33 - Fiona Apple

459 20 3
                                    

Rihanna usha panas saja Dayang Selasih kerana dendam lama dia clash dengan Sang Uchan dulu yang dulu hampir padam, tiba-tiba berbara semula.

"Macam mana kau ada kat sini, Rihanna?"

"Patutnya aku yang tanya, macam mana kau ada kat sini, bukan kau yang tanya," Rihanna dah ready dengan parang. At least kalau fight, kalau kalah pun melawan.

"Aku cari Puru, dia ada dalam hutan ni, somewhere," Dayang duduk atas dedaun tepi api.

"Puru? Kau tak habis-habis lah. Dia tu kan pakwe Norkiah."

"Norkiah dah mati, dibunuh Yussouf al Taiyoobi. Seluruh penduduk Kampung Sagil dah mati dibunuh. Disebabkan peperangan yang dicetuskan Tengku Kiko, ramai yang mati. Tengku Kiko dah takluk Alam Shah Buana, dah jadi negara baru bernama Subang Jaya."

Rihanna terkejut gila. Lama gila dia tak update berita semasa. Maklum lah, berita balik-balik cerita pasal Ratu Kiko, dia jadi fedap.

"Jadi, kenapa kau cari Puru?"

"Rihanna..."

Wajah Dayang Selasih yang risau dan kesan air mata di tepi pipinya juga melihatkan kejujuran pada hatinya terhadap Puru.

"Aku minta maaf kalau dulu aku tuduh kau sebagai agen Yussouf al Taiyoobi," Dayang Selasih memohon maaf. Rihanna diamkan saja, walaupun sakit di hati, tetapi tu semua kisah lama.

"Penat je aku rancang birthday Sang Uchan," Rihanna luah dalam perasaan kecewa.

"Kenapa kau ada sini?"

"Sejak kau halau aku tu, aku merayau sini dan sana, lepas tu aku naik rakit, sampai sungai, dan akhirnya sinilah aku duduk," kata Rihanna.

"Kau tak takut duduk sorang-sorang?"

"Aku lagi takut duduk dengan orang. Baik duduk dengan binatang. Hmm, kau lapar ke? Kalau kau nak makan, ada lempeng dua tiga keping tu. Ikan bakar pun ada. Kalau nak pergi pekan, naik perahu atau rakit."

Dayang Selasih cuit lempeng tadi dengan ikan bakar.

"Kau kerja apa sekarang?"

"Jual ubi kayu, kat belakang pondok aku ada kebun ubi, aku tanam."

Dayang Selasih menganggukkan kepala. Tak disangka rupanya Rihanna yang selamatkan dirinya.

"Sayang benar kau dengan Puru, sampai sini kau cari dia, ya?" Rihanna mulakan kembali perbualan.

Dayang hanya senyum nipis. Pergaduhan semalam masih menjadi ingatan.

"Aku pun patut minta maaf juga kat kau sebab aku cari pasal. Tapi aku memang tak suka bila member rembat boyfriend member. Sebab benda tu memang pernah jadi kat aku."

Dayang Selasih diam sahaja.

"Tapi, aku rasa, Norkiah takkan marah kalau beginilah cinta kau pada Puru."

--

"Mana pulak plastik-plastik yang aku tabur semalam ni? Cilaka, aku dah tak ingat dah jalan ni," Puru mencangkung dan bingung dengan misteri kehilangan plastik-plastik yang ditabur semalam. Rupanya dia makan Mamee tu untuk tabur plastik tu untuk cari jalan.

Mamee (burung), sibuk makan cacing tepi rumput.

"Weh, Mamee, tolong la aku cari jalan balik. Haih, hari nampak macam nak hujan. Aku dah start rasa menyesal ni."

Mamee terus patuk-patuk anak cacing dan anak ulat untuk dimakan.

"Kau best la, kau tak dilahirkan manusia. Manusia ni prajudis banyak benda. Cuba kalau kau manusia, kau makan cacing, kau kena judge beb."

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now