boleh hamba main sekali?" tanya Sang Uchan pada Sang Arjuna.

"Silakan, nak tengok bakat tuan hamba juga ni."

Sang Uchan pun menyelit masuk dalam bulatan sambil menanduk-nanduk dan menimbang bola raga yang diperbuat dari rotan.

"คุณ กำลังดี [kung kalang di]", kata seorang remaja Siam kepada Sang Uchan yang skil menimbang dan menatang bola bagai pemain bola remaja Malaysia 90an bernama Titus James Palani. Sang Uchan tidak memahami bahasa Siam, tetapi apabila Sang Uchan melihat isyarat ibu jari, Sang Uchan memahami bahawa remaja Siam itu memuji skil Sang Uchan.

"Korang, boring la main timbang-timbang. Kita buat dua team. Ada berapa orang dalam team ni?"

Remaja-remaja Siam terpinga-pinga kecuali seorang budak Pattani yang faham sikit-sikit Bahasa Melayu sebab masa muda dulu dia kerap ulang-alik ke Pasir Mas dan Tumpat.

"Kiro guano ni? Kito ada limo ore. Mu panggil saing mu. Baru so kumpule, ada tigo oghe."

Sang Uchan mengangguk-angguk.

"Ni, namo mu siapo? Namo ambo Awe Bamrung. Oghe Sie, tapi gheti kecek Klate sikit."

"Nama hamba, Sang Uchan Perkasa Hitam."

Mereka pun bersalaman dan kemudian Sang Uchan mengajak Sang Arjuna Perkasa sekali untuk bermain.

"Jomlah tuan hamba, kita main sepak raga badminton," kata Sang Uchan.

"Guano cagho maing, kecek ambo sikit," kata Awe Bamrung.

"Gini, mu denge saing mu, tigo oghe, ambo pun ada tigo oghe. Eh, bila masa aku boleh cakap Kelantan ni? Ha, lepas tu, aku ambik jaring nelayan ni..."

"Molek bena, muko mu doh mace nelaye.."

Sang Uchan memacakkan dua kayu di atas tanah, kemudian memasang jala nelayan itu dengan mengikatnya di kayu tadi. Kemudian dengan ranting kecil, dia membuat satu petak besar. Seperti gelanggang badminton. Cuma bezanya, ada dua semibulatan di tepi dan satu bulatan di tengah.

"Sang Arjuna, tuan hamba berdiri sini, pegang bola tu. Lagi sorang, berdiri tepi ni. Korang bersedia, aku sepak bola."

Selepas menerangkan konsep "sepak raga badminton", remaja-remaja Siam itu lebih selesa memanggil ia...

"ตะกร้อ [tak-raw]!"

"Apa maksudnya tu?" tanya Sang Uchan.

"Sepok."

Remaja-remaja Siam itu pun mengangguk.

"Sepak takraw?"

"ใช่! [chi!]" kata remaja-remaja Siam beramai-ramai bermaksud 'ya'.

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now