Yara menguap besar tanpa menutup mulut. Dengan messy hair, tahi mata dicelah-celah dan air liur basi yang berbekas sikit di bahagian tepi mulut. Nyaris je tak sampai ke pipi. Memang selekeh nauzubillah.
Its normal duh !
Jam loceng yang tak berhenti berbunyi dicapai. Ingin dibaling ke dinding. Sebelum sempat jam tersebut berlepas, pintu bilik dibuka dari luar.
" Haa haa ! Nak baling lah tu. Sudah-sudahlah buat peel ( perangai ) kak yong. Dua bulan kau cuti, dua bulan jugaklah aku asyik kena beli jam loceng baru. Pokai lah kak duit baba. "
Yara memandang jelik ke arah adiknya, Haidar Ameen !
Hensem pula aku tengok adik aku ni. Selama ni hodoh semacam je !
" Kau ! Masuk-masuk je terus membebel. Serabutlah kau ! Aku penat tau. Cukuplah semalam aku kena bebel dengan mak. "
Yara mendengus kegeraman. Penat tau. Sampai je rumah semalam terus kena bebel teroks.
" Haa tulah kau. Salah kau sendiri kak. Berapa kali dah mak pesan jangan balik sendiri. Kau tu belajar jauh nun disana. And kau tu perempuan. Haih lah kak yong. Kau memang degil kan. Susah tau. Eishhh yang aku membebel pagi-pagi buta ni dah kenapa. Haa cepat siap. Baba ajak solat berjemaah sekali. "
Ujar Haidar seraya menarik rambut Yara kuat. Bertempik nyaring jeritan Yara. Bertempiaran Haidar berlari keluar dari bilik.
" Babi kau ! Adik tak guna ! Lahnet nokharom ! Ba -- "
" Yara !!! "
Terhenti segala carutan Yara apabila mendengar jeritan Pn. Halis.
Yara mendengus. Siaplah kau toyol kalau aku dapat. Aset aku tau yang kau tarik. Kalau tarik manja-manja boleh tahan lagi. Nie tarik nak membunuh. Sialan. Yara pantas berlalu ke bilik air.
" Balik sini 2 bulan ke yong ? "
Tanya En. Iskandar kepada anak sulungnya.
Yara yang enak melantak lantas menoleh ke arah En. Iskandar. Dia mengangguk kepala.
" Haah. Macam biasa ah ba. "
Pn. Halis memandang wajah anak perempuannya.
" Kamu betul-betul serius ke nak sambung belajar kat Ranaco tu yong ? Awak tu perempuan. Sambung belajar kat tempat yang tak sesuai. Boleh lagi kalau nak berhenti belajar situ. Mohon tempat lain pula. "Ujar Pn. Halis kepada Yara.
Yara mengeluh. Sudu diletakkan diatas pinggan. Yara memandang ke arah Pn. Halis." Mak. Yara tak apa-apalah. Lagipun memang Yara sendiri yang nak. You know me well mom. Yara takkan buat sesuatu yang Yara tak suka. As long as im okay, tak ada cacat celanya, its fine. Please mak. Yara malas nak cakap pasal ni lagi. Balik-balik nanti kita bergaduh. Yara taknaklah sampai melawan mak. Yara taknak kecilkan hati mak. "
Lembut Yara bertutur. Dah puas dia bertengkar mulut dengan Pn. Halis pasal keputusannya untuk menyambung pelajaran di Ranaco. Yara mengangkat pinggannya yang sudah kosong dan berlalu ke dapur.
En. Iskandar dan Haidar hanya menjadi pendengar. Tak rasa nak ikut campur. Urusan anak beranak. Lagipun En. Iskandar terima apa saja keputusan Yara. As long as semua tu baik dan menjamin masa depan anak perempuannya, dia setuju.
Lagipun Yara bukannya type girl yang terlampau lemah lembut. Kerasnya lebih sikit dari lembutnya. Yara sendiri yang berusaha keras meyakinkan En. Iskandar dan Pn. Halis. Melihat kesungguhan Yara, En. Iskandar bersetuju. Dia juga yang tolong untuk bercakap dengan Pn. Halis.
" Sudahlah yang. Jangan didesak si Yara tu. Dahlah degil budaknya. Buatnya dia memberontak nanti, kita juga yang susah. "
En. Iskandar membuka mulut sebaik melihat Yara berlalu dari ruang makan.
Pn. Halis mengeluh. Sakit juga hati dia kadang-kadang bila tak ada yang nak dengar kata-katanya. Lebih lagi si Yara !
Tah apalah yang dia kenankan sampai perangai anak sulungnya itu keras kepala yang amat. Kalau dia kata itu, maka itulah yang dia buat. Takada yang boleh ubah. Terlalu tegak pendirian pon tak boleh juga.
Ditelan mati anak, diluah mati bapak ! Eh eh ke mak !? 😹
" Betul cakap baba tu mak. Tahu jela perangai kak yong tu macam mana . "
Sampuk Haidar. Mulut mengunyah karipap ikan buatan Pn. Halis sendiri.
" Apa-apalah. Haa jangan kau pula yang ambil course yang memeningkan kepala mak ni. Cukuplah kak yong kau seorang. "
Ujar Pn. Halis. Air kopi diminum perlahan-lahan.
" Beres mak. Haidar minat masak. So, Haidar ambil kulinari je. "
Tersengih Haidar selepas memberitahu minatnya.
Belum masanya lagi sebab dia baru je habis SPM. Sementara tunggu result ni, dia duduk goyang kaki je di rumah. Dia nak take rest for a month before cari kerja.
Yara bermalas - malasan diatas katil kingnya. Jam dikerling. Dah pukul 3 petang. Dari tadi dia hanya terperap di dalam bilik menonton movies di dalam laptop. Yang lain dah keluar bekerja. Kecuali si toyol tu.
En. Iskandar seorang jurutera bangunan di Jabatan Kerja Raya ( JKR ) manakala ibunya mempunyai restaurant sendiri. Tak dinafikan yang minat Haidar datangnya dari Pn. Halis sendiri.
Yara membuat keputusan untuk keluar berjalan-jalan. Dia pantas berlalu ke bilik air. Seusai membersihkan diri, Yara bersiap-siap.
" Kau nak pergi mana yong ? "
Tanya Haidar apabila melihat Yara sedang memakai kasut.
" Keluar jalan. Pahal ? "
Yara bercekak pinggang.
" Takda apalah. Belikan aku Big Apple tau. Thanks. I love you. "
Yara menggulingkan biji matanya seraya menutup pintu rumah. Dia menuju ke arah kereta dan bergerak keluar dari perkarangan rumah.
___________________
How ? Rasa-rasa okay tak new story ni ?
I hope you guys like it 😍
Vote & Comment 🙈
Love, Fara.
YOU ARE READING
Abang Matin, You're Killing Me ! ( ON GOING )
Storie d'amoreTak reti buat sinopsis !