Mata Dayang Selasih buka perlahan-lahan apabila dia mendengar perlahan lagu Wonderwall dari kumpulan Oasis serta kicauan burung dan cahaya matahari memancar dari tingkap kayu rumah Kiyai Ramli. Dia melihat luka di tangannya berbalut, kain yang direndam dengan air panas di dahinya, di atas katil seseorang. Dia melihat di keliling bilik itu, ada poster dari kumpulan Oasis, Stone Roses, The Smiths, Joy Division dan New Order.
"Hmm, British kuat ni. Bilik siapa ni?"
"Bilik penjaga neraka kau," tiba-tiba Norkiah masuk membawa semangkuk ubat-ubatan herba.
"Eh? Kau?"
"Kau fikir aku ni manusia bajingan ke tak ada hati perut? Nah, makan ubat herba ni. Ayah aku beli kat sensei Cina ni. Ni akar kayu, ginseng, ada daun-daun herba. Ha, ni brownies special, aku bagi kau," Norkiah menghulurkan sekeping brownies yang berbungkus dengan kertas minyak.
"Kenapa kau baik dengan aku, Norkiah?"
"Sebab mak bapak aku ajar aku macam tu. Look, aku tahu, dan aku faham kau kecewa dengan aku sekarang dah berdating dengan Puru Cendana Pura, tapi relax la, kau jangan ingat kekecewaan tu kau boleh akhiri dengan cuba bunuh diri."
Lagu Don't Look Back In Anger berkumandang selepas lagu Wonderwall.
"Album ke ni?" tanya Dayang Selasih.
"Ha'ah, versi Deluxe. Siap ada B-side."
"Ooh. Tak sangka kau layan band Britpop."
"Biasa-biasa je lah. Eh, makan sup herba ni panas-panas. Cepat sikit kau baik. Abang kau dah risau dengan kau semalam, kau tau?"
Dayang Selasih tersenyum kecil.
Sebentar lagi, Puru Cendana Pura pula masuk bilik.
"B, macam mana dengan Dayang Selasih?"
"Dia okay je sayang, tak lama lagi baik la tu. Nak cakap dengan dia ke? I keluar bilik kejap, nak kemas ruang tamu rumah."
Selepas peluk dan cemolot macam mat salleh, Norkiah pun meninggalkan biliknya.
"Hey, Dayang..." kata Puru acah-acah handsome macam Ryan Gosling.
"You dah tau kan I syok kat you, lagi you buat macam tu."
"Janganlah macam tu. Kita masih boleh kawan, kan?"
"I masih ingat lagi you buat Hikmat Terjahan Supersonik Phoenix Bangkit masa you selamatkan I masa kita nak cross sempadan Melaut dulu. I thought you really love me?"
Puru Cendana Pura mendiamkan diri, kemudian bangun dan pergi ke tingkap, dan acah-acah fikir deep macam drama Melayu Yusof Haslam, lalu berkata,
"You kan kata you tak percaya pada cinta?"
Sedang Puru Cendana Pura sedang merenung jauh di tepi tingkap, Dayang Selasih menangis.
"I am loving you so deep, I could die. Nak buat macam mana kan, salah I juga. I yang selalu ketepikan you. I harap you bahagia dengan Norkiah. Sampai hujung nyawa."
Rambut Puru bertiup-tiup menutup dahinya macam konon-konon handsome tetapi hakikatnya rupanya seperti katak puru yang berambut. Sedang dia termenung lama di luar tingkap itu, tiba-tiba bola sepak takraw hinggap ke kepala Puru sampai terjatuh tergolek Puru.
"Kimak punya Sang Uchan," kata Puru Cendana Pura sambil menggosok-gosokkan dahinya.
"Baby, dah kenapa ni? Oh..." kata Norkiah sambil memegang bola sepak takraw.
"Kimak punya Sang Uchan," kata Norkiah juga.
"Kimak punya Sang Uchan," Dayang Selasih juga menyahut.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...