Waktu Subuh, Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin mengimamkan solat Subuh kepada penduduk kampung dan kemudian memberi kuliah Subuh tentang betapa pentingnya pertanian kepada ekonomi negara. Sang Arjuna Perkasa merupakan penyokong ajaran Islam Hadhari, berkata kepada penduduk kampung bahawa pertanian ini adalah sumber ekonomi yang sejajar dengan fardhu kifayah dalam Islam.
Ada la dua tiga orang awek-awek kampung tersenyum-senyum melihat cahaya keimanan pada wajah Sang Arjuna Perkasa. Ada la juga di kalangan mereka ini menghantar surat cinta yang penuh dengan bau bedak wangi dan kadang-kadang ada juga wanita yang menghantar rombongan untuk meminang Sang Arjuna Perkasa.
"Tak apalah, saya nak kahwinkan adik saya dulu," kata Sang Arjuna Perkasa memujuk keluarga wanita yang kecewa kerana gagal meminangnya.
"Ah, I don't believe in marriage. Marriage is a system that enslave women from this oppressive sexist, chauvinist and patriarchy by men!" jerit Dayang Selasih sambil kapak kayu api.
Sang Arjuna Perkasa kemudian pulang ke rumah, dan melihat Puru Cendana Pura dan Sang Uchan masih terbongkang tidur. Sang Uchan tidur gaya ikan duyung, Puru pula gaya katak puru.
"Astaghfirullah al-azim, woi, bangun lah! Matahari dah naik dah ni, kata nak belajar silat!" jerkah Sang Arjuna Perkasa.
Puru Cendana Pura terkejut sampai terburai kain pelekatnya, Sang Uchan sampai terhantuk dinding kerana ngauman Sang Arjuna Perkasa yang garang bak halilintar.
"Dah la tak solat Subuh, patutlah loser. Bangun Subuh pun malas, ada hati nak jadi pendekar?"
Selepas mereka bersarapan lepat pisang dan secawan kopi, Sang Uchan dan Puru Cendana Pura pergi ke laman rumah sambil Sang Arjuna Perkasa duduk di tunggul kayu sambil menghisap ganja.
"Korang makan ke kenduri, lambat betul? Dah pukul 8:30 pagi dah ni. Pendekar time macam ni dah pergi kebun dah," kata Sang Arjuna Perkasa.
Puru Cendana Pura tersengih-sengih.
"Kau gosok gigi tak, Puru?"
"Lupa bawak berus gigi."
"Lepas ni aku bagi kau dua perak, kau pergi berus gigi. Nak jadi pendekar, kena gosok gigi, faham!"
Sang Uchan tersengih-sengih.
"Kau kenapa sengih-sengih?"
"Nak sikit, barang."
Sang Arjuna Perkasa menghulurkan segulung ganja.
"Nak jugak!" kata Puru Cendana Pura.
"Ah, kau tak gosok gigi! Takde aku nak bagi joint aku!"
"Tu la, lain kali gosoklah gigi. Kat sekolah, cikgu tak ajar ke?" kata Sang Uchan ketawa.
"OK, korang berdua, pasang kekuda! Kau ikut langkah aku. Kaki kanan di depan, tangan kiri genggam penumbuk," Sang Arjuna Perkasa mula memasang langkah.
Ketika sedang menggerakkan langkah, tiba-tiba Dayang Selasih mengangkat sayur-sayuran dari kebun. Kelibat Dayang Selasih menyebabkan Puru Cendana Pura tersilap langkah dan kehilangan fokus.
"Fokus, Puru!"
Puru masih berdegil dan masih terpesona melihat kecantikan Dayang Selasih.
Oleh kerana Puru degil, Sang Arjuna Perkasa mengambil rotan bulu ayam di tepi pehanya dan melibas peha Puru.
"Babi mak kau anjing pukimak lancau cibai sakitlah bodoooooooo" kata Puru sambil menangis.
"Itulah, lain kali kau fokus la sikit. Kita datang jauh-jauh ni nak belajar silat," kata Sang Uchan.
![](https://img.wattpad.com/cover/115785916-288-k810301.jpg)
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...