20 - Tengku Kiko Mizuhara

464 23 7
                                    

Rentetan dari kejadian mereka berlima berjaya melumpuhkan pergerakan puak neo Nazi Make Melaut Great Again Dol Tramp, mereka pada keesokannya dijemput sekali lagi ke Istana Negeri bagi mendapat anugerah Sultan.

Pada hari tersebut, mereka berlima menaiki limosin kuda jenama BMW dijemput oleh pemandu Sultan sendiri.

Seluruh rakyat Melaut khususnya di Kuala Melaut semuanya melempar bunga-bunga dan riben konfetti ke kereta Sultan sebagai tanda penghormatan kepada penyelamat negara.

Setibanya di Istana Sultan, baginda Sultan terus masuk ke balai rong.

"Daulat tuanku!" ramai-ramai menteri kabinet yang dipimpin Datuk Bendahara memberi sembah.

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Mereka berlima ini berjaya mematahkan pemberontakan neo Nazi dari Dol Tramp yang durjana. Patik dengan ini mahu bercadang agar mereka dikurniakan pingat kebesaran," kata Datuk Bendahara.

"Panggil mereka menghadap."

"Menjunjung titah, tuanku!"

Mereka berlima masuk, memberi sembah, kecuali macam biasa, sorang tu. Hanya berdiri sahaja.

Sultan Melaut cool. Lagipun Dayang Selasih telah menyelamatkan kerajaannya. Takkan la hal tak nak sembah pun jadi isu, dia rilek je.

"Beta dengan ini berkenan mengkurniakan kalian semua anugerah," kata Sultan Melaut.

"I'm fine, thank you," kata Dayang Selasih yang tegas dengan republikanismenya.

"Kamu ke depan, Dayang Selasih," kata Sultan Melaut.

"Yes?"

"Beta kurniakan kamu, pisau hikmat."

"Nak buat apa ni?" tanya Dayang Selasih.

"Trust me, satu hari nanti kamu perlukan pisau ini untuk membunuh sesuatu yang kebal dengan pisau ini," Sultan Melaut menghulurkan pisau tersebut.

"Thanks," kata Dayang Selasih.

"Beta nak panggil Sang Uchan dan Wak Parjo Karmawijaya."

"Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun," mereka berdua serentak.

"Beta akan berikan gelaran Anugerah Mangku Perkasa, yang memberi gelaran Datuk."

"Patik terima, tuanku!"

Sultan meletakkan riben tanda Sang Uchan dan Wak Parjo kini bergelar Datuk.

"Seterusnya, Puru Cendana Pura!"

Puru mara ke depan.

"Beta anugerahkan kamu Sasterawan Negara Melaut," kata Sultan.

"Tak nak, nak benda lain, boleh tak?" kata Puru.

"Apa dia?"

"Pulihkan muka hamba dari berwajah katak puru ini," kata Puru lagi.

"Beta tak pasti macam mana nak pulihkan ini, kenapa, sudah pasti ini sumpahan dari Sultan Alam Shah Buana, bukan?"

Puru hanya melantik lesu.

"Nanti beta akan rujuk dengan Ahli Nujum Negara."

Seorang lelaki bersongkok dan pakai coat membawa dua biji kelapa sambil memandang Sultan.

"Ahli Nujum Negara, tolong research sikit macam mana nak tolong Puru ini," titah Sultan.

"Menjunjung titah, tuanku."

Sultan Melaut kemudian memanggil Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al Taqwaun Mubin, selaku pemimpin kepada perwira-perwira negara ini.

"Beta akan anugerahkan..."

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now