11 - Lelaki Jawa

592 20 12
                                    

Esok pagi, selepas bersahur nasi goreng tembikai salsa dan brownies special air tangan dari Norkiah, mereka berlima bersalam-salaman dengan Kiyai Ramli, Mak Munah dan Norkiah. Puru dan Norkiah semalam dah lebih dari tu, malas cakap lah. Kang kalau aku cakap kang, batal pulak puasa korang. Selepas Puru dan Norkiah bercemolot selama hampir 15 minit sebelum Kiyai Ramli dan Mak Munah berdehem tanda "sudah-sudahlah tu", barulah Norkiah melepaskan cemolotan itu dari bibir Puru.

Sang Uchan masih lagi menimbang bola takraw, sedangkan Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin sudahpun menaiki kereta kuda.

"Sayang, kalau nak sangat timbang bola takraw, tak nak ikut, kitorang blah je!" jerit Rihanna dari belakang.

Sang Uchan mengakhiri dengan satu libasan kencang lalu terkena pokok kelapa lalu pokok kelapa itu tumbang, dan terkena sedikit bumbung rumah Kiyai Ramli, nasib baik tak runtuh rumahnya.

Kiyai Ramli, Mak Munah dan Norkiah seraya berkata:

"Kimak punya Sang Uchan!"

Mereka berlima menaiki kereta kuda milik Kiyai Ramli yang selama ini memikul buah kelapa ke pekan atau ke bandar besar seperti Kuala Melaut. Jika mereka berjalan ke Kuala Melaut, nescaya mereka memerlukan selama lima hari, dengan kereta kuda, mungkin tak sampai sehari.

Di dalam kereta kuda, Dayang Selasih memandang Puru Cendana Pura yang asyik memandang ke belakang jalan.

"Kalau asyik pandang ke belakang, sampai bila pun kita tak ke depan."

Puru memandang dengan gaya pelakon Korea.

"Apa yang berada di depan takkan sama macam ada di belakang."

Dayang Selasih mengetip bibirnya.

"Kalau tak pandang ke depan, macam mana kita nak tahu apa yang ada di depan?"

Sang Arjuna Perkasa bertanya kepada semua yang menaiki kereta kuda tentang lagu apa yang nak dibuka dalam perjalanan.

"Hamba nak Langsuyr Occultus Mysticism, yeaaahhh!" kata Sang Uchan sambil buat jari metal.

"Hamba nak lagu Rihanna album Good Girl Gone Bad!" kata Rihanna pulak.

"Hamba nak album The Killers, Hot Fuss!" kata Dayang Selasih dan Puru Cendana Pura, serentak.

"Eh, err, hmm, tukarlah. Hamba nak My Chemical Romance - Three Cheers of Sweet Revenge!" sekali lagi, Dayang Selasih dan Puru Cendana Pura, serentak.

Sang Uchan dan Rihanna terpinga-pinga melihat apa yang berlaku antara Puru dan Dayang Selasih. Macam ada jodoh semacam je.

"Beginilah, hamba saja yang membuat keputusan. Kita semua dengar lagu dari Orkes El Suraya, lagu Selimut Putih," kata Sang Arjuna Perkasa sambil mengeluarkan kaset 1980an itu lalu dimainkan dalam kereta kuda.

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Semua pun bersetuju dengan pandangan Sang Arjuna Perkasa yang berkata, sambil berhibur, sambil mengingatkan kita pada keimanan dan ketakwaan. Kereta kuda terus berjalan merentasi bumi Melaut.

xx

Naga Timur menghentak-hentak meja tanda tak puas hati.

"Babi, kenapa England boleh kalah dengan Iceland, aarrrggghhhh!" Naga Timur menghempas meja dan mengamuk sana-sini.

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now