0330 hrs
PUSAT KAJIAN PROGRAM PENYELIDIKAN AURORA AKTIF BERFREKUENSI TINGGI
Bunyi kereta Hummer memecah kesepian malam. Bunyi pintu kereta tutup. Enjin dimatikan. Malam kembali sunyi.
Yussouf al-Taiyoobi berjalan di tengah kesejukan malam. Walaupun tubuhnya tua, dia masih berjalan tegak pada suhu bawah paras beku itu.
"Tuan, mengikut jadual, pembinaan projek HAARP ini 2 bulan lebih awal dari segi progress," kata ketua jurutera yang sedang memberi taklimat pada Yussouf al-Taiyoobi. Yussouf al-Taiyoobi meneliti satu persatu transmitter radio berfrekuensi tinggi, yang mampu mengubah dan mengawal cuaca.
"Tuan, ini adalah stesen Instrumen Kajian Ionospherik, dimana di sini, kami mampu menghantar gelombang radio sama ada VHF atau UHF, dan menghantar secara subliminal kepada manusia untuk mengikut arahan tuan," kata seorang lagi pakar komunikasi dan radio.
"Apabila stesen ini siap, kita dapat menghantar signal radio VLF dengan elektrojet aurora, seterusnya dapat menghantar gelombang pada awan, dan menukar molekul-molekul dalam awan untuk mencetus ribut taufan yang memusnahkan.
"Very well," kata Yussouf al-Taiyoobi kemudiannya terus menuju ke kereta. Dia kemudiannya menuju ke keretanya, sebelum menuju ke lapangan terbang untuk menaiki jet.
Di dalam jet, Zbigniew Brzezinski sudah menunggunya di depan pintu jet.
"Tuan, ini laporan saya tentang kedudukan tentera Melaut. Mereka dah menghabiskan banyak sumber dan ramai tentera yang terkorban dalam misi dari Tuanku Ratu Kiko, dan sekarang ayahandanya marah dengan Ratu, kerana tidak memulangkan Subang Jaya sebagai tanah jajahan Melaut. Dalam erti kata lain, Ratu Kiko telah menggunakan sumber dan tentera Melaut demi kepentingan sendiri. Dan tentera yang setia dengan Sultan Melaut bersedia akan menyerang kerajaan baru Ratu Kiko," Brzezinski menerangkan serba sedikit dalam laporannya.
"Turun ke Geneva, ada pertemuan dengan semua pemilik bank." kata Yussouf al-Taiyoobi kepada juruterbangnya. Di kerusinya tertulis dalam bahasa Latin, Nec pluribus impar - atau dalam bahasa Melayunya, "Yahudi Teragung".
"Tuan nak adakan perang yang baru ke?" Brzezinski bertanya.
"Ala, peringkat keluarga diraja je. Tak perlu ramai kematian rakyat Melaut. Situ banyak perniagaan. Rugi kalau ada perang di situ," Yussouf al-Taiyoobi pasang tali keledar sebelum jet peribadinya berlepas tinggi menuju ke Switzerland.
--
Joni Jerung menyiapkan barang-barang dalam botnya, dan Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin turut sama mengangkat barang. Di dalam fikirannya, dia bimbang tentang adiknya, Dayang Selasih. Entah berapa hari dia sudah menghilang dan tak pulang-pulang rumah. Hang Nadim bersama Anthony Kiedis menemani mereka berdua.
"Hamba bimbang dengan adik hamba, entah apa jadi dengan dia dalam hutan sana, sudahlah dia perem..."
"Kalau nak jadi hero, jangan jadi seksis. Dia perempuan, kau ingat dia tak boleh pertahankan diri sendiri? Aku lebih yakin dia boleh selamat sebab dia memang seorang yang kuat. Aku tak pandang jantina tu," kata Hang Nadim yang rilek hisap rokok.
"Nanti kalau kawan-kawan aku jumpa, aku beritahu Sang Uchan. Sementara korang berdua pergi berlayar ni, kitorang akan terus keep up-to-date pasal adik kau, jangan risau," kata Anthony Kiedis, menepuk bahu Sang Arjuna.
"Joni, sampai sana, kau kontek John, gitaris band aku, dia lepak dengan Flea kat rumah kat area Bukit Hitam tu," kata Anthony.
"Nadim..." Sang Arjuna menegur ketika Hang Nadim sudah nak balik.
"Ya, ada apa Sang Arjuna?"
"Kirim salam kat Wynona Ryder, ya?"
"OK, kau dengan Joni Jerung, elok-elok naik bot tu. Sekarang musim angin ribut tak menentu. Kitorang gerak dulu. Kau elok-elok sikit dengan Joni Jerung ni, Sang Arjuna. Kalau dia nakal, kau bagi je Tendangan Tanpa Bayang kau tu," pesan Hang Nadim.
"Nakal macam mana tu..."
"Ha, nanti kau faham lah sendiri," Anthony mencelah.
Joni Jerung dan Sang Arjuna pun berlayar menuju ke Bukit Hitam - bagi memburu Tok Sami Pekong Bukit Hitam.
--
Dayang Selasih tidak boleh pejamkan mata. Pusing ke kiri, pusing ke kanan. Bukannya tempat tidurnya tak selesa, tapi mindanya yang sedang tidak selesa. Apa Puru Cendana Pura buat di rumah Fiona Apple, penyanyi wanita yang paling dia ada deep respect semasa usia remajanya.
"Gila, mana boleh aku lawan Fiona Apple punya coolness," Dayang Selasih menggaru-garu kepala. Dia duduk, mencangkung, kemudian tak senang duduk.
"Weh, kau ok ke tak ni?" Rihanna menegur mendengar dia bergerak mundar-mandir.
Dayang Selasih tak boleh nak tenang. Dia terus berjalan keluar rumah.
"Puru, please, where are you?"
Cuaca tepi gunung yang sejuk menyebabkan Dayang sedikit menggigil.
"Weh, tidur lah. Besok nak bangun pagi, cabut pokok ubi," Rihanna tegur Dayang, Dayang kembali masuk ke rumah, dan cuba menenangkan diri.
"Kau nak hot chocolate?" kata Rihanna.
"Boleh jugak."
"Nak panaskan makanan dari festival tadi pun ok gak, karipap pusing tadi ada tinggal banyak," Rihanna jerang air panas sambil keluarkan serbuk minuman coklat.
Dayang Selasih nampak sugul. Dia fikir banyak sangat tentang kemungkinan Puru tidak lagi mahu bersamanya lagi.
"Kau fikir apa ni, Dayang?"
Dayang dah tak boleh tahan lagi. Dia terus lepas saja apa yang dia rasa.
"Fiona Apple tu my idol, Rihanna. Dia ada semua ciri-ciri perempuan yang Puru suka. Bijak, pandai, outspoken, terror music. Aku..aku..aku cuma tahu berlawan je," Dayang Selasih mula resah.
Rihanna duduk sebelah Dayang Selasih, dan menepuk bahu Dayang.
"Weh, kau pandai, kau tau tak? Janganlah kau rasa down hanya sebab dia melepak rumah Fiona Apple. Entah-entah Fiona pun tak minat dia, kau rilek je lah."
"Aku tak tahu apa aku nak cakap kat dia ni."
"Kejap, kenapa korang berdua sampai sini? Puru gaduh dengan kau pasal apa?"
"Internet tak laju pulak. Kalau laju, aku bagi je link."
"Hah?" Rihanna kebingungan.
"Kau bukak Wattpad comradenami. Lepas tu kau baca Joni Jerung, episod 9. Penulisnya Aiman Awek Chuck Taylor. Kacak orangnya."
"Nanti-nantilah. Pendek katalah kan, kalau kau cintakan dia, kau kena percayakan dia. Ni macam kau tak percaya dia je. Apa kata kau rilek, tenang, esok, lepas kita cabut ubi, kita pergi jumpa Fiona Apple, kita jumpa Puru sekali, okay?"
"Thanks Rihanna sebab tenangkan aku," Dayang Selasih peluk Rihanna.
"Takde apa lah. Air dah mendidih dah."
"Rihanna?"
"Ya?"
"Sekali lagi aku mohon maaf sebab aku, Sang Uchan dengan kau breakup."
"Aku dah move on dah. Dah keputusan dia, kan? Aku tak boleh nak halang."
"Kau tak nak cari pakwe baru ke?"
"Dayang, untuk jadi feminis, kau kena sedar, yang perempuan tak perlukan lelaki untuk jadi kuat. Yang penting, diri kau tu. Kau perempuan kuat, takkan tak tahu tu?"
Dayang Selasih tersenyum.
"Aku terlupa yang aku perempuan, jantina yang paling kuat antara dua."
Rihanna terus membuat dua cawan hot chocolate dan makan karipap sebelum masuk tidur.
![](https://img.wattpad.com/cover/115785916-288-k810301.jpg)
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...