31 - Penaklukan Tengku Kiko

436 20 3
                                    

Naga Timur dan Gajah Merah berjaga dari luar kubu. Setiap hari satu demi satu kampung Alam Shah Buana jatuh ke tangan kerajaan Melaut. Unit propaganda dah pening kepala macam mana nak tipu rakyat lagi.

Sultan Alam Shah Buana dah pening kepala. Anak-anak lelaki dia, semua kaki clubbing, tak guna. Jadi hanya Musang Siguntang, serta menteri-menteri kabinet sahaja di sekeliling raja.

"Tuanku, kita mendapat berita bahawa Kampung Limau Purut 1 dan 2 serta Tanah Rancangan Alam Shah Buana di Kampung Langsat sudah ditawan penjajah," menurut seorang Laksamana memberitahu kedudukan perang semasa.

"Bagaimana dengan perang di Sungai Kelah?"

"Tentera kita semuanya mati dibunuh, mayat bergelimpangan."

Sultan Alam Shah Buana mulai berang.

"Siapa yang arahkan tentera beta untuk menyerang Kampung Sagil di Melaut tanpa pengetahuan beta? Musang Siguntang!"

Musang Siguntang tercirit ketakutan. Sejak diterajang koneknya oleh Dayang Selasih, dia tidak mampu menahan cirit birit. Kena pakai pampers. Disebabkan peperangan, kilang membuat pampers digunakan untuk membuat payung terjun.

"Tuanku, ini semua perancangan Yussouf al Taiyoobi, tuanku! Patik, atau menteri kabinet, tidak tahu menahu."

"Siapa Yussouf al Taiyoobi? Berani dia membuat kesilapan sehingga kehancuran negeri beta!"

Tiba-tiba seorang lelaki tua berjubah hitam datang masuk ke pintu istana. Hulubalang menghalang, tapi dengan jari telunjuknya mengalih angin, tombak yang dibaling ke arahnya tak mengena sasaran.

"Siapa kau, makhluk kurang ajar!" titah Sultan Alam Shah Buana yang sedang murka.

Yussouf al Taiyoobi berjalan perlahan-lahan ke tempat bersemayam Sultan. Dia menuju ke arah Sultan, dan berbisik..

"Yussouf...al....Taiyoobi....."

Menggelupur Sultan mendengar namanya lalu tergolek jatuh dan mati kerana bucu mahkota Sultan tercucuk pada anak tekak.

"The king is dead, long live the king. Oops, kita sekarang feminis, haha. Memperkenalkan, pemerintah Alam Shah Buana yang baru, Tuanku Kiko Mizuhara."

Tuanku Kiko datang dan duduk di atas takhta. Para Menteri Alam Shah Buana tercengang. Dahlah Sultan mereka baru saja mangkat, tiba-tiba datang seorang perempuan asing mengaku diri sebagai pemerintah.

"Mr Yussouf, panggil je I Pinky," Tengku Kiko terus duduk di takhta Sultan.

Mahkota Sultan yang berdarah itu diambil oleh Yussouf al Taiyoobi, dan meletakkan mahkota itu pada kepala Tuanku Kiko.

"Dengan ini, saya Yussouf al Taiyoobi, akan mentabalkan Tuanku Kiko, sebagai pemerintah Alam Shah Buana yang baru."

"Oh please, I tak suka la nama Alam Shah Buana, so kuno. This land is mine. Beta nak tukar nama negara ini sebagai Subang Jaya."

Musang Siguntang dan para menteri semua terpinga-pinga. Apahal negara ni Subang Jaya?

"As you wish, Your Highness. I akan pastikan negara Subang Jaya tuanku akan aman dan makmur, dengan projek pembangunan, pusat kewangan pesisir, dan infrastruktur bertaraf kelas dunia," kata Yussouf al Taiyoobi.

Kontrak sudah mula ditandatangani oleh Ratu Kiko, Ratu Subang Jaya sebuah negara yang baru ditubuhkan, untuk projek pembinaan semula negara.

"Good," senyum sahaja Yussouf al Taiyoobi selepas perjanjian termeterai.

"Ahli Nujum," Tuanku Kiko memanggil seorang lelaki berpakaian kot dan bersongkok membawa dua biji kelapa di tangan.

"Ampun tuanku," kata Ahli Nujum.

Sang Arjuna PerkasaWhere stories live. Discover now