Pada malam itu, Puru Cendana Pura sedang termenung sendirian mengelamun seorang diri, mengenang Norkiah dari jauh. Dia mengeluh, kenapa terpaksa berpisah dari cintanya selepas menemui apa yang ingin dicari sepanjang hidupnya.
Dayang Selasih memerhatinya dari belakang. Dia ingin menegur, tetapi dengan Puru seorang diri dalam sebuah bilik gelap dalam rumah Wak Parjo Karmawijaya.
Dayang Selasih memberanikan diri untuk masuk ke bilik itu menemani Puru. Puru yang acah-acah Ryan Gosling membetulkan cermin matanya, sambil memandang bintang dari tingkap.
"Hi Puru," tegur Dayang Selasih, dan duduk disebelah Puru Cendana Pura.
Puru menjeling, lalu hanya mengangkat dua jari ke arah Dayang Selasih.
"Kenangkan orang jauh?"
"Kenapa kena berpisah sedangkan bunga baru nak berbunga?"
Dayang Selasih percaya takdir adalah dikawal oleh diri sendiri. Jadi, dia bertanya pada Puru, kenapa ikut kalau hatinya ada di Kampung Sagil.
"Cita-cita hamba nak jadi seorang pendekar, maka terpaksalah berkorban meninggalkan Norkiah," keluh Puru Cendana Pura.
Dayang Selasih yang cuba memujuk Puru, mendiamkan diri memikirkan bagaimana dia boleh buat Puru sekurang-kurangnya ceria dari sekarang.
"Hamba tak pandai berpuisi, tapi hamba nak tahu tak apa yang dikatakan oleh Slavoj Zizek tentang cinta?" kata Dayang Selasih yang cuba buka topik falsafah.
"Apa dia?"
"Cinta yang perasaan sebenar adalah satu peristiwa. Dan peristiwa jatuh cinta tu dah semakin jarang."
Puru Cendana Pura hanya pandang Dayang Selasih tanpa kata.
"Tuan hamba pernah bercinta sebelum ini?" tanya Dayang Selasih.
"Dulu zaman sekolah pernah lah ringan-ringan dengan bohsia kat sekolah, tapi tu time sekolah dulu. Dia tunjuk bra suruh pegang-pegang. Kalau nak dia tunjuk tetek, kena bagi dua keping perak Alam Shah Buana. Nak pegang, lima perak. Nak jilat..."
"Tu bukan cinta, Puru. Tu nafsu seksual. Maksud hamba, bila tuan hamba boleh termenung macam sekarang ni. Macam dengan Norkiah ni?"
"Oh, ni first time," balas Puru.
Dayang Selasih mengangguk-anggukkan kepala. Dia acah-acah comel macam Diana Danielle memandang Puru. Puru pun acah-acah macho macam pelakon Meteor Garden cerita Taiwan tu, cuma dia sebenarnya patut kat Frog Garden je.
DUM!
Tiba-tiba pintu berkunci. Dayang Selasih dan Puru Cendana Pura cuak.
"Fuck, pintu ni terkunci dari dalam la, Puru," kata Dayang Selasih cuba sedaya upaya membuka pintu itu.
Puru cuba membuka pintu itu, juga gagal.
"Fuck! Nak bukak pintu terkunci pun gagal, apa lagi nak jadi pendekar!" jerit Puru dalam penuh kekecewaan.
Dayang Selasih cuba mencari alternatif bagaimana untuk keluar dari bilik tersebut memandangkan rumah Wak Parjo Karmawijaya berada di tingkat 15 Flat Kos Rendah Rakyat Melaut.
"Eh, Puru, tengok ni, ada lilin lah. Ada mancis."
Dayang Selasih membakar lilin dan melihat sekeliling dengan cahaya yang ada.
Puru masih termenung di pintu.
"Puru, tengok ni. You'll gonna to love this!"
Puru yang dah give up dengan pintu, hanya mengikuti Dayang Selasih yang mempunyai cahaya lilin.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...