37 - Perjalanan Ke Bukit Hitam

398 23 1
                                    

Di atas laut, atas bot, Joni Jerung rileks hisap rokok gulung sambil mengharungi ombak yang tak berapa nak kuat menjelang subuh. Oleh kerana dalam keadaan darurat, Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin hanya bersolat duduk atas bot.

"Kau tahu, orang kalau singgah Bukit Hitam ni, orang cari laksa kat sebelah sini sarapan pagi. Kejap lagi kita sampai dekat jeti. Sebelah jeti ada pasar. Dekat pasar ada satu kedai jual laksa paling sedap untuk sarapan pagi," kata Joni Jerung, straight forward. Sang Arjuna hanya tenang mengangguk.

"Kau tak nak tau macam mana kau kena santau?"

"Macam mana?"

"Begini. Kau ingat tak masa kau di Wakaf Tapai, masa perjalanan kau kat sini?"

Sang Arjuna cuba memikirkan kejadian di Wakaf Tapai.

"Tempat tu aku singgah sekejap je, kot?"

"Ya, tapi masa kalian semua sedang tidur, ada seorang lelaki berjubah hitam yang berwajah macam Nami Cob Nobbler datang senyap-senyap menabur habuk kemenyan dan abu mayat dalam beg baju kau."

"Mana kau tau?"

"Masa kau datang, aku check dari mana bau abu mayat datang dari rumah, dan bau itu kuat dari beg kau."

"Kenapa aku tak bau?"

"Hanya orang-orang tertentu sahaja boleh bau. Macam aku," kata Joni Jerung, tenang.

"Kenapa aku? Kenapa tak Sang Uchan atau Puru?"

Joni Jerung tergelak.

"Sebab Sang Uchan sudah terkena Sumpahan Dodol. Puru pula terkena Sumpahan Katak Puru."

"Dayang Selasih?"

"Dia ada pelindung. Jadi, kau seorang sahaja target dia boleh serang. Dan dari situ, dia menyerap kuasa kau."

"Celaka punya Tok Pekong! Dah la muka macam Nami Cob Nobbler! Fuck! Sungguh menjijikkan!" jerit Sang Arjuna melawan arus.

"Sekejap lagi sampai di Bukit Hitam, kita sarap dulu. Hisap-hisap rokok. Lepas tu, kita mendaki bukit untuk bertarung dengan Tok Sami Pekong Bukit Hitam. Tapi, bagi aku melawan dengan hantu penjaganya dulu. Dah aku kalahkan hantunya, barulah kau datang dan pukul dia sampai dia mampos."

"Kalau kau kalah dengan hantu dia?"

"Nasib kau lah, sebab tu aku kena menang," Joni Jerung merenung ke matahari yang semakin naik.

Bot tiba di jeti Bukit Hitam. Kelihatan para nelayan sibuk membawa hasil tangkapan dari laut. Ikan, sotong, ketam, kepah, kerang - semuanya didagangkan di sini. Bau hanyir haiwan dari laut berada di mana-mana.

Jeti papan yang hampir reput itu membuatkan Joni Jerung dan Sang Arjuna berhati-hati ketika berjalan.

"Kedai makan ada kat sebelah pasar tu," Joni Jerung tunjuk ke arah sebuah kedai laksa di sebelah pasar.

Kedengaran bunyi bot sibuk untuk ke seberang, dan seperti pelabuhan nelayan lain, suasana pagi yang sibuk di laut adalah perkara biasa. Sang Arjuna capai akhbar di kedai tersebut.

"Penduduk Teluk Angsa ditangkap, dijadikan hamba untuk membina Piramid"

Sang Arjuna membaca berita tersebut ketika Joni Jerung sedang order Laksa Bukit Hitam.

"Kau nak extra special tak, Sang Arjuna?"

"Biasa-biasa je pun boleh, tak kisah."

"Air?"

"Apa-apa je."

"Mana ada air apa-apa je?" Joni Jerung pantang kalau orang order sebut "apa-apa je". Macam tak nak peduli je.

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now