Pada keesokan harinya, Dayang Selasih mengekori secara diam-diam pergerakan Rihanna menuju ke kota. Dayang Selasih yang bergaya macam Rey dalam filem Star Wars baru, sekali sekala diusha-usha oleh dua tiga mat geek yang meminati Star Wars. Rihanna berjalan menuju ke sebuah pasar Chinatown.
Rihanna sedang duduk di sebuah kedai kopi Cina berhampiran mini mart yang dijaga oleh seorang dari Vietnam. Di sebalik sayur-sayuran yang baru tiba di pasar, Dayang Selasih memerhatikan Rihanna sedang minum kopi seorang diri.
"Apa benda la minah ni buat tengah-tengah malam macam ni?" bisik hati Dayang Selasih.
"Woi, kau buat apa sini?" tiba-tiba Sang Uchan menepuk bahu Dayang Selasih. Terkejut sampai tindakan refleks Dayang Selasih terus membaling sebiji kobis ke muka Sang Uchan. Dan dengan tindakan refleks Sang Uchan selaku pemain takraw professional menimbang kobis tersebut lalu melipat kobis itu dan terkena seorang homeless tua yang sedang mengemis di tepi lorong.
"Awek kau, nampak tu?"
"Hah, kenapa?"
Tiba-tiba dua orang lelaki berbaju hitam dan berkaca mata hitam duduk bersama dengan meja Rihanna.
"Siapa dol dorang?" tanya Sang Uchan.
"Aku dah suspect lama dah minah ni agen jahat, dah lama aku perhati. Weh, Sang Uchan, jom kita chow!"
Dayang Selasih dan Sang Uchan terus pulang menaiki teksi.
"Adik manis, mau pergi mana?"
"Banyaklah kau adik manis. Sekali kau makan penyepak aku baru tau. Bawak aku pergi rumah Pendekar Harimau Berantai!"
Mendengar nama Pendekar Harimau Berantai membuatkan pemandu teksi yang baru nak try adjust Dayang Selasih menjadi gerun. Gila apa, kau deal dengan Pendekar paling power di seluruh Melaut ni.
"Adik manis, you punya muka serupa macam saya kenal la...macam itu, artis!"
"Banyaklah kau punya artis, kau drive betul-betul. Kau buat-buat salah jalan aku serius terajang kau!"
"Adik manis tak mau la garang-garang, nanti tada lelaki mau kat you nanti!"
"Eh mampos kau la, kau drive je tak boleh ke setan?"
Sang Uchan dah pening kepala naik satu teksi dengan Dayang Selasih.
"Balik ni, kita beritahu abang aku pasal ni, mampos la minah ni bila balik!"
"Tapi, Sang Arjuna Perkasa dah tau ke benda ni?"
"Aku dah cakap tapi muka dia macam tengah stoned je!"
Tiba-tiba pemandu teksi tu bersuara.
"Ayo, patutlah saya cam muka you. You adik Sang Arjuna Perkasa ka?"
"Apahal?" Dayang Selasih mulai tension.
"Itu legend saya. Dia punya level sama itu macam Rajinikandh!"
"Apa-apa je la," kata Dayang Selasih. Sang Uchan kembali fokus dengan Dayang Selasih.
Setibanya di rumah Pendekar Harimau Berantai, tiba-tiba pemandu teksi itu meluru ke arah Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin.
"Ayooo, I sudah lama cari sama you!" tiba-tiba pemandu teksi tadi mengeluarkan pistol dan mahu menembak Sang Arjuna Perkasa.
Dengan gaya The Matrix dia mengelak peluru itu, tiba-tiba peluru itu menuju ke arah Audrey Hepburn. Sang Arjuna Perkasa dengan tangkasnya menyelamatkan Audrey Hepburn dari terkena peluru tersebut.
"You sabar jap, biar I settle mamat ni," kata Sang Arjuna Perkasa dengan gaya kacak. Tiba-tiba dia boleh cakap moden. Selama ni mana reti you-I ni.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...