Pada pagi hari raya Aidilfitri, semua orang bersalam-salaman memohon ampun dan maaf. Pendekar Harimau Berantai membuat jamuan open house di mana para pesilatnya yang menjadi macai mencuci pinggan, menambah lauk, atau menghantar pinggan bersih di kalangan orang ramai. Audrey Hepburn menyambut tetamu, sementara Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin bersama rakan-rakan lain turut membantu Pendekar Harimau Berantai agar rumah terbuka kali ini berjaya.
Ada juga dua tiga orang artis seperti Nasha Aziz, Amyra Rosli, Neelofa, Sweet Qismina, dan Selena Gomez turut hadir dalam rumah terbuka kali ini semata-mata mereka mendapat tahu Sang Arjuna Perkasa ada di rumah Pendekar Harimau Berantai. Tak cukup dengan itu, Taylor Swift juga yang baru-baru ini terlibat dalam kontroversi turut tiba-tiba mengada-ngada nak jumpa Sang Arjuna Perkasa.
"I nak pastikan Sang Arjuna Perkasa akan diabadikan dalam lagu terbaru I dalam album terbaru, 1990 nanti," ujar Taylor Swift sambil terus melupakan abang Thornya yang dari tadi asyik melantak lemang. Tubuh badan Sang Arjuna Perkasa yang sasa itu juga memukau ramai orang. Ada lah dua tiga produser filem superhero nak Sang Arjuna Perkasa berlakon dengan filem mereka, tapi Sang Arjuna Perkasa berpendapat walaupun dia sendiri sudah bertaraf superhero, dia harus merendah diri dan tidak menunjukkan diri di khalayak.
Puru Cendana Pura juga ada peminatnya yang tersendiri: minah-minah hipster yang bercermin mata tebal, jenis sembang cerita Game of Thrones tak putus-putus, atau mereka yang bersembang tentang politik Amerika macamlah mereka duduk di Amerika. Dayang Selasih turut jeles tiba-tiba nak duduk menyelit sebelah Puru. Eleh, nak cockblock la tu.
"Puru, ingat sikit Norkiah tu," kata Dayang Selasih. Eleh, padahal dia yang jeles.
Sang Uchan pula bersama Wak Parjo sedang bermain catur. Mereka juga bersembang beberapa perkara seperti nak jual jersi bundle, jeans bundle, baju band bundle, atau menjual minyak janggut untuk para hipster.
"Dah tak trend dah Wak Parjo, sekarang trend rambut kaler-kaler," kata Sang Uchan dengan penuh yakin.
"Waduh, itu Wak...itu wong jowo hipster tu..."
"Wak Doyok? Tu dah tak trend lagi dah Wak Parjo!"
"Waduh baru nak jual minyak rambut Wak Parjo!"
Tiba-tiba mereka ternampak puluhan kereta kuda datang mengiringi serta dua ekor kuda hitam membawa kereta besar.
"Waduh, orang besar datang ni."
Semua tetamu yang hadir terkejut melihat Bendahara Melaut, Datuk Paduka Ismahalil Hamzah datang bersama puluhan Secret Service berbaju hitam mengiringinya.
Pendekar Harimau Berantai selaku tuan rumah datang menyambut.
"Ya Tuan Bendahara, apa hajatnya Tuan Bendahara datang ke sini? Mahu datang beraya kah?"
Datuk Bendahara senyum.
"Boleh juga. Hamba dah lama tak merasa sirap selasih laici," kata Datuk Bendahara sambil tersenyum.
"Jemputlah duduk dulu, nanti hamba minta anak hamba hidangkan Datuk Bendahara makanan."
"Eh, tak apa. Hamba cuma mahu minum sirap selasih laici, lepas ini hamba kena ke Istana."
"Ada apa di Istana, Datuk Bendahara?" tanya Pendekar Harimau Berantai.
"Hamba ingin mencari pendekar anak didik tuan hamba yang bernama Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin."
"Hamba di sini," tiba-tiba Sang Arjuna muncul. Semua tetamu terpesona dengan otot dan ketampanan dari nur wajah Sang Arjuna Perkasa. Selena Gomez dan Taylor Swift dah berebut-rebut siapa nampak dulu.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...