Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al Taqwaun Mubin bersiap-siap untuk ke kelas kuliah cinta waktu malam, dalam kelas cara-cara melayan kekasih di restoran mewah. Dalam masa sama dia teringat pesan Dr Romi Samudera untuk mencari dua orang single untuk mendapatkan dua kaki seperti yang dikatakan Dr Romi.
Sang Arjuna terus sahaja menyikat rambut gaya hipster dengan pomade Cap Samudera yang dibelinya. Dia terus ke bilik Sang Uchan.
Ternyata Sang Uchan tidur nyenyak kerana baru sahaja pulang dari latihan bola. Walaupun waktu Maghrib, tetapi sebagai bekas pemain akademi MU yang paling menyerlah tetapi tersingkir kerana David Beckham, Sang Arjuna faham perasaan Sang Uchan yang keletihan dari latihan berat seorang pemain bolasepak.
Cuma Sang Arjuna tak tinggal solat. Walau letih macam mana sekalipun.
Dia kalih pandangannya ke arah Hang Nadim yang sedang tengok Animal Planet. Dia sedang menonton dokumentari tentang bagaimana serangga seperti lalat bersenyawa.
"Ooh, macam tu lalat main romen rupanya," Hang Nadim asyik menonton sambil mengunyah rempeyek dari raya lepas. Di tangannya ada juga segelas air root beer sejuk.
"Hang Nadim," kata Sang Arjuna.
"Pfftttttttt!" tersembur air root beer dan rempeyek bersama kacang-kacang hancur dalam mulut Hang Nadim sebaik saja dia melihat rambut Sang Arjuna macam gaya budak hipster. Rasa macam nak terajang tapi fikir dia ni Sang Arjuna Perkasa, sekali dia bagi Tendangan Tanpa Bayang tak pasal-pasal mati sebab cuba terajang Sang Arjuna.
Orang ramai punyalah dah anggap dia ni mati tenggelam dalam laut kerana berjasa menyelamatkan Singapura dilanggar todak, tu dah cukup best dah.
"Kenapa tuan hamba tersembur air dan kacang ni?"
"Kau nak pergi mana ni?" tanya Hang Nadim menahan perut nak ketawa.
"Kelas Kuliah Cinta Dr Romi Samudera," jawab Sang Arjuna dengan yakin.
Dengar saja nama Dr Romi Samudera, perut Hang Nadim menolak-nolak anginnya untuk ketawa yang berkelas dunia.
"Tuan hamba ikutlah kalau tuan hamba single, nanti dia ajar memikat wanita dengan hebat."
"Takpelah, hamba dah ada awek dah pun. Tuan hamba bolehlah ajak Joni Jerung. Dia ye la, single," kata Hang Nadim dengan muka serius menahan ketawa.
Sang Arjuna terus menuju ke luar. Joni Jerung sedang ketam kayu untuk baiki perahu sambil merokok rokok keretek.
"Tuan Guru Joni..."
Rokok Joni Jerung terjatuh ke pasir melihat rambut hipster Sang Arjuna.
"Apahal dengan kau ni, sial?" tanya Joni Jerung yang menggeleng kepala kebingungan.
"Hamba nak ke kelas Kuliah Cinta Dr Romi Samudera," kata Sang Arjuna Perkasa. "Tuan hamba kalau single bolehlah ikut sekali."
Joni Jerung memandang jam.
"Shit, dah 7.45 sial! Gua gerak dulu. Gua nak beromen dengan porn star femes ni! Gua dah ajak Anthony Kiedis dah ni."
"Tak ajak," kata Sang Arjuna.
"Tak payah, nanti kang tercalar keimanan dan ketakwaan kau," Joni Jerung cuba mengelak kerana dia tau kalau Sang Arjuna ada, mestilah Emily Grey layan dia je.
"Baiklah," kata Sang Arjuna, kecewa.
Dia cuba fikir untuk mengajak Wynona Ryder pula. Gadis yang dipuja oleh Sang Arjuna ketika ini.
Belum dia masuk, dia terdengar perbualan dengan disalut dengan hilaian ketawa.
"Kau kalau tengok rambut dia macam Wak Doyok, bodoh!" suara Hang Nadim tergelak-gelak.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...