Lagu Nancy Sinatra yang dicover oleh seorang penyanyi wanita cover - These Boots Are Made For Walkin' berkumandang di kafe tempat Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin lepak. Dia minum seorang diri kerana dia merasa macam orang bodoh gila pergi ke Dr Romi sebentar tadi. Dr Romi tak bagi jalan penyelesaian langsung pun kepada Sang Arjuna.
Satu lagi band cover - bermain lagu The Beatles - Across The Universe. Sang Arjuna terus menikmati chai latte sambil menggulung segulung joint.
"Nah," tiba-tiba seorang lelaki misteri menghulurkan joint.
"Huh?"
Takdelah misteri sangat sebab rupa-rupanya Hang Nadim yang bagi.
"Oh, tuan hamba."
"Aku tak sampai hati sebenarnya tengok member down camni. Jadi aku tunggu kau kat bawah tangga office si scammer tu, tapi aku tanya orang, cakap kau dah blah. Jadi aku ikut kau."
Sang Arjuna macam malas nak bercakap dengan Hang Nadim, sebab mengenangkan dia menggelakkan dia sebentar tadi.
Lagu Tender Surrender dari Steve Vai berkumandang tanda orang nak rileks kejap sementara kumpulan cover band lain nak perform.
"Kau kecik hati dengan aku pasal aku gelakkan kau ke, Sang Arjuna?"
Sang Arjuna terus diam.
"Kalau kau kecik hati sebab member gelakkan kau, susahlah. Takkan aku nak kutuk kau. Tapi kau buat rambut macam tu memang bangang. Betul lah kata Joni Jerung, kau ni dah memang kena santau."
"Siapa yang santau aku?"
"Tok Sami Pekong Bukit Hitam."
Sang Arjuna mula rasa macam nak tumbuk orang. Tapi ketenangan yang telah diajar oleh Pendekar Harimau Berantai menyebabkan dia mengawal emosinya. Mengawal emosi adalah jauh lebih sukar dan memerlukan kekuatan yang tinggi berbanding bergocoh.
"Minum tak ajak," Joni Jerung dan Anthony Kiedis datang. Joni Jerung menghancurkan sikatan rambut hipster Sang Arjuna.
"Macam ni la baru rockers. Apa rambut swag sikat rambut macam ni?"
"Best main?" tanya Hang Nadim.
"Joni la slack, tak info aku ni main bayar. Aku ingat main free. Aku dah bogel baru lah kata kena upfront. Celaka," Kiedis buat muka bengang. "Bak sini joint kau."
Sang Arjuna hanya menghulurkan saja joint tadi pada Kiedis.
"Sedap tak?" tanya Hang Nadim lagi.
"Karang kau bukak la Pornhub ke, Tube8 ke apa. Ada la satu tu, tapi sekerat la. Nak tengok full kena bayar la," kata Joni Jerung, tersengih.
"Kuat jugaklah dia jerit tadi, babi betul," Kiedis mula gosok-gosok lutut.
"Weh, Sang Arjuna. Apasal ni?"
Sang Arjuna masih merajuk pasal tadi.
"Kalau kau nak fight dengan Tok Sami Pekong tu, jom, malam ni juga kita ke Bukit Hitam," kata Joni Jerung.
"Hah? Malam ni?" tanya Hang Nadim.
"Kau nak ikut ke?"
"Bukanlah, malam ni bukan kita nak main spirit of the coin ke?"
"Kau main la dengan adik kau, dengan Sang Uchan tu. Aku dengan Sang Arjuna ada hal lagi penting ni. Kalau tak, sampai bila-bila aku tak boleh ajar diorang ni semua Tarian Sotong. Eh, Kiedis, budak-budak kau dah jumpa member mamat ni yang muka katak tu dengan adik perempuan dia tak?"
"Takde apa story lagi, tapi dorang tengah cari lah tu. Tapi aku rasa kalau dorang jumpa perkampungan feminis kat dalam tu, aku rasa ok kot."
"Perkampungan feminis?" tanya Sang Arjuna.
![](https://img.wattpad.com/cover/115785916-288-k810301.jpg)
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasiaKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...