Ketika sedang menarik enjin bot untuk dihidupkan, Anthony Kiedis tersenyum-senyum di sebelah sambil ajak berlumba dengan Joni Jerung. Joni Jerung sudah hangin sebab hari tu dia sudah kalah sparring lawan surfing menentang Kiedis.
"Semalam toceng sorang-sorang ke? Hahahaha!" gelak Kiedis bersama seorang awek Brazil di atas bot.
Joni Jerung buat muka bodoh, sambil melihat peralatan di botnya. Parang, senapang semua ada ni. Ikutkan hati nak je tembak si Kiedis ni, tapi memandangkan Joni Jerung ni lanun yang berwibawa, maka dia diamkan saja.
"Tuan hamba nak ke mana ni?" tanya Sang Uchan, terpinga-pinga.
"Nak ubat bontot kat dahi kau tu lah, banyak tanya pulak!" bunyi enjin yang kuat menyebabkan Joni Jerung terpaksa menjerit.
"Woi Joni, jom race bot nak? Siapa menang, dapat awek Mexico yang tu," kata Kiedis memuncungkan bibirnya ke arah seorang perempuan berbikini sedang melepak di pantai.
"Tuan hamba semua nak memancing?" tiba-tiba Sang Arjuna Perkasa wal Imarah Al-Taqwaun Mubin tiba membawa peralatan memancing. Tetapi awek Brazil di bot Anthony Kiedis, serta awek Mexico di tepi pantai terus melompat dan berlari menuju ke Sang Arjuna. Anthony Kiedis hangin je, datang je Sang Arjuna, semua awek lari ke arah dia. Joni Jerung terus tersenyum sambil melihat dua orang awek Latino naik botnya.
"Kau lumba je la sorang-sorang, Kiedis. Bahaya ni, aku bawak aweks!" gelak Joni Jerung sebelum memecut bot pancungnya menuju ke arah laut dalam.
Kimak punya Joni Jerung, bisik hati Anthony Kiedis.
Selepas hampir setengah jam membawa bot pancung, Joni suruh Sang Uchan untuk mengambil wuduk.
"Kau ambik wuduk kat sini."
"Sah ke ambik wuduk air laut?" tanya Sang Uchan.
"Kau ni sah malas pergi sekolah agama, kan?"
"Ye ke sah, Sang Arjuna?" Sang Uchan terus bertanya pada Sang Arjuna yang merupakan imam masjid yang sering memberi ceramah agama. Sang Arjuna hanya mengangguk dengan wajahnya penuh nur hasil wuduk yang sempurna serta keimanan yang terserlah dari ketenangan di wajahnya.
Sang Uchan terus mengambil wuduk seperti yang diarahkan oleh Joni Jerung. Air masin yang terkena pada lubang bontot di dahinya membuatkannya terkemut-kemut.
Selepas selesai ambil wuduk, Joni Jerung menyuruh Sang Uchan untuk bersolat di dalam air untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan.
"Gila kau, ini ajaran siapa ni? Kau jangan buat ajaran sesat!" kata Sang Uchan yang mulai meragui amalan Joni Jerung.
"Kau nak terus lubang bontot kau kat dahi ke? Jangan banyak cakap lah," kata Joni Jerung.
"Betul ke ni wahai Sang Arjuna?"
"Semoga kau menemui keberkatan Tuhan di dalam laut nanti, Sang Uchan," kata Sang Arjuna. Awek Latino dua orang tu tak sudah-sudah usha body Sang Arjuna Perkasa yang tough macam Batista tu. Tetapi disebabkan keimanan dan ketakwaan Sang Arjuna, dia langsung tak tergoda bahkan menjaga matanya dari aurat kedua awek Latino tadi.
"Don't you like my body?" kata awek Mexico tadi pada Sang Arjuna.
"My body is much more hotter than her!"
"How about we both have a threesome?" kata Joni Jerung tiba-tiba menyelit. Awek Latino dua-dua buat bodoh. Eii, orang ajak Sang Arjuna, malu je.
Sang Arjuna terus keluar pancing Abu Garcia SMAX3-L-C warna silver dan memancing ikan di laut.
Sang Uchan terus terjun dan niat solat sunat dua rakaat dalam laut.
Baru dia sedar, selepas dia makan kote Belanda pemberian dari Joni Jerung, dia terus boleh menyelam tanpa menggunakan snorkeling. Terus dia bersolat di dasar laut tanpa masalah. Selepas rakaat terakhir, Sang Uchan memberi salam dan terus berdoa agar lubang bontotnya kembali ke tempat asal.
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
काल्पनिकKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...