Pada malam itu, mereka berlima berhimpun di keliling unggun api di pinggir sungai, dan menikmati cuaca malam dan menikmati tangkapan ikan yang dipancing oleh Sang Arjuna Perkasa Wal Imarah Al-Taqwaun Mubin. Sang Uchan bermain ghazal, Puru bermain bongo, Dayang Selasih bermain tamborine sementara Rihanna jadi suara latar belakang. Sang Arjuna Perkasa dia main gitar dengan vokal. Mereka berlima bernyanyi lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud, Kembara dan satu lagu Dewa bertajuk Mistikus Cinta serta sebuah lagu dari kumpulan Rancid berjudul Ruby Soho.
"Kita ni sebenarnya boleh buat band jugak ni," kata Puru tersenyum.
"Apa kata kita namakan kumpulan kita The Swans on the Bay Band, sempena nama kampung kita, Teluk Angsa?" kata Dayang Selasih. Nama nak hipster je.
"Hamba rasa, nama band kita kena ada unsur-unsur metal, sebab jiwa hamba ni metal habis. Sakratul Maut Mencengkam Angkasa!" kata Sang Uchan berupa nelayan yang merupakan peminat band metal Langsuyr dan Dimmu Boggir.
"Kalau nama band kita Yang Dihalau, sebab kita semua dihalau dari kampung..." kata Puru yang diakhiri dengan semuanya membantah tidak bersetuju. Idea tak cool langsung.
"Hamba rasa, nama band kita ialah Taqwaun Mubin, sempena nama hamba. Kerana dalam kita berlima ni, hamba yang paling terror dalam muzik," kata Sang Arjuna Perkasa sambil berdiri dengan tenang. Semua bersetuju dengan nama yang penuh dengan ketokohan itu.
"Hamba setuju nama tu!" kata Sang Uchan menyokong teguh Sang Arjuna Perkasa.
"Nama genre yang kita main ni ialah genre Taqwacore..."
"Bijak tuan hamba Sang Arjuna Perkasa, hamba suka idea tuan hamba yang bijaksana tu. Taqwacore ni ada unsur-unsur hardcore, hamba suka," kata Sang Uchan terus memeluk bahu Sang Arjuna Perkasa.
"Kita kena tidur, esok kita nak berjalan jauh. Kita akan melintasi sempadan negeri Alam Shah Buana dengan negeri Melaut," kata Sang Arjuna Perkasa.
"Tapi, kami berdua tak ada passport untuk melintasi sempadan, hamba rasa awek hamba Rihanna ni pun tak ada passport jugak ni, macam mana?" tanya Sang Uchan.
Sang Arjuna Perkasa fikir panjang. Sebagai ketua, dia harus memikirkan anak-anak buahnya.
"Tak apa, nanti kita akan setelkan masalah tu. Sekarang, kita kemas-kemas. Esok kita nak bergerak melintasi sempadan. Kalau tak ada aral melintang, kita akan tiba di sebuah kampung bernama Kampung Sagil. Di situ kita akan berlindung di sebuah surau lama, kenalan hamba yang bernama Kiyai Ramli akan menyambut kita.
"Baiklah, hamba tidur dulu," kata Sang Uchan yang terus tidur dan memeluk girlfriendnya Rihanna.
"You, tido jauh sikit! I terajang you karang mandul padan muka!" jerit Dayang Selasih pada Puru. Puru yang takut kepada kemandulan terpaksa mengusha dari jauh.
"Weh Puru," kata Sang Uchan.
"Apa dia?"
"Hamba ada makwe, tuan hamba nak tengok tak hamba cemolot dengan makwe hamba?" kata Sang Uchan sambil cemolot Rihanna.
Puru membawa diri jauh sikit. Dia sedikit emo dan menyanyi lagu Cinta dari Flop Poppy. Ternyata menjadi single adalah satu tekanan hebat buatnya.
"Weh diam lah, suara kau dah la sumbang macam katak puru!" kata Rihanna sound Puru.
Puru hanya duduk di tepi batu sambil merenung unggun api dalam perasaan kecewa. Tiba-tiba Sang Arjuna Perkasa duduk di sebelah Puru.
"Tuan hamba, okay?" tanya Sang Arjuna Perkasa yang ambil kisah permasalahan anak buahnya.
"Biasa dah macam ni, dah biasa dah kena reject," luah perasaan Puru yang kecewa.
Sang Arjuna Perkasa mengangguk faham.
![](https://img.wattpad.com/cover/115785916-288-k810301.jpg)
YOU ARE READING
Sang Arjuna Perkasa
FantasyKisah pengembaraan dua orang pemuda bernama Puru Cendana Pura dan Sang Uchan yang mahu menuntut ilmu persilatan, mereka bertemu dengan pemuda kacak lagi gagah perkasa bernama Sang Arjuna Perkasa, yang merupakan pendekar terulung di Alam Shah Buana...