Ratu Kiko dapat tahu bahawa Puru sudah melarikan diri dari kem tahanan hamba. Ratu Kiko mengamuk sehingga mengarahkan dua orang pegawai tersebut dihukum pancung kerana kelalaian mereka.
"Celaka, macam mana dia boleh lepas? Jeneral Naga Timur!" jerit Ratu Kiko menghentak meja.
"Ya, tuanku?" Naga Timur, kini jeneral Damansara Utama datang menghadap.
"Arahkan para tentera mencari di mana dia Puru Cendana Pura. Beta kalau dapat jumpa dia ni, beta nak dia diseksa lebih teruk lagi!"
"Menjunjung titah, tuanku!"
Gajah Merah melihat Ratu Kiko dalam keadaan yang murka.
"Ada apa yang patik boleh lakukan untuk tuanku?"
"Bawa sini telefon. Beta mahu menghubungi Yussouf al Taiyoobi," Ratu Kiko melihat wajahnya pada cermin.
"Menjunjung titah, tuanku."
"Sejauh mana kau boleh lari, Puru. Kau kali ini keseorangan. Tanpa kawan-kawan kau, terutamanya Dayang Selasih, kau tak ada apa, Puru," Ratu Kiko bermonolog dalaman.
--
Sang Gagak Hitam menggali kembali lubang yang dia tanam cincin-cincin sakti itu semasa dia mencuri dua hari lepas.
"Ini cincinnya," kata Sang Gagak Hitam menunjukkan empat cincin yang dicurinya.
Dayang Selasih memegang keempat-empat cincin sakti itu, dan dia mengambil Cincin Air dan meletakkan cincin itu di jari manisnya.
"Oh, kau memang pencuri itu rupanya, Sang Gagak Hitam, memang tak syak lagi," kata salah seorang dari dua orang macai Sang Tapir Setia.
"Kantoi kat CCTV. Sekarang, kau pulangkan kat kitorang. Nahas kau."
"Dan kau berdua, perempuan cantik, kitorang akan..."
Belum sempat dua orang macai tadi menghabiskan ayat, dua kepala bergolek atas tanah.
Dayang Selasih menyarungkan kembali pedang katananya ke dalam sarungnya. Wynona Ryder tak sempat kata apa-apa. Sang Gagak Hitam tak tahu nak kata apa.
"Jom, balik rumah. Beritahu Sang Albatross Timur pasal ni. Kita kena keluar dari bandar gila ini dan kita akan ke Melaut malam ini juga!" kata Dayang Selasih pada semua.
"Naik apa?" tanya Wynona.
"Kita datang sini naik apa?" Dayang Selasih tanya balik.
"Kapal terbang?"
"Dah tu, kau nak jalan kaki? Kau nak sampai bila ke sana? Kalau jalan kaki, kita sampai Melaut lagi dua tahun setengah. Masa tu my boyfriend dah mati jadi hamba tebusan."
"Korang datang sini naik kapal terbang?" Sang Gagak Hitam terpinga-pinga.
"Kita kena lukis kapal terbang yang baru," kata Dayang Selasih.
"Siapa reti lukis? Hari tu ada Hang Nadim boleh lukiskan."
"Lukis kapal terbang?" Sang Gagak Hitam dah blur tak faham cerita.
"Mari kita cari seorang jurutera kapal terbang."
"Apa benda korang merapu ni?" Sang Gagak Hitam dah mula tak boleh nak masuk perbualan ni.
"Ni, Pen Hikmah. Pen ni boleh melukis benda jadi real," Dayang Selasih menunjukkan sebatang pen pada Sang Gagak Hitam. Sang Gagak Hitam terbarai gelak. Lalu, Dayang Selasih melukis tahi lembu pada kepala Sang Gagak Hitam.
"Bau tahi lembu la," Sang Gagak Hitam bau sekitar tempat ini. "Korang ada pijak tahi ke?"
Wynona dah terbarai gelak. Dayang Selasih cover ayu tahan gelak.
![](https://img.wattpad.com/cover/115785916-288-k810301.jpg)
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasiaKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...