Puru Cendana Pura dan Dayang Selasih tiba di Teluk Lanun dalam keadaan terkejut. Teluk Lanun tidak sechill dulu. Tiba-tiba semua macam cari tempat perlindungan, dan kelihatan seolah-olah bersedia dalam peperangan.
"Dah kenapa ni?" Puru terpinga-pinga. Dayang Selasih hanya angkat bahu.
"Baguslah korang dah sampai, Puru, kau ambik barang kau dengan Sang Uchan. Dayang, kau ambik katana kau kat abang kau," kata Joni Jerung sambil bawa AK-47 untuk lanun-lanunnya dalam kereta sorong.
"Oh ya, tengok laut, pastu jangan tercegat lagi," Joni Jerung tegur mereka berdua.
Mereka pandang laut. Laut dah penuh dengan kapal-kapal perang.
"Apa ni?" Puru tanya Joni Jerung.
"Apa lagi, Kiko cari kau la. Yussouf al Taiyoobi dah nak serang kita dah tu. Tercegat apa lagi?"
"Fuck!"
Sang Uchan lari menuju ke Puru Cendana Pura sambil bawa galah panjang.
"Babi, aku nak lawan berapa ribu orang pakai galah ni? Kau biar betul?" Puru terkejut kerana senjatanya hanya galah.
"Pen Hikmah kau mana?"
"Ni," Puru Cendana Pura hulurkan Pen Hikmahnya.
Tiba-tiba Sang Uchan letakkan pen tersebut di hujung galah. Ada lubang kecil yang dapat menyepitkan pen tersebut.
"Dah, setel. Dayang, abang kau bawak pedang kau. Kalian semua, kita dah nak berperang."
Joni Jerung memimpin pasukan lanun yang akan menyerang kapal-kapal perang dari Paksi Kejahatan Yussouf al Taiyoobi. Awan mendung menyelubungi Teluk Lanun.
"Nah, Dayang. Pedang tuan hamba," Sang Arjuna wal Imarah al-Taqwaun Mubin berlari dan menghulur pedang katananya.
"Bak lightsaber?" Sang Arjuna tanya.
Dayang Selasih menghulurkan pedang lightsabernya.
"Gabungkan," kata Sang Arjuna.
"Macam mana?"
Sang Arjuna on pedang lightsaber adiknya, lalu diletakkan bersama dengan katana tadi. Akibatnya katananya bernyala tepi lightsaber.
"Katana lightsaber, cool!" Dayang Selasih dan Puru mengambil tempat.
"Puru, berdiri atas bukit. Nanti lukis benda power untuk tumpaskan mereka. Gunakan imaginasi kau yang terbaik," kata Sang Arjuna sebagai ketua.
"Baik!"
Tentera Belanda datang dari arah utara dan mengepung penduduk tempatan. Tentera Belanda, sebahagian dari Paksi Kejahatan Yussouf al Taiyoobi, menghantar 20,000 tentera.
Beberapa tembakan sudah dilancarkan. Helikopter dari atas sudah mula menembak ke arah lawan. Puru pun lukis gambar raksasa dan menangkap helikopter-helikopter dan jet yang mula mengebom Teluk Lanun.
Sang Uchan meletakkan bola takraw mautnya di hujung nunchakunya. Dan Dayang Selasih mula menebang beberapa tentera musuh.
Sang Arjuna menggunakan tekris (tekpi+keris) GPS yang membunuh komando-komando dari laut. Sang Uchan menggunakan bola takraw dan nunchakunya dan memusing-musing dan memukul tentera musuh.
Joni Jerung dan Anthony Kiedis mengemudi serangan lanun. Tembak menembak berlaku, dan ada yang mati dan tercedera. Peluru-peluru ada yang tersangkut pada benteng batang pisang yang direka oleh Hang Nadim.
Wynona Ryder mengemudi bahagian rawatan bagi mereka yang tercedera. Hang Nadim pula mengawal bahagian komunikasi.
Dari atas, Yussouf al Taiyoobi dan Ratu Kiko melihat peperangan sambil makan popcorn.
![](https://img.wattpad.com/cover/115785916-288-k810301.jpg)
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasíaKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...