AKU NAK 40 VOTE ONLY !
HARGAI AKU SIKIT SEBAB LUANGKAN MASA BUAT NEW CHAPS EVEN MASA TAKADA. DENGAN BUSY STUDY. 😭
NAK SPM ! 😻
SEPERTI YANG DIJANJIKAN. AKU UPDATE BILA DAH CUKUP VOTE ! 😗
_____________________________
Jangan tanya muka Haziq masam mencuka je sebab apa. Hahahahahhaha. Gosh. Haziq mental lagi pasal semalam. Hahahahaha. En. Zayn heret dia balik lepas isyaa'. Haziq baru nak bermesra dengan Yara, terus terbantut niat dia. Kononnya adat juga. Walaupun dah nikah, tak boleh lagi duduk sama sebab esoknya nak sanding. Engko fikir lepas kahwin, diaorang duduk saja je ke !? Hahahahha.
So, En. Zayn angkut Haziq balik. Payah gila sebab Haziq sungguh-sungguh paut dekat tombol pintu bilik Yara. Hahahahha. Taknak balik. Taknak balik. Nak Yara ! Ahahahaha. Yara relaks je duduk berendam dalam bilik air. Nak relakskan badan yang lenguh-lenguh tu. Kepenantan. Fikir nak kahwin ni tak penat ke ? Penat gila beb. Memang Yara tak rehat. Dengan assignment kolej berlambak. Dia kena arrange masa dengan betul.
Kahwin, kahwin juga. Study jangan lupa !
Yara dengar je suara Haziq berdebat dengan En. Zayn. Tapi dia buat tak tahu. Pandailah En. Zayn tu nak bereskan si Haziq tu. En. Zayn fed up sampai panggil Opy dengan Jake tolong dia heret si Haziq balik. Memang tak menyabar betul Haziq ni. Satu malam je pon. Esok lepas sanding, kau taknak keluar bilik pon takpe. Duduk bertempel dengan si Yara. Takada siapa kisah !
" Dahlah kau ! Muka tu takyah nak masam sangat. Sejam lagi kau tengoklah puas-puas muka Yara tu. Sekarang kau siap cepat. "
Ujar En. Zayn seraya melempar tuala ke muka Haziq. Haziq mencebik.
Terus dia bangun dari katil dan menapak ke bilik air. Mulut tak berhenti membebel. Bebel apa pon tak tahulah. En. Zayn tak faham. Haziq guna bahasa alien agaknya.
En. Zayn geleng kepala tengok Haziq. Tak matang juga budak ni. Haih. Dia tolong siapkan tuksedo Haziq. Semuanya dah siap di iron sewaktu dihantar oleh pembantu En. Izman. Cuma tinggal nak keluarkan dari sarungnya sahaja dan digantung. Dah siap siapkan perkakas Haziq, barulah En. Zayn siapkan diri sendiri pula.
Haziq keluar dari bilik air. Tuala tebal terlilit di pinggang. Tangan pula sibuk keringkan rambut perangnya dengan tuala kecil. En. Zayn dah kemas dengan tuksedonya yang berwarna maroon. Fit di badan menyerlahkan tubuh badannya yang sasa. En. Zayn berpusing memandang Haziq.
" Awwww Haziq. "
Ujar En. Zayn seraya menapak ke arah Haziq. Dengan muka ala-ala gaynya.
Haziq terhenti dari mengeringkan rambutnya. Bulat mata dia pandang En. Zayn. Dah apahal jantan ni !? Haziq mengundur perlahan-lahan.
" Kau dah apahal ? "
Tanya Haziq. Gugup dari nada suaranya. En. Zayn dah tersengih semacam.
" You look damn hot ! "
En. Zayn mengepung Haziq di dinding. Haziq pantas lindung badan dia dengan kedua tangannya.
" Kau kenapa sial !? "
Haziq teriak. Seram dia tengok En. Zayn.
" Tolonglah ! Jangan rogol aku ! Aku tak rela teruna aku hilang disebabkan kau ! Tolonglah ! "
Rayu Haziq. Muka dah sayu habis 😂
" Hahahahahahahahaha "
Terhambur terus gelak En. Zayn. Bapak comel muka Haziq 😹