Di HAARP, Ratu Kiko berdiri di balkoni diraja, dengan melihat Piramid Besar sedang dibina dengan para hamba sedang memasang cermin dan pemancar untuk menerima signal.
"Tuanku," kata Gajah Merah yang kini menjadi penasihat Ratu. Naga Timur kini sudah menjadi Jeneral kepada Subang Jaya.
"Boleh tolong call Yussouf al Taiyoobi? Beta ada persoalan penting," Ratu Kiko sedang menunggu cat kuku yang dihias oleh dayang-dayang sebentar tadi.
"Baik, Tuanku."
Hologram dipasang. Yussouf Al Taiyoobi di talian.
"Yussouf, bila kita boleh dapatkan tanah di Melaut pula?"
"Bila persidangan di Davos selesai, kita cerita. How's my project? Projek-projek Piramid tu?" Yussouf Al Taiyoobi bertanya kembali.
"Great, matter of fact tengah tengok hamba abdi rakyat jelata tengah pasang cermin."
"Once dah siap Piramid ini, dan projek HAARP di Alaska, kita dah ada senjata pemusnah paling mesra alam. Nuclear is so ancient to me. Cuma kita kena buru orang-orang Sang Arjuna, they're culprit to us," Yussouf al Taiyoobi secara halus memberi arahan pemburuan orang-orang Sang Arjuna dipertingkatkan.
"It will be done, Lord Yussouf al Taiyoobi," kata Ratu Kiko.
Hologram padam.
Ratu Kiko tepuk tangan. Macai datang.
"Chai, call Bomoh Negara, suruh dia datang sini," Ratu Kiko terus tersenyum nipis.
"Baik tuanku, ampun tuanku," kata macai itu terus pergi.
"Mana kau nak lari, Puru? Dan sejauh mana Dayang Selasih boleh lindungi kau dari aku," Ratu Kiko pun tiup kukunya.
"Come to mommy, Puru!"
--
Persembahan Lisa Loeb menghiburkan penduduk Lilith Fair pada malam tersebut. Ketua kampung, Sarah McLachlan ambil mikrofon mengumumkan sesuatu.
"Kita dah tengok banyak persembahan, dari ramai artis. Tadi, kawan-kawan, dari Fiona Apple, Michelle Branch dan Rihanna ada bagi cadangan. Diorang nak kawan baru kita, Dayang Selasih, buat persembahan."
Semua dah bersorak-sorak. Dayang Selasih dah malu. Apahal kena petik buat persembahan ni.
"Come on Dayang, sporting sikit!" kata Rihanna dari tepi pentas.
Terkial-kial Dayang Selasih naik tangga pentas.
"Hi semua," Dayang Selasih yang stage fright terpinga-pinga di atas stage.
"Hi, pewitttt!" Rihanna kat tepi bising. Ramai gak la nak tengok persembahan sporting bagi tepukan.
"Seriously I tak pandai nyanyi, macam Fiona, macam Michelle, macam Sarah, macam Rihanna. Okay, I try."
"Lagu apa, I main piano?" Fiona Apple duduk atas kerusi piano.
"Shoo-shoo-shoo, shoo-shoo-shoo, shoo-shoo-shoo, sugartown?"
"Nancy Sinatra, yeah!" Fiona Apple terus start main piano.
Puru tengah balut dan stoned bersama pakwe-pakwe dan suami-suami yang tengah juga stoned. Tiba-tiba lampu disuluhkan ke arah Puru.
"Awek kau ke tu, Puru? Bee's knees siot!" kata Jamil Salim yang sedang membalut daun.
Puru dah blushing dah bila Dayang menyanyi lagu Sugar Town sambil senyum pandang Puru.
Mereka berkenalan di Teluk Angsa, Dayang jatuh cinta di Kampung Sagil, Puru jatuh cinta di Lubuk Tupah, tapi gaduh sekejap di Teluk Lanun. Kini di tengah hutan di Lilith Fair, mereka kembali jatuh cinta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...